UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 611
AKTA KANAK-KANAK 2001
Beta bersetuju
Yang di-Pertuan Agong
.2001
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 611
AKTA KANAK-KANAK 2001
SUSUNAN SEKSYEN
BAHAGIAN I PERMULAAN
Seksyen
1.
1.
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2.
2.
Tafsiran
BAHAGIAN II
MAJLIS PENYELARAS BAGI PELINDUNGAN KANAK-KANAK
1.
3.
Penubuhan Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak
2.
4.
Keanggotaan Majlis
3.
5.
Mesyuarat Majlis
4.
6.
Penubuhan jawatankuasa
5.
7.
Penubuhan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak
BAHAGIAN III
PELANTIKAN PELINDUNG, DLL.
1.
8.
Pelantikan dan kuasa Pelindung
2.
9.
Pelantikan Pendaftar Besar dan Pendaftar
3.
10.
Pelantikan pegawai akhlak
4 Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
Seksyen
1.
11. Penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak
2.
12. Tempat bersidang dan orang yang boleh
hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
3.
13. Tempoh yang dinyatakan dalam
mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak boleh
melampaui tarikh kanakkanak mencapai umur lapan belas tahun
4.
14. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh
memerintahkan supaya penahanan, dsb., melampaui tarikh kanak-kanak mencapai
umur lapan belas tahun
5.
15. Sekatan ke atas laporan dan penyiaran
media
6.
16. Anggapan mengenai umur
BAHAGIA N V
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PEMELIHARAAN DAN
PELINDUNGAN
BAB I
AM
17. Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan
pelindungan
BAB 2
JAGAAN SEMENTARA DAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERUBATAN
1.
18. Pengambilan kanak-kanak ke dalam
jagaan sementara
2.
19. Pengemukaan di hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak
3.
20. Kanak-kanak yang memerlukan
pemeriksaan atau rawatan perubatan
4.
21. Pemeriksaan dan rawatan perubatan
5.
22. Kebenaran untuk dimasukkan ke
hospital
6.
23. Kawalan ke atas kanak-kanak yang
dimasukkan ke hospital
7.
24. Kebenaran bagi rawatan perubatan
8.
25. Langkah-langkah yang hendaklah
diambil selepas pemeriksaan atau rawatan perubatan
Kanak-Kanak
Seksyen
1.
26. Tiada liabiliti ditanggung kerana
memberikan kebenaran
2.
27. Kewajipan pegawai perubatan atau
pengamal perubatan
3.
28. Kewajipan anggota keluarga
4.
29. Kewajipan pengasuh kanak-kanak
5.
30. Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
BAB 3
KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
KANAK-KANAK
1.
31. Penganiayaan, pengabaian, pembuangan
atau pendedahan kanak-kanak
2.
32. Kanak-kanak tidak boleh digunakan
untuk mengemis, dsb.
3.
33. Kesalahan kerana membiarkan
kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan
BAB 4
PEMBERITAHUAN APABILA MENGAMBIL KANAK-KANAK KE DALAM PEMELIHARAAN, JAGAAN ATAU KAWALAN
1.
34. Pemakaian dan tafsiran
2.
35. Pemberitahuan tentang pengambilan
kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan
3.
36. Obligasi kemudiannya
4.
37. Kuasa Pelindung untuk menghendaki
supaya kanak-kanak dikemukakan di hadapannya
BAHAGIAN VI
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PELINDUNGAN DAN PEMULIHAN
BAB I
AM
1.
38. Pengertian kanak-kanak yang
memerlukan pelindungan dan pemulihan
2.
39. Memindahkan kanak-kanak ke tempat
perlindungan
3.
40. Perintah apabila siasatan selesai
4.
41. Kanak-kanak yang memerlukan
pelindungan dengan segera
5.
42. Siasatan dan penahanan seseorang
kanak-kanak yang telah dibeli atau diperoleh dengan dakwaan palsu, dsb.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
BAB 2
KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen
1.
43. Kesalahan-kesalahan
2.
44. Anggapan berhubung dengan seksyen 43
3.
45. Penahanan sementara menanti prosiding
BAHAGIAN VII TIDAK
TERKAWAL
1.
46. Kanak-kanak yang tidak terkawal
2.
47. Pengawasan oleh pegawai akhlak
BAHAGIAN VIII PEMERDAGANGAN
DAN PEMELARIAN KANAK-KANAK
1.
48. Pemindahan milikan, jagaan atau
kawalan kanak-kanak dengan menyalahi undang-undang
2.
49. Pembawaan masuk kanak-kanak melalui
dakwaan palsu
3.
50. Pemeriksaan kanak-kanak dan orang
yang menjaganya
4.
51. Pelindung boleh menghendaki jaminan
5.
52. Kesalahan membawa atau menghantar
keluar kanak-kanak tanpa keizinan yang sepatutnya orang yang mempunyai jagaan
yang sah
6.
53. Perintah mendapatkan balik
BAHAGIAN IX INSTITUSI
BAB 1 TEMPAT SELAMAT DAN TEMPAT PERLINDUNGAN
1.
54. Tempat selamat
2.
55. Tempat perlindungan
3.
56. Kanak-kanak yang lepas lari atau
dipindahkan dari tempat selamat atau tempat perlindungan
4.
57. Kesalahan memindahkan atau menolong
kanak-kanak lepas lari dari tempat selamat atau tempat perlindungan
Kanak-Kanak
BAB 2
TEMPAT
TAHANAN Seksyen
1.
58. Tempat tahanan
2.
59. Kanak-kanak yang lepas lari atau
dipindahkan dari tempat tahanan
3.
60. Kesalahan memindahkan atau menolong
kanak-kanak lepas lari dari tempat
tahanan
BAB 3
ASRAMA AKHLAK
1.
61. Asrama akhlak
2.
62. Kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun
tidak boleh dihantar ke asrama
akhlak
3.
63. Kanak-kanak yang lepas lari atau
dipindahkan dari asrama akhlak
4.
64. Kesalahan memindahkan atau menolong
kanak-kanak lepas lari dari. asrama akhlak
BAB 4
SEKOLAH DILULUSKAN
1.
65. Sekolah diluluskan
2.
66. Kanak-kanak di bawah umur sepuluh
tahun tidak boleh dihantar ke sekolah diluluskan
3.
67. Bila kanak-kanak boleh dihantar ke
sekolah diluluskan
4.
68. Perintah sekolah diluluskan hendaklah
diserahkan kepada pihak berkuasa, dll. yang membawa kanak-kanak ke sekolah itu
5.
69. Penahanan lanjut di sekolah
diluluskan melampaui tempoh perintah
6.
70. Jagaan susul kanak-kanak yang
dilepaskan dari sekolah diluluskan
7.
71. Lepas lari dari sekolah diluluskan,
dsb. atau tidak kembali ke sekolah diluluskan selepas tamat cuti, dsb.
8.
72. Kesalahan memindahkan atau membantu
kanak-kanak lepas lari dari sekolah diluluskan
BAB 5
SEKOLAH HENRY GURNEY
1.
73. Sekolah Henry Gurney
2.
74. Kanak-kanak di bawah umur empat belas
tahun tidak boleh dihantar ke Sekolah Henry Gurney
3.
75. Bila kanak-kanak boleh dihantar ke
Sekolah Henry Gurney
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TEMPAT SELAMAT, TEMPAT PERLINDUNGAN, SEKOLAH DILULUSKAN DAN SEKOLAH
HENRY GURNEY
Seksyen
1.
76. Kuasa berkenaan dengan orang yang
berumur lapan belas tahun tetapi di bawah umur dua puluh satu tahun
2.
77. Kuasa Menteri untuk memindahkan orang
yang menjalani hukuman pemenjaraan
ke Sekolah Henry Gurney
3.
78. Kuasa Menteri untuk memindahkan
kanak-kanak yang menjalani hukuman pemenjaraan ke sekolah diluluskan atau
Sekolah Henry Gurney
4.
79. Kuasa untuk menggantikan tempoh
tahanan dengan tempoh pemenjaraan
5.
80. Pemindahan kanak-kanak dari satu
tempat selamat atau tempat perlindungan ke suatu tempat selamat atau tempat
perlindungan yang lain
BAB 7
PELBAGAI
1.
81. Kanak-kanak atau orang yang ditahan
hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan
2.
82. Lembaga Pelawat
BAHAGIAN X
TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
BAB 1
PERTUDUHAN, JAMINAN, DSB.
1.
83. Perbicaraan kanak-kanak hendaklah
menepati Akta ini
2.
84. Jaminan
3.
85. Pengasingan kanak-kanak daripada
orang dewasa di balai polis atau Mahkamah
4.
86. Penjagaan kanak-kanak yang tidak
dilepaskan atas jaminan selepas ditangkap
5.
87. Pengemukaan maklumat oleh pegawai
polis selepas penangkapan
9
BAB 2
PERBICARAAN
Seksyen
1.
88. Ibu atau bapa atau penjaga
dikehendaki hadir
2.
89. Ibu dan bapa atau penjaga boleh
disuruh keluar
3.
90. Tatacara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
BAB 3
KUASA MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK PADA AKHIR PERBICARAAN
1.
91. Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
apabila kesalahan dibuktikan
2.
92. Cara melaksanakan sebatan
3.
93. Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah
menyempurnakan bon
4.
94. Kuasa untuk memerintahkan supaya ibu
atau bapa atau penjaga dan bukan kanak-kanak, membayar denda, dsb.
5.
95. Rayuan
6.
96. Sekatan ke atas perintah pemenjaraan
7.
97. Hukuman mati
BAB 4
PERCUBAAN
1.
98. Bila percubaan boleh diperintahkan
2.
99.
Tidak mematuhi perintah percubaan 100. Pelakuan kesalahan selanjutnya 101.
Kesan percubaan 102. Pindaan perintah percubaan 103. Pelepasan perintah
percubaan 104. Mahkamah hendaklah memberikan salinan perintah pindaan atau
pelepasan
kepada pegawai akhlak
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
BAHAGIAN XI
DALAM PEMELIHARAAN ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI
Seksyen
105. Kanak-kanak yang diletakkan dalam pemeliharaan
orang yang layak dan sesuai
106. Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan
daripada pemeliharaan orang yang layak dan sesuai
107. Resalahan memindahkan atau menolong kanak-kanak
lepas lari daripada pemeliharaan
seseorang yang layak dan sesuai
BAHAGIAN XII
PERINTAH SUMBANGAN
108.
Sumbangan oleh ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain
BAHAGIAN XIII
PENYIASATAN, PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN, DSB.
109. Kuasa untuk menyiasat
110. Kuasa untuk menangkap tanpa waran
111. Penggeledahan dengan waran
112. Penggeledahan tanpa waran
113. Kuasa untuk memeriksa orang
114. Pemeriksaan
115. Halangan
116. Pelindungan informer
BAHAGIAN XIV
PELBAGAI
117. Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak diberikan kepada
Mahkamah Tinggi 118. Daftar 119. Kandungan Daftar 120. Akses kepada Daftar 121.
Kesalahan berkenaan dengan Daftar 122. Perakuan Pendaftar menjadi keterangan
123. Pelindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang 124. Pekhidmat
awam 125. Penalti am 126. Permulaan dan penjalanan pendakwaan 127.
Penyampaian dokumen 128. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
BAHAGIAN
XV
PERUNTUKAN
KECUALIAN DAN PERALIHAN
129. Tafsiran
130. Pemansuhan
131. Sebutan mengenai Mahkamah Juvana, dsb.
132. Penerusan Majlis, dll.
133. Penerusan kaedah-kaedah, dsb.
134. Institusi yang ditubuhkan atau
ditetapkan
135. Pencegahan anomali
JADUAL
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Akta 611
AKTA KANAK-KANAK 2001
Suatu
Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan
pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan
peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
MENGIKTIRAF bahawa wawasan negara sebagai negara maju
sepenuhnya ialah suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral,
etika dan rohani sama pentingnya dengan kemajuan
ekonomi dalam mewujudkan suatu masyarakat Malaysia madani yang bersatu padu,
progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan:
MENGIKTIRAF bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja
merupakan suatu bahagian penting masyarakat sedemikian tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan
kemakmuran masyarakat itu:
MENGAKUI bahawa seseorang kanak-kanak, oleh sebab
ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya, memerlukan pelindungan, pemeliharaan dan bantuan khas,
selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam dan menyumbang secara
positif ke arah membentuk suatu masyarakat Malaysia madani yang unggul:
MENGIKTIRAF bahawa
tiap-tiap kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pelindungan dan bantuan dalam
segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa jenis perbezaan, seperti ras, warna
kulit, jantina, bahasa, agama, asal usul atau kecacatan fizikal, mental atau
emosi atau apa-apa status lain:
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
MENGAKUI bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam
masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan dan
kebajikan semua anggotanya, khususnya kanakkanak, supaya mereka boleh membesar
dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan persefahaman untuk memperoleh
keyakinan penuh, maruah dan nilai diri seseorang manusia:
MENGIKTIRAF peranan dan tanggungjawab keluarga dalam
masyarakat, supaya mereka diberi bantuan yang perlu untuk membolehkan mereka
menunaikan tanggungjawab mereka sepenuhnya sebagai sumber pemeliharaan,
penyaraan, pemulihan dan perkembangan kanak-kanak dalam masyarakat:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen
Malaysia seperti yang berikut:
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kanak-Kanak 2001.
.(2) Akta ini terpakai di seluruh
Malaysia.
.(3) Akta ini mula berkuat kuasa pada
tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Tafsiran
2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain—
"anggota keluarga" termasuklah ibu atau bapa
atau penjaga, atau seseorang anggota keluarga luas, yang merupakan seorang
anggota rumah;
"anggota
rumah" ertinya seseorang yang pada lazimnya tinggal serumah dengan seorang
kanak-kanak;
"asrama akhlak" ertinya sesuatu asrama yang
ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 61 sebagai tempat tinggal bagi
kanakkanak yang dikehendaki tinggal di situ di bawah Bahagian X;
"Daftar" ertinya Daftar yang disimpan dan
disenggarakan di bawah seksyen 118;
"ditetapkan" ertinya ditetapkan oleh
peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 128;
"hospital" ertinya mana-mana hospital
Kerajaan atau mana-mana hospital pelatih
perubatan sesuatu Universiti;
"ibu atau bapa peliharaan" ertinya
seseorang, yang bukan ibu atau bapa atau saudara seseorang kanak-kanak—
.(a) yang kepadanya pemeliharaan, jagaan
dan kawalan sesearang kanak-kanak telah diberikan oleh perintah Mahkamah di
bawah perenggan 30(1)(e); atau
.(b) yang dibenarkan oleh Pelindung di
bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima
seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya;
"Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak",
berhubung dengan sesuatu Negeri, ertinya sesuatu Jawatankuasa yang dilantik
oleh Menteri untuk menyelia kebajikan orang-orang yang termasuk dalam ruang
lingkup Bahagian X dan untuk membantu pegawai akhlak di mana-mana daerah atau
kawasan;
"jenayah berat" termasuklah—
.(a) kesalahan pembunuhan, pematian salah
yang bukan pembunuhan atau cubaan membunuh;
.(b) semua kesalahan di bawah Akta
Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 [Akta 37];
.(c) semua kesalahan di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri 1960 [Akta 82] yang boleh dihukum dengan hukuman
pemenjaraan seumur hidup atau dengan hukuman mati;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(d) semua kesalahan di bawah Akta Dadah
Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan
selama lebih daripada lima tahun atau dengan hukuman mati; dan
.(e) semua kesalahan di bawah Akta
Penculikan 1961 [Akta 365];
"kanak-kanak"—
.(a) ertinya seseorang yang di bawah umur
lapan belas tahnn; dan
.(b) berhubung dengan prosiding jenayah,
ertinya seseorang yang sudah mencapai umur bagi tanggungjawab jenayah
sebagaimana yang ditetapkan dalam seksyen 82 Kanun Keseksaan [Akta 574];
"kanak-kanak dalam percubaan" ertinya
seseorang kanak-kanak yang sedang berada di bawah pengawasan menurut kuasa
suatu perintah percubaan;
"keluarga luas", berhubung dengan seseorang,
ertinya orang-orang yang mempunyai hubungan persaudaraan melalui pertalian
darah, persemendaan atau pengangkatan dengan orang itu;
"Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah
Kebajikan Masyarakat;
"laporan akhlak" ertinya laporan yang
disediakan oleh pegawai akhlak di bawah subseksyen 90(13);
"Lembaga Hakim Pelawat" ertinya Lembaga
Hakim Pelawat yang dilantik di bawah
seksyen 64 Akta Penjara 1995 [Akta 557];
"Lembaga Pelawat" ertinya Lembaga Pelawat
yang dilantik oleh Menteri di bawah seksyen 82;
"Mahkamah" ertinya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
atau mana-mana Mahkamah lain, mengikut kehendak keadaan;
"Mahkamah Bagi Kanak-Kanak" ertinya Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 11;
"Mahkamah Majistret" ertinya Mahkamah
Majistret Kelas Pertama;
"Mahkamah Pengawas" ertinya Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan tempat seseorang kanak-kanak dalam
percubaan dikehendaki tinggal;
"Majistret" ertinya Majistret Kelas Pertama;
"Majlis" ertinya Majlis Penyelaras bagi
Pelindungan Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
"Menteri" ertinya Menteri atau
Menteri-Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
perkara atau perkara-perkara yang berkaitan dengannya sebutan mengenai
"Menteri" itu dibuat, yang bertindak secara berseorangan atau
bersesama atau selepas berunding, mengikut kehendak keadaan;
"Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak" ertinya
sesuatu pasukan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah seksyen 7;
"pegawai akhlak" ertinya pegawai akhlak yang
dilantik di bawah seksyen 10;
"pegawai kanan polis" mempunyai erti yang
sama seperti dalam Akta Polis 1967 [Akta 344];
"Pegawai Kebajikan Masyarakat" ertinya
mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat di Kementerian atau Jabatan yang
bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Penolong
Pegawai Kebajikan Masyarakat;
"pegawai perubatan" ertinya pengamal
perubatan berdaftar dalam perkhidmatan Kerajaan dan termasuklah seseorang
pengamal perubatan berdaftar di mana-mana hospital pelatih perubatan sesuatu
Universiti;
"pegawai polis" mempunyai erti yang sama
seperti dalam Akta Polis 1967;
"pelacuran" ertinya perbuatan seseorang
menawarkan tubuhnya untuk kepuasan nafsu seks kerana upah sama ada dalam bentuk
wang atau barang; dan "pelacur"
hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
"Pelindung" ertinya—
.(a) Ketua Pengarah;
.(b) Timbalan Ketua Pengarah;
.(c) seorang Pengarah Bahagian bagi
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat;
.(d) Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
bagi setiap Negeri;
.(e) mana-mana Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang dilantik di bawah seksyen 8;
"pemunya"—
.(a) berhubung dengan mana-mana tempat—
.(i)
ertinya tuan punya berdaftar tempat itu;
.(ii) pemegang pajak, termasuk
pemegang pajak kecil, tempat itu sama ada berdaftar atau selainnya; atau
(iii) ejen atau pemegang
amanah mana-mana orang yang diperihalkan dalam subperenggan (i) dan (ii); dan
(b)
berhubung dengan apa-apa pengangkutan, ertinya pemunya berdaftar pengangkutan
itu;
"Pendaftar" ertinya Pendaftar Kanak-Kanak
Yang Memerlukan Pelindungan yang dilantik di bawah subseksyen 9(2) dan
termasuklah Pendaftar Besar;
"Pendaftar Besar" ertinya Pendaftar Besar
Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pelindungan yang diiantik di bawah subseksyen 9(1);
"pengamal perubatan berdaftar" ertinya
seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta
50];
"pengangkutan" termasuklah pesawat udara,
kapal, bot atau vesel sama ada terapung atau tidak, aan apa-apa kenderaan;
"pengasuh kanak-kanak" ertinya seseorang
yang mengasuh seorang kanak-kanak atau lebih bagi balasan berharga bagi apa-apa
tempoh masa;
Kanak-Kanak 19
"penghuni"—
.(a) ertinya seseorang yang menghuni atau
mengawal mana-mana tempat; dan
.(b) berhubung dengan tempat-tempat yang
bahagianbahagiannya yang berlainan dihuni oleh orang yang berlainan, ertinya
masing-masing orang yang menghuni atau mengawal setiap bahagian;
"penjaga", berhubung dengan seseorang
kanak-kanak, termasuklah mana-mana orang yang, pada pendapat Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak yang mengambil perhatian tentang apa-apa kes yang berhubungan
dengan kanak-kanak itu atau yang melibatkan kanakkanak itu, sedang mempunyai
penjagaan atau kawalan ke atas kanak-kanak itu;
"perintah percubaan" ertinya perintah
percubaan yang dibuat di bawah seksyen
98;
"perintah Sekolah Henry Gurney" ertinya
perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak menghantar seseorang kanakkanak
yang berumur empat belas tahun ke atas ke Sekolah Henry Gurney;
"perintah sekolah diluluskan" ertinya
perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menghantar seseorang
kanak-kanak ke sekolah diluluskan;
"perintah sumbangan" ertinya perintah
sumbangan yang dibuat di bawah seksyen 108;
"pusat" ertinya sesuatu tempat bernaung atau
institusi kepunyaan persendirian yang diluluskan oleh Menteri, ditubuhkan bagi
pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak;
"rumah pelacuran" ertinya mana-mana tempat
yang dihuni atau digunakan oleh mana-mana dua atau lebih daripada dua orang
sama ada pada masa yang sama atau pada masa yang berlainan bagi maksud pelacuran;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
"Sekolah Henry Gurney" ertinya sesuatu
sekolah—
.(a) yang ditubuhkan atau ditetapkan di
bawah seksyen 73; dan
.(b) di bawah arahan dan kawalan Ketua
Pengarah Penjara dan diluluskan oleh Menteri bagi pendidikan, latihan dan
penahanan orang-orang yang dihantar ke situ menurut Bahagian X;
"sekolah diluluskan" ertinya sesuatu sekolah
yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 65 dan termasuklah sesuatu
pusat;
"tempat" termasuklah mana-mana bangunan,
rumah, pejabat, kedai, rumah pangsa, bilik atau bilik kecil atau mana-mana
bahagian bilik atau bilik kecil itu, mana-mana ruang terbuka atau tertutup, dan
apa-apa pengangkutan;
"tempat berkira" ertinya mana-mana tempat di
mana perhubungan diadakan dengan mana-mana kanak-kanak sama ada secara langsung
atau melalui pengantara bagi maksud pelacuran;
"tempat perlindungan" ertinya mana-mana
tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 55;
"tempat selamat" ertinya mana-mana tempat
selamat yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 54;
"tempat tahanan"—
.(a) ertinya mana-mana tempat tahanan
yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah seksyen 58; dan
.(b) termasuklah tempat penginapan di
balai polis, bilik kurungan atau lokap polis yang berasingan atau terpisah
daripada pesalah-pesalah dewasa;
"tempoh percubaan" ertinya tempoh seseorang
kanak-kanak dalam percubaan diletakkan di bawah pengawasan oleh suatu perintah
percubaan;
"Timbalan Ketua Pengarah" ertinya Timbalan
Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.
Kanak-Kanak
(2) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya
menghendaki makna yang lain, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah
Persekutuan Labuan hendaklah setiap satunya disifatkan sebagai suatu Negeri.
BAHAGIAN II
MAJLIS PENYELARAS BAGI PELINDUNGAN KANAK-KANAK
Penubuhan Majlis Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak
3. (1) Maka
hendaklah ditubuhkan suatu Majlis yang hendaklah dikenali sebagai "Majlis
Penyelaras bagi Pelindungan Kanak-Kanak".
.(2) Majlis hendaklah—
.(a) bertanggungjawab bagi menasihati
Menteri tentang segala aspek pelindungan kanak-kanak;
.(b) mereka bentuk suatu sistem
pengurusan yang cekap dan berkesan di seluruh Malaysia yang menggabungkan
saluran maklumat bagi melaporkan kes kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
.(c) mengesyorkan
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditujukan khusus untuk memenuhi keperluan orang,
kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan perkhidmatan pelindungan kanak-kanak;
.(d) menyelaraskan pelbagai sumber
mana-mana Jabatan Kerajaan yang terlibat dengan pelindungan kanak-kanak;
.(e) membangunkan program-program untuk
mendidik orang ramai dalam pencegahan penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak;
.(f) memberikan nasihat tentang
pengurusan, operasi dan amalan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak di seluruh
Malaysia;
.(g) memberikan nasihat tentang pembangunan
program latihan bagi anggota Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak di seluruh
Malaysia;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(h) menyelesaikan apa-apa pertelingkahan
yang mungkin berbangkit dalam Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak; dan
.(i) melaksanakan apa-apa fungsi lain
yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
Keanggotaan Majlis
4. (1) Majlis hendaklah
terdiri daripada anggota yang berikut:
.(a) Ketua Pengarah yang hendaklah
menjadi Pengerusi;
.(b) Timbalan Ketua Pengarah yang
hendaklah menjadi Timbalan Pengerusi;
.(c) seorang wakil daripada Kementerian
yang bertanggungjawab bagi pelindungan kanak-kanak;
.(d) seorang wakil daripada Kementerian
yang bertanggungjawab bagi kesihatan;
.(e) seorang wakil daripada Kementerian
yang bertanggungjawab bagi pendidikan;
.(f) seorang wakil daripada Kementerian
yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
.(g) seorang wakil daripada Kementerian
yang bertanggungjawab bagi penerangan;
.(h) seorang wakil Peguam Negara;
.(i) seorang wakil Ketua Polis Negara;
.(j) seorang wakil daripada Jabatan
Penjara;
.(k) dua orang wakil daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat;
(/) seorang wakil
kementerian, di Negeri Sabah, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi
perkhidmatan kebajikan;
.(m) seorang wakil kementerian, di Negeri
Sarawak, yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkhidmatan
kebajikan;
.(n) tidak lebih daripada tujuh orang
yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai dalam perkara-perkara yang berhubungan
dengan kebajikan dan perkembangan
kanak-kanak termasuklah mana-mana orang
Kanak-Kanak
23
yang layak untuk memberikan nasihat tentang faktorfaktor
peribumi, etnik, kebudayaan atau agama yang berkaitan, yang hendaklah dilantik
oleh Menteri; dan
.(o) seorang Pendaftar yang hendaklah menjadi Setiausaha.
.(2) Setiap anggota Majlis yang
dilantik di bawah perenggan ( l )(m) hendaklah, melainkan jika dia
meletakkan jawatan terlebih dahulu, memegang jawatan selama suatu tempoh yang
tidak melebihi tiga tahun dan layak dilantik semula.
Mesyuarat
Majlis
5. (1)
Majlis hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya empat kali setahun pada
bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh Pengerusi.
.(2) Tiap-tiap mesyuarat Majlis
hendaklah dipengerusikan—
.(a) oleh Pengerusi;
.(b) jika Pengerusi tidak hadir, oleh Timbalan Pengerusi;
atau
.(c) jika Pengerusi dan Timbalan Pengerusi tidak hadir,
oleh seorang anggota yang dipilih oleh anggota yang hadir daripada kalangan
mereka.
.(3) Tujuh orang anggota Majlis
hendaklah membentuk kuorum pada apa-apa mesyuarat Majlis.
.(4) Jika mengenai apa-apa soal yang
hendak diputuskan terdapat undi yang sama banyak, maka Pengerusi, atau Timbalan
Pengerusi atau anggota yang disebut dalam perenggan (2)(c) jika dia
mempengerusikan mesyuarat itu, hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai
tambahan kepada undi biasanya.
.(5) Tertakluk kepada Akta ini, Majlis
boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Penubuhan jawatankuasa
6. (1) Majlis boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang
didapatinya perlu atau suaimanfaat untuk membantunya melaksanakan
fungsi-fungsinya di bawah Akta ini.
.(2) Sesuatu jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—
.(a) hendaklah dipengerusikan oleh
seorang anggota Majlis;
.(b) hendaklah mematuhi dan bertindak
mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepadanya oleh Majlis; dan
.(c) boleh menentukan tatacaranya
sendiri.
.(3) Anggota-anggota jawatankuasa yang
ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota
Majlis atau mana-mana orang lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.
.(4) Anggota sesuatu jawatankuasa
hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya
dan layak untuk dilantik semula.
.(5) Majlis boleh membatalkan
pelantikan mana-mana anggota sesuatu jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa
sebab bagi pembatalan itu.
.(6) Anggota sesuatu jawatankuasa
boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis
kepada pengerusi jawatankuasa itu.
.(7) Majlis boleh, pada bila-bila
masa, menghentikan atau mengubah keanggotaan sesuatu jawatankuasa.
.(8) Sesuatu jawatankuasa hendaklah
mengadakan mesyuaratnya pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang
ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
.(9) Sesuatu jawatankuasa boleh
mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud
menasihatinya tentang apa-apa
perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.
Penubuhan Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak
7. (1) Majlis hendaklah menubuhkan diseluruh Malaysia
kumpulankumpulan orang, setiap kumpulan dikenali sebagai "Pasukan Pelindunga n Kanak-Kanak", bagi maksud
menyelaraskan
Kanak-Kanak
perkhidmatan-perkhidmatan setempat kepada
keluarga-keluarga dan kanak-kanak jika kanak-kanak memerlukan atau disyaki
memerlukan pelindungan.
.(2) Sesuatu Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak hendaklah terdiri daripada anggota-anggota yang berikut:
.(a) seorang Pelindung yang hendaklah
dinamakan oleh Majlis atas nasihat Ketua Pengarah, yang hendaklah menjadi
pengerusi;
.(b) seorang pegawai perubatan; dan
.(c) seorang pegawai kanan polis.
.(3) Sesuatu Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak hendaklah mempunyai kuasa untuk membawa turut serta dari semasa ke
semasa mana-mana orang lain yang semunasabahnya diperlukan olehnya untuk
membantunya melaksanakan fungsi dan kewajipannya atau sebagaimana yang
diperlukan oleh hal keadaan setiap kes, termasuklah mana-mana orang yang layak
untuk memberikan nasihat tentang faktor-faktor peribumi, etnik, kebudayaan atau
agama yang berkaitan.
BAHAGIAN III
PELANTIKAN PELINDUNG, DLL.
Pelantikan dan kuasa Pelindung
8. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, melantik apa-apa bilangan Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk
menjalankan kuasa dan melaksanakan kewajipan seorang Pelindung di bawah Akta
ini tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.
.(2)
Seseorang Pelindung—
.(a) hendaklah mempunyai kuasa seorang
Majistret berkenaan dengan pengambilan keterangan pada mana-mana siasatan yang
diadakan olehnya di bawah Akta ini;
.(b) hendaklah memberi Mahkamah suatu
salinan nota keterangan itu apabila diminta berbuat demikian dengan perintah Mahkamah itu; dan
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(c) tidak boleh dipaksa untuk menjawab
apa-apa soalan dalam apa-apa prosiding kehakiman tentang alasan-alasan
keputusan atau kepercayaannya—
.(i) dalam apa-apa kes yang
dikendalikan olehnya di bawah Akta ini; atau
.(ii) tentang apa-apa jua yang sampai
kepada pengetahuannya dalam apa-apa siasatan yang dibuat olehnya sebagai
Pelindung.
.(3) Tiap-tiap perintah atau saman
yang berupa sebagai yang dikeluarkan oleh dan di bawah tandatangan dan meterai
Pelindung menurut Akta ini hendaklah diterima sebagai keterangan di mana-mana
Mahkamah tanpa bukti lanjut dan hendaklah menjadi keterangan prima facie
tentang fakta yang dinyatakan dalam perintah atau saman itu,
.(4) Segala perbuatan yang dilakukan
menurut apa-apa perintah atau saman yang disebut dalam subseksyen (3) hendaklah
disifatkan telah dibenarkan oleh undang-undang.
Pelantikan Pendaftar Besar dan Pendaftar
9. (1)
Menteri boleh melantik seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat untuk menjadi
Pendaftar Besar Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pelindungan bagi maksud Akta ini.
.(2) Menteri boleh melantik apa-apa
bilangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkannya perlu dengan nama atau
atas jawatan untuk menjadi Pendaftar Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pelindungan.
.(3) Pendaftar Besar hendaklah
mempunyai pengawasan dan kawalan am ke atas—
.(a) Pendaftar-Pendaftar yang dilantik di
bawah subseksyen (2); dan
.(b) pendaftaran kanak-kanak yang
memerlukan pelindungan di bawah Akta ini.
Kanak-Kanak 27
Pelantikan pegawai akhlak
10. (1)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, melantik apa-apa
bilangan Pegawai Kebajikan Masyarakat sebagaimana yang difikirkannya perlu
untuk menjadi pegawai akhlak di seluruh Malaysia atau mana-mana bahagian di
Malaysia.
.(2) Seseorang pegawai akhlak apabila
bertindak di bawah suatu perintah percubaan hendaklah tertakluk kepada kawalan
Mahkamah Pengawas.
.(3) Dalam seksyen ini, "Pegawai
Kebajikan Masyarakat" termasuklah Pembantu Kebajikan Masyarakat.
BAHAGIAN IV
MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
Penubuhan dan bidang kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
11. (1)
Mahkamah yang ditubuhkan mengikut Akta ini dan bersidang bagi maksud—
.(a) mendengar, memutuskan atau
membereskan apa-apa pertuduhan
terhadap seseorang kanak-kanak; atau
.(b) menjalankan apa-apa bidang kuasa
lain yang diberikan atau yang akan diberikan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
oleh atau di bawah Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang bertulis yang
lain,
hendaklah dikenali sebagai "Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak".
.(2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
hendaklah terdiri daripada seorang Majistret yang, pada menjalankan
fungsi-fungsinya sebagai suatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali apabila
membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen 39(4), 42(4), 84(3) atau 86(1), mengikut
kehendak keadaan, hendaklah dibantu oleh dua orang penasihat yang hendaklah
dilantik oleh Menteri daripada suatu panel orang yang bermastautin di Negeri itu.
.(3) Seorang daripada dua orang
penasihat yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah seorang wanita.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(4)
Fungsi-fungsi penasihat ialah—
.(a) untuk memaklumkan dan menasihati
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengenai apa-apa pertimbangan yang menyentuh perintah
yang dibuat berdasarkan suatu dapatan bersalah atau pelakuan lain yang
berkaitan terhadap mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapan Mahkamah itu;
dan
.(b) jika perlu, untuk menasihati ibu atau bapa atau
penjaga kanak-kanak itu.
.(5) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan semua kesalahan kecuali
kesalahankesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati.
.(6) Kecuali sebagaimana yang
diubahsuaikan atau diperluas oleh Bahagian ini, Kanun Tatacara Jenayah [Akta
593] hendaklah terpakai bagi Mahkamah Bagi Kanak-Kanak seolah-olah Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak ialah Mahkamah Majistret.
Tempat bersidang dan orang yang boleh hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
12. (1)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, jika dapat dilaksanakan, bersidang—
.(a) sama ada di dalam suatu bangunan
atau bilik yang berlainan daripada bangunan atau bilik di mana persidangan
Mahkamah-Mahkamah selain Mahkamah Bagi Kanak-Kanak diadakan; atau
.(b) pada hari-hari yang berlainan
daripada hari-hari persidangan Mahkamah-Mahkamah
yang lain itu diadakan.
.(2) Jika sesuatu Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak bersidang di dalam bangunan yang sama dengan Mahkamah-Mahkamah yang
lain, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah mempunyai pintu masuk dan pintu
keluar yang berlainan daripada pintu masuk dan pintu keluar Mahkamah-Mahkamah yang lain itu untuk
membolehkan kanak-kanak
dibawa ke dan dari Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu tanpa gangguan.
.(3) Tiada seorang pun boleh hadir
dalam mana-mana persidangan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali—
.(a) anggota dan pegawai Mahkamah itu;
.(b) kanak-kanak yang menjadi pihak dalam
kes di hadapan Mahkamah itu, ibu dan bapa, penjaga, peguam bela dan saksi
mereka, dan orang lain yang ada kena-mengena secara langsung dengan kes itu;
dan
.(c) mana-mana orang lain yang
bertanggungjawab sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah itu.
Tempoh yang dinyatakan dalam mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak mencapai umur lapan belas tahun
13. Kecuali
sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta ini, apaapa tempoh yang dinyatakan
dalam mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah
Akta ini tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak yang dimaksudkan dalam
perintah itu mencapai umur lapan belas tahun.
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh memerintahkan supaya penahanan, dsb. melampaui tarikh kanak-kanak mencapai umur lapan belas tahun
14. (1)
Walau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis
atau mana-mana rukun undang-undang, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, jika
Mahkamah itu berpendapat bahawa hal keadaan memerlukannya, membuat suatu
perintah berhubung dengan—
.(a) penahanan seseorang kanak-kanak di
sesuatu tempat tahanan, asrama akhlak, sekolah diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney, institusi atau pusat yang diluluskan;
.(b) pengawasan seseorang kanak-kanak
oleh seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat atau pegawai akhlak, mengikut
mana-mana yang berkenaan; atau
.(c) mana-mana tempoh percubaan,
yang
mempunyai kesan melanjutkan tempoh tahanan, pengawasan atau percubaan
sedemikian melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(2) Perintah yang disebut dalam subseksyen (1)
hendaklah dipatuhi oleh kanak-kanak itu dan semua pihak yang dimaksudkan dalam
perintah itu selagi perintah itu masih berkuat kuasa dan berkesan.
Sekatan ke atas laporan dan penyiaran media
15. (1)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan
media massa mengenai—
.(a) apa-apa langkah yang diambil
terhadap seseorang kanakkanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam
apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu pada
peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;
.(b) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan
dengannya jagaan diambil
di bawah Bahagian V;
.(c) mana-mana kanak-kanak yang berkenaan
dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama telah atau
disyaki telah dilakukan; atau
.(d) mana-mana prosiding di bawah
Bahagian VI,
tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi
pendidikan, atau memasukkap apa-apa butir yang direncanakan untu k membolehkan
dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai
orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil
atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
.(2)
Gambar—
.(a) mana-mana kanak-kanak yang terlibat
dalam mana-mana perkara
yang disebut dalam subseksyen (1); atau
.(b) mana-mana orang, tempat atau benda
lain yang mungkin membolehkan dikenal pasti mana-mana kanak-kanak yang terlibat
sedemikian,
.(3) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, dalam
apa-apa kes—
.(a) boleh, jika Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan keadilan untuk
berbuat demikian; dan
.(b) hendaklah, dalam hal sesuatu
permohonan oleh atau dengan kebenaran Pelindung,
tidak
boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.
mengetepikan kehendak seksyen ini setakat yang
difikirkan suaimanfaat oleh Mahkamah.
.(4) Mana-mana orang yang melanggar
subseksyen (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
.(5) Bagi maksud seksyen ini,
"menyampaikan" termasuklah menyiarkan melalui radio atau televisyen.
Anggapan mengenai umur
16. (1) Jika
dalam sesuatu pertuduhan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan di bawah
Akta ini—
.(a) dikatakan bahawa orang yang
melakukan kesalahan itu di bawah umur atau sudah mencapai mana-mana umur yang
tertentu; dan
.(b) bahawa orang itu pada hemat Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak adalah pada tarikh pelakuan kesalahan yang dikatakan itu di
bawah umur atau sudah mencapai umur yang tertentu, mengikut mana-mana yang
berkenaan,
maka orang itu hendaklah, bagi maksud Akta ini,
dianggapkan pada tarikh itu di bawah umur atau sudah mencapai umur itu,
mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah yang dibuat dalam
pertuduhan itu tidak boleh dibatalkan dengan apaapa bukti kemudiannya bahawa
umur itu telah dinyatakan dengan tidak
betul.
(2) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berasa ragu-ragu
tentang umur yang tepat bagi orang yang dikatakan telah melakukan sesuatu kesalahan, maka perakuan seorang pegawai perubatan
yang
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
bermaksud bahawa, pada pendapatnya, orang itu sudah
atau belum mencapai umur yang tertentu boleh diberikan sebagai keterangan, dan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah mengisytiharkan umur orang itu bagi
maksud Akta ini.
(3) Umur yang diisytiharkan sedemikian oleh Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai umur
sebenar orang itu, melainkan dan sehingga dibuktikan sebaliknya.
BAHAGIAN V
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PEMELIHARAAN DAN
PELINDUNGAN
BAB 1
AM
Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pemeliharaan dan pelindungan
17. (1)
Seseorang kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan pelindungan jika—
.(a) kanak-kanak itu telah atau besar
kemungkinan kanakkanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan
dari segi emosi atau
dianiayai dari segi seks oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau seseorang anggota keluarga luasnya;
.(b) kanak-kanak itu telah atau besar
kemungkinan kanakkanak itu akan dicederakan dari segi fizikal atau dicederakan
dari segi emosi atau dianiayai dari segi seks dan ibu atau bapa atau
penjaganya, yang tahu tentang kecederaan atau penganiayaan atau kemungkinan sedemikian,
telah tidak melindungi atau tidak mungkin akan melindungi kanakkanak itu
daripada kecederaan atau penganiayaan sedemikian;
.(c) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu tidak layak, atau telah abai, atau tidak upaya, untuk
menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu
dan kanak-kanak itu mula terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat;
.(d) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu telah abai atau berkeberatan untuk mengadakan pemeliharaan,
makanan, pakaian dan tempat berteduh yang mencukupi untuk kanak-kanak itu;
.(e) kanak-kanak itu—
.(i)
tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga; atau
.(ii) telah dibuang oleh ibu atau bapa
atau penjaganya dan selepas siasatan yang munasabah ibu atau bapa atau penjaga
itu tidak dapat ditemui,
dan tiada orang lain yang sesuai sanggup dan berupaya
memelihara kanak-kanak itu;
.(f) kanak-kanak itu perlu diperiksa,
disiasat atau dirawat—
.(i) bagi maksud memulihkan atau
memelihara kesihatannya; dan
.(ii) ibu atau bapa atau penjaganya
abai atau enggan mendapatkan kanak-kanak itu diperiksa, disiasat atau dirawat
sedemikian;
.(g) kanak-kanak itu berkelakuan dengan
cara yang, atau yang mungkin,
memudaratkan dirinya atau mana-mana orang lain dan ibu atau bapa atau penjaganya tidak upaya atau
berkeberatan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memperbaiki
keadaan atau langkah-langkah memperbaiki keadaan yang diambil oleh ibu atau
bapa atau penjaga itu
gagal;
.(h) terdapat pertelingkahan yang sedemikian
rupa antara kanakkanak
itu dengan ibu atau bapa atau penjaganya, atau antara ibu dan bapa atau penjaga-penjaganya,
sehinggakan hubungan kekeluargaan terganggu dengan serius, dan yang demikian itu menyebabkan kanak-kanak
itu mengalami kecederaan
emosi;
.(i) kanak-kanak itu ialah seorang yang
berkenaan dengannya mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau mana-mana kesalahan
daripada jenis yang
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
diperihalkan dalam seksyen 31, 32 dan 33 telah atau disyaki
telah dilakukan dan ibu atau bapa atau penjaganya—
.(i) ialah orang yang melakukan
kesalahan sedemikian atau yang disyaki telah melakukan kesalahan sedemikian;
atau
.(ii) telah tidak melindunginya atau
tidak mungkin akan melindunginya daripada kesalahan sedemikian;
.(j) kanak-kanak itu ialah—
.(i) anggota keluarga yang sama dengan
kanak-kanak yang disebut dalam perenggan (i); atau
.(ii) anggota keluarga yang sama
dengan orang yang telah disabitkan atas kesalahan yang disebut dalam perenggan(i)
dan yang nampaknya dalam bahaya akan dilakukan ke atasnya atau berkenaan dengannya kesalahan yang serupa
dan ibu atau bapa atau penjaganya—
(aa) ialah orang yang melakukan atau disyaki telah
melakukan kesalahan itu;
(bb) ialah orang yang telah disabitkan atas kesalahan
sedemikian; atau
.(cc) tidak upaya atau berkeberatan
melindunginya daripada kesalahan sedemikian;
.(k) kanak-kanak itu dibenarkan berada di
mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
.(i) mengemis atau menerima sedekah,
sama ada atau tidak
dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan apa-apa jua
untuk jualan; atau
.(ii) menjalankan penjajaan yang
menyalahi undangundang, loteri haram, perjudian atau aktiviti lain yang
menyalahi undang-undang yang memudaratkan kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu.
.(2) Bagi maksud Bahagian ini,
seseorang kanak-kanak—
.(a) dicederakan dari segi fizikal jika
ada kecederaan yang substansial dan boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh
kanak-kanak itu akibat pengenaan kekerasan atau agen yang bukan tidak sengaja
kepada tubuh kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, laserasi,
kontusi, lelasan, parut, patah atau kecederaan tulang yang lain, dislokasi,
seliuh, pendarahan, pecah viskus, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah
kesedaran atau fungsi fisiologi atau gugur rambut atau gigi;
.(b) dicederakan dari segi emosi jika ada
gangguan yang substansial dan boleh dilihat pada fungsi mental atau emosi
kanak-kanak itu yang didalilkan dengan, antara lain, kecelaruan mental atau
tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian, kelangsangan atau
perkembangan lambat;
.(c) teraniaya dari segi seks jika dia
telah mengambil bahagian, sama ada sebagai peserta atau pemerhati, dalam
apa-apa aktiviti yang berunsur seks bagi maksud—
.(i) apa-apa bahan, fotograf, rakaman,
filem, pita video atau persembahan yang berunsur pornografi, lucah atau
sumbang; atau
.(ii) eksploitasi seks oleh mana-mana
orang bagi memuaskan
nafsu seks orang itu atau orang lain.
BAB 2
JAGAAN SEMENTARA DAN PEMERIKSAAN DAN RAWATAN PERUBATAN
Pengambilan kanak-kanak ke dalam jagaan sementara
18.
Mana-mana Pelindung atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan-alasan
yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan
pemeliharaan dan pelindungan boleh mengambil kanakkanak itu ke dalam jagaan sementara, melainkan jika
Pelindung atau pegawai polis itu berpuas
hati bahawa—
(a) pengambilan prosiding berhubung dengan kanak-kanak itu tidak wajar demi kepentingan kanak-kanak itu; atau
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(b)
prosiding itu akan diambil oleh orang lain.
Pengemukaan di hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
19. (1)
Tertakluk kepada seksyen 20, tiap-tiap kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan
sementara di bawah seksyen 18 hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa perjalanan yang
perlu dari tempat kanak-kanak itu diambil ke dalam jagaan sedemikian ke
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(2) Jika tidak mungkin seseorang
kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang
dinyatakan dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke
hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu
diletakkan—
.(a) di suatu tempat selamat; atau
.(b) dalam pemeliharaan seseorang yang
layak dan sesuai,
sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(3) Jika seseorang kanak-kanak
diletakkan di suatu tempat selamat atau dalam pemeliharaan seorang yang layak
dan sesuai di bawah subseksyen (2)—
.(a) orang yang menjaga tempat selamat
itu atau orang yang layak dan sesuai itu hendaklah mempunyai kawalan ke atas,
dan bertanggungjawab bagi penyenggaraan, kanakkanak itu sama seperti ibu atau
bapa kanak-kanak itu; dan
.(b) kanak-kanak itu hendaklah terus berada
dalam pemeliharaan orang yang disebut dalam perenggan (a) walaupun kanakkanak
itu dituntut oleh ibu atau bapa atau penjaganya atau mana-mana orang lain.
.(4) Seseorang Pelindung yang
mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah,
sebaik sahaja dibuat
pengambilan sedemikian, menyebabkan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu
diberitahu tentang pengambilan itu.
Kanak-Kanak 37
(5) Seseorang pegawai polis yang mengambil seseorang
kanakkanak ke dalam jagaan sementara di bawah seksyen ini hendaklah, sebaik
sahaja dibuat pengambilan sedemikian, memberitahu Pelindung tentang pengambilan
itu.
Kanak-kanak yang memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan
20. (1) Jika
seseorang Pelindung atau pegawai polis yang mengambil seseorang kanak-kanak ke
dalam jagaan sementara di bawah seksyen 18 berpendapat bahawa kanak-kanak itu
memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, Pelindung atau pegawai polis itu
boleh tidak membawa kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau
Majistret, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi sebaliknya mengemukakan
kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.
.(2) Jika pada masa dia diambil ke
dalam jagaan seseorang kanakkanak itu ialah seorang pesakit di suatu hospital,
Pelindung atau pegawai polis yang mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan
boleh meninggalkan kanak-kanak itu di hospital itu.
.(3) Jika seseorang Pelindung atau
pegawai polis tidak mengambil seseorang kanak-kanak ke dalam jagaan sementara
di bawah seksyen 18 tetapi dia berpuas hati atas alasan-alasan yang munasabah
bahawa kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan atau rawatan perubatan, dia boleh
mengarahkan secara bertulis orang yang pada hematnya sedang memelihara kanak-kanak itu supaya membawa kanak-kanak itu kepada seorang
pegawai perubatan dengan sertamerta.
.(4) Jika orang yang disebut dalam
subseksyen (3) tidak mematuhi arahan yang diberikan di bawah subseksyen itu
dalam masa empat puluh lapan jam, seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh
mengambil kanak-kanak itu ke dalam jagaan sementara bagi maksud mengemukakan
kanak-kanak itu ke hadapan seorang pegawai perubatan.
Pemeriksaan dan rawatan perubatan
21.
Seseorang pegawai perubatan yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak
dikemukakan di bawah subseksyen 20(1) atau (4)—
(a) hendaklah menjalankan atau menyebabkan dijalankan
pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu;
38
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(b) boleh, pada memeriksa kanak-kanak
itu dan jika dibenarkan sedemikian oleh Pelindung atau pegawai polis, melakukan
atau menyebabkan dilakukan apa-apa tatacara dan ujian yang perlu untuk
mendiagnosis keadaan kanak-kanak itu; dan
.(c) boleh memberikan atau menyebabkan
diberikan apa-apa rawatan yang difikirkannya perlu berikutan keputusan
diagnosisnya itu.
Kebenaran untuk dimasukkan ke hospital
22. Jika
pegawai perubatan yang memeriksa seseorang kanakkanak di bawah seksyen 21
berpendapat bahawa kanak-kanak itu perlu dimasukkan ke hospital bagi maksud
pemeliharaan atau rawatan perubatan, seseorang Pelindung atau pegawai polis
boleh membenarkan kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital.
Kawalan ke atas kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital
23. Jika
seseorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital di bawah seksyen 22, Ketua
Pengarah hendaklah mempunyai kawalan ke atas, dan tanggungjawab bagi
penyenggaraan, kanak-kanak itu sama seperti yang dipunyai oleh orang yang
menjaga sesuatu tempat selamat jika kanak-kanak itu telah diletakkan di tempat
selamat itu.
Kebenaran bagi rawatan perubatan
24. (1)
Jika, pada pendapat seseorang pegawai perubatan, kanakkanak yang disebut dalam
seksyen 21 memerlukan rawatan bagi penyakit, kecederaan atau keadaan yang
ringan, seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh membenarkan rawatan
sedemikian.
.(2) Jika, pada pendapat seseorang
pegawai perubatan, kanakkanak yang disebut dalam seksyen 21 mengalami
penyakit, kecederaan atau keadaan yang serius atau memerlukan pembedahan atau
rawatan psikiatri, seorang Pelindung atau pegawai polis—
.(a) hendaklah dengan serta-merta
memberitahu atau mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memberitahu dan
berunding dengan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang
mempunyai kuasa untuk mengizinkan
rawatan sedemikian; dan
Kanak-Kanak 39
.(b) boleh, dengan keizinan bertulis ibu
atau bapa atau penjaga atau orang itu, membenarkan apa-apa rawatan perubatan
atau pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh seorang pegawai
perubatan.
.(3) Jika seseorang pegawai perubatan
memperakui secara bertulis bahawa terdapat risiko hampir kepada kesihatan
seseorang kanakkanak, seseorang Pelindung boleh membenarkan, tanpa memperoleh
keizinan yang disebut dalam subseksyen (2), apa-apa rawatan perubatan atau
pembedahan atau psikiatri yang difikirkan perlu oleh pegawai perubatan itu
tetapi hanya di bawah mana-mana hal keadaan yang berikut:
.(a) bahawa ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu atau mana-mana orang yang mempunyai kuasa untu k mengizinkan
rawatan sedemikian telah dengan tidak munasabah enggan memberikan, atau tidak
memberikan, keizinan bagi rawatan sedemikian;
.(b) bahawa ibu atau bapa atau penjaga
atau orang yang disebut dalam perenggan (a) tidak ada atau tidak dapat
ditemui dalam masa yang munasabah; atau
.(c) Pelindung itu mempercayai atas
alasan-alasan yang munasabah bahawa ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang
disebut dalam perenggan (a) telah menganiayai, mengabaikan, membuang
atau mendedahkan, atau menganiayai dari segi seks, kanak-kanak itu.
Langkah-langkah yang hendaklah diambil selepas pemeriksaan atau rawatan perubatan
25. (1)
Seseorang kanak-kanak yang diambil ke dalam jagaan di bawah seksyen 18 dan yang
diperiksa atau dirawat dari segi perubatan di bawah seksyen 21 hendaklah dibawa
ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam—
.(a) apabila selesai pemeriksaan atau
rawatan sedemikian; atau
.(b) jika kanak-kanak itu dimasukkan ke
hospital, apabila dia dibenarkan
keluar dari hospital.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(2) Jika tidak mungkin kanak-kanak
itu dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang dinyatakan
dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang
Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu diletakkan—
.(a) di suatu tempat selamat; atau
.(b) dalam pemeliharaan seseorang yang
layak dan sesuai,
sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(3)
Seseorang kanak-kanak yang—
.(a) diambil ke dalam jagaan di bawah
subseksyen 20(4); dan
.(b) kemudiannya menjalani pemeriksaan
atau rawatan perubatan,
hendaklah dikembalikan kepada orang yang daripada
pemeliharaannya kanak-kanak itu diambil—
(aa) apabila selesai pemeriksaan atau rawatan sedemikian;
atau
(bb) jika kanak-kanak itu dimasukkan ke hospital, apabila
dia dibenarkan keluar dari hospital.
Tiada liabiliti ditanggung kerana memberikan kebenaran
26. (1) Jika
seseorang kanak-kanak diperiksa atau dirawat menurut seksyen 21 atau 24—
.(a) Pelindung atau pegawai polis yang
membenarkan pemeriksaan atau rawatan itu;
.(b) pegawai perubatan yang memeriksa
atau merawat kanakkanak itu; dan
.(c) semua orang yang bertindak membantu
pegawai perubatan itu,
tidaklah menanggung apa-apa liabiliti di sisi
undang-undang hanya oleh sebab seseorang
kanak-kanak telah diperiksa atau dirawat menurut seksyen itu.
Kanak-Kanak
(2) Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen
(1) mengecualikan seseorang pegawai perubatan daripada liabiliti berkenaan
dengan pemeriksaan atau rawatan seseorang kanak-kanak jika liabiliti itu ialah
liabiliti yang kepadanya dia akan terdedah sekiranya pemeriksaan atau rawatan
itu telah dijalankan atau diberikan dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu atau orang yang mempunyai kuasa untuk mengizinkan pemeriksaan
atau rawatan itu.
Kewajipan pegawai perubatan atau-pengamal perubatan
27. (1) Jika
seseorang pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar mempercayai atas
alasan-alasan yang munasabah bahawa seseorang kanak-kanak yang sedang
diperiksanya atau dirawatnya telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau didedahkan, atau teraniaya dari segi
seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pelindung.
.(2) Mana-mana pegawai perubatan atau
pengamal perubatan berdaftar
yang tidak mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau
kedua-duanya.
.(3) Jika pengamal perubatan berdaftar
yang disebut dalam subseksyen (1) ialah seorang pegawai perubatan, maka dia
boleh mengambil kanak-kanak yang disebut dalam subseksyen itu ke dalam jagaan
sementara sehingga jagaan sementara kanak-kanak itu diambil alih oleh seorang
Pelindung atau pegawai polis.
Kewajipan anggota keluarga
28. (1) Jika
mana-mana anggota keluarga seseorang kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan
yang munasabah bahawa kanakkanak itu telah dicederakan dari segi fizikal atau
emosi akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari
segi seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pelindung.
.(2) Mana-mana anggota keluarga yang
tidak mematuhi subseksyen
.(1) melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dilepaskan dengan bon atas syarat-syarat yang
hendaklah ditentukan oleh
Mahkamah.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(3) Mana-mana anggota keluarga yang tidak mematuhi
mana-mana syarat bon yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kewajipan pengasuh kanak-kanak
29. (1) Jika
seseorang pengasuh kanak-kanak mempercayai atas alasan-alasan yang munasabah
bahawa seseorang kanak-kanak telah dicederakan dari segi fizikal atau emosi
akibat teraniaya, terabai, terbuang atau terdedah, atau teraniaya dari segi
seks, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu seorang Pelindung.
(2) Mana-mana pengasuh kanak-kanak yang tidak mematuhi
subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
dua tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
30. (1) Jika
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati bahawa mana-mana kanak-kanak yang dibawa
ke hadapannya di bawah seksyen 19 atau 25 ialah seorang kanak-kanak yang
memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh—
.(a) memerintahkan supaya ibu atau bapa
atau penjaganya menyempurnakan bon untuk menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya selama
suatu tempoh yang dinyatakan
oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu;
.(b) membuat suatu perintah meletakkan
kanak-kanak itu dalam jagaan seseorang yang layak dan sesuai selama suatu
tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu;
.(c) tanpa membuat apa-apa perintah lain
atau sebagai tambahan kepada perintah yang dibuat di bawah perenggan (a)
atau (b), membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu di bawah
pengawasan—
.(i)
seorang Pelindung; atau
.(ii) seorang lain yang dilantik bagi
maksud itu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak,
selama suatu tempoh yang dinyatakan oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu;
.(d) membuat suatu perintah meletakkan
kanak-kanak itu di suatu tempat selamat selama tempoh tiga tahun dari tarikh
perintah itu atau sehingga dia mencapai umur lapan belas tahun, mengikut
mana-mana yang lebih pendek; atau
.(e) dalam hal seseorang kanak-kanak yang
tidak mempunyai ibu atau bapa atau penjaga atau yang telah terbuang
sebagaimana yang diperihalkan dalam
perenggan 17(1)(e)
, membuat suatu perintah meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan
dan kawalan seorang ibu atau bapa peliharaan yang didapati sesuai oleh Ketua
Pengarah selama tempoh dua tahun atau sehingga kanak-kanak itu mencapai umur
lapan belas tahun, mengikut mana-mana yang lebih pendek, dan sementara
menantikan itu, meletakkan kanakkanak itu di suatu tempat selamat.
.(2) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
membuat suatu perintah di bawah perenggan (l)(e), Ketua Pengarah
hendaklah, bagi maksud melaksanakan perintah itu, dengan serta-merta berusaha
untuk meletakkan kanak-kanak itu dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalan
seseorang ibu atau bapa peliharaan.
.(3) Jika pada bila-bila masa
kemudiannya ibu atau bapa peliharaan itu bercadang untuk mengembalikan
kanak-kanak yang telah diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya di
bawah perenggan (1) (e) , dia hendaklah membuat laporan sendiri kepada
Pelindung dan membawa kanak-kanak itu ke hadapan Pelindung itu, dan Pelindung
itu hendaklah meletakkan kanak-kanak itu di suatu tempat selamat.
.(4) Jika dalam tempoh yang disebut
dalam perenggan (1) (e) ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak yang
berkenaan tidak menuntut kanak-kanak itu atau tidak muncul, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
boleh—
.(a) apabila habis tempoh itu; dan
.(b) jika Mahkamah berpuas hati bahawa
langkah-langkah yang
munasabah telah diambil oleh Pelindung untu k mengesan ibu atau bapa atau
penjaga kanak-kanak itu,
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
membuat suatu perintah menyerahkan kanak-kanak itu untuk diangkat oleh ibu atau bapa peliharaan itu atau mana-mana orang yang berhasrat untuk mengangkat kanak-kanak itu dan dalam mana-mana hal sedemikian—
(aa) keizinan ibu atau bapa atau penjaga bagi pengangkatan kanak-kanak itu hendaklah dikecualikan; dan
(bb) Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257] (dalam hal seseorang kanak-kanak yang tidak menganuti agama Islam) dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 [Akta 253] hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.
.(5) Dalam menentukan apakah perintah yang hendak
dibuat di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah memberikan
pertimbangan utama kepada kepentingan kanak-kanak itu.
.(6) Sebelum
membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen
.(1) atau (4), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah
menimbangkan dan mengambil kira apa-apa laporan yang disediakan oleh Pelindung yang—
.(a) hendaklah mengandungi apa-apa maklumat tentang latar
belakang keluarga, kelakuan secara am, suasana di rumah, rekod sekolah dan
riwayat perubatan seseorang kanakkanak yang dapat membolehkan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu menguruskan kes itu demi kepentingan kanakkanak itu; dan
.(b) boleh memasukkan apa-apa laporan bertulis seorang
Pegawai Kebajikan Masyarakat, pengamal perubatan berdaftar atau mana-mana orang
lain yang difikirkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak layak untuk menyediakan
suatu laporan mengenai kanak-kanak itu.
.(7) Bagi membolehkan Pelindung menyediakan dan
mengemukakan laporan yang disebut dalam subseksyen (6), Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak boleh—
.(a) dari semasa ke semasa, menangguhkan kes selama apaapa tempoh yang tidak melebihi dua
bulan pada satu-satu masa; dan
Kanak-Kanak
.(b) membuat berkenaan dengan kanak-kanak
itu, sebagai suatu perintah interim yang berkuat kuasa hanya semasa tempoh
penangguhan itu, apa-apa perintah yang boleh dibuat oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1),
.(8) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh,
dalam membuat apaapa perintah di bawah subseksyen (1), mengenakan apa-apa
syarat atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah bagi
maksud memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak itu yang berkenaan
dengannya perintah sedemikian dibuat, dan syarat atau arahan itu boleh termasuk
yang berikut:
.(a) bahawa ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu yang ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel
interaktif yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi
maksud sedemikian;
.(b) jika kanak-kanak itu diletakkan di
suatu tempat selamat, bahawa ibu atau bapa atau penjaganya hendaklah melawat
kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak; atau
.(c) jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi
pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaganya hendaklah berunding dengan
guru dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali.
.(9) Mana-mana ibu atau bapa atau
penjaga yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan atau arahan yang
diberikan di bawah subseksyen (8) melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
.(10) Sesuatu perintah di bawah
subseksyen (1) tidakboleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu
peluang untuk hadir dan didengar.
.(11) Walau apa pun subseksyen (10),
suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seseorang
Pelindung bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki hadir, telah
tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
.(12) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
tidak berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya di
bawah seksyen 19 atau 25 memerlukan pemeliharaan dan pelindungan, Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan
kepada pemeliharaan dan jagaan ibu atau bapa atau penjaganya.
.(13) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh,
atas permohonan—
.(a) Pelindung;
.(b) orang yang menjaga sesuatu tempat
selamat; atau
.(c) ibu atau bapa atau penjaga seseorang
kanak-kanak,
meminda, mengubah atau membatalkan apa-apa perintah
yang dibuat di bawah seksyen ini—
(aa) jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati
bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian; atau
(bb) apabila dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya
perintah itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu.
BAB 3
KESALAHAN BERHUBUNG DENGAN KESIHATAN DAN KEBAJIKAN
KANAK-KANAK
Penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak
31. (1)
Mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang
kanak-kanak—
(a) yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau
mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya
mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau
membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian; atau
Kanak-Kanak
(b)
yang menganiayai dari segi seks kanak-kanak itu atau yang menyebabkan atau
membenarkannya dianiayai sedemikian,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
.(2) Mahkamah—
.(a) hendaklah, sebagai tambahan kepada
apa-apa hukuman yang dinyatakan dalam subseksyen (1), memerintahkan supaya
orang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen itu
menyempurnakan suatu bon dengan penjamin untuk berkelakuan baik selama apa-apa
tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah; dan
.(b) boleh memasukkan dalam bon yang
disempurnakan di bawah perenggan (a) apa-apa syarat yang difikirkan
patut oleh Mahkamah.
.(3) Jika seseorang yang diperintahkan
supaya menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik di bawah subseksyen (2)
tidak mematuhi mana-mana syarat bon itu, dia boleh didenda selanjutnya tidak melebihi sepuluh ribu ringgit
atau dipenjarakan selanjutnya selama
tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
.(4) Seseorang ibu atau bapa atau
penjaga atau orang lain yang bertanggungan di sisi undang-undang untuk menyara
seseorang kanak-kanak hendaklah disifatkan telah mengabaikannya dengan cara
yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi jika,
sungguhpun dia berupaya mengadakan makanan, pakaian, rawatan perubatan atau pergigian,
penginapan atau
pemeliharaan yang mencukupi bagi kanak-kanak itu daripada sumber-sumbernya sendiri,
dia tidak berbuat demikian.
.(5) Seseorang boleh disabitkan atas
suatu kesalahan terhadap seksyen ini walaupun—
.(a) penderitaan atau kecederaan kepada
kesihatan kanak-kanak yang
berkenaan atau kemungkinan penderitaan atau kecederaan kepada kesihatan
kanak-kanak yang berkenaan telah dielakkan melalui tindakan orang lain; atau
.(b) kanak-kanak yang berkenaan telah
mati.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Kanak-kanak tidak boleh digunakan untuk mengemis, dsb.
32.
Mana-mana orang yang menyebabkan atau mengakibatkan mana-mana kanak-kanak atau,
sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, membenarkan
kanak-kanak itu berada di mana-mana jalan, premis atau tempat bagi maksud—
.(a) mengemis, menerima sedekah, sama ada
atau tidak dengan dalih menyanyi, bermain, membuat persembahan atau menawarkan
apa-apa jua untuk jualan; atau
.(b) menjalankan penjajaan yang menyalahi
undang-undang, loteri
haram, perjudian atau aktiviti lain yang menyalahi undang-undang yang memudaratkan
kesihatan dan kebajikan kanak-kanak itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kesalahan kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa
pengawasan yang berpatutan
33.
Mana-mana orang, yang merupakan ibu atau bapa atau penjaga atau orang yang pada
masa itu mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak,
yang meninggalkan kanak-kanak itu—
.(a) tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan
pemeliharaan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu;
.(b) selama suatu tempoh yang tidak
berpatutan memandangkan semua hal keadaan; atau
.(c) dalam keadaan yang tidak berpatutan
memandangkan semua hal keadaan,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit
atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
BAB 4
PEMBERITAHUAN APABILA MENGAMBIL KANAK-KANAK KE DALAM
PEMELIHARAAN, JAGAAN ATAU KAWALAN
Pemakaian dan tafsiran
34. (1) Bab
ini tidak terpakai bagi pengambilan seseorang kanakkanak—
.(a) ke dalam pemeliharaan, jagaan atau
kawalan mana-mana orang—
.(i) menurut suatu perintah Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa berwibawa; atau
.(ii) oleh mana-mana Pelindung atau
pegawai polis yang bertindak di bawah Akta ini;
.(b) sebagai penghuni suatu tempat
selamat atau rumah anak yatim, hospital,
institusi atau pusat—
.(i) yang disenggarakan oleh Kerajaan
Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; atau
.(ii)
yang diluluskan oleh Menteri;
.(c) untuk tinggal di sesuatu institusi
pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang
berhubungan dengan pendidikan; dan
.(d) yang lazim menghadiri sesuatu
institusi pendidikan yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
yang berhubungan dengan pendidikan ke dalam jagaan kawan atau saudara ibu atau
bapa atau penjaganya dengan keizinan ibu atau bapa atau penjaganya.
.(2) Dalam Bab ini,
"penjaga" seseorang kanak-kanak ertinya seseorang—
.(a) yang dilantik dengan sah melalui
surat ikatan atau wasiat atau dengan perintah Mahkamah yang berwibawa untuk
menjadi penjaga kanak-kanak itu; atau
.(b) yang telah mengangkat kanak-kanak itu dengan sah.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Pemberitahuan tentang pengambilan kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan
35. (1) Jika
seseorang mengambil seorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan atau
kawalannya—
.(a) orang itu; dan
.(b) orang yang dalam pemeliharaannya
kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan itu,
hendaklah, tidak lewat daripada satu minggu selepas
itu, memberitahu Pelindung tentang pengambilan itu.
.(2) Apabila diterima apa-apa pemberitahuan
di bawah subseksyen (1),
Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya patut tentang—
.(a) hal keadaan dan sebab bagi
pengambilan itu; dan
.(b) kesesuaian, bagi maksud itu, orang
yang telah mengambil kanak-kanak
itu ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.
.(3) Jika, selepas siasatan yang
disebut dalam subseksyen (2), difikirkan
oleh Pelindung suaimanfaat untuk berbuat demikian demi kepentingan kanak-kanak
itu, dia boleh sama ada—
.(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
dikembalikan kepada
pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau orang yang
dalam pemeliharaannya kanak-kanak
itu berada semasa dia diambil; atau
.(b) membenarkan pengambilan kanak-kanak
itu atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.
.(4) Jika pengambilan seseorang
kanak-kanak oleh mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (3)(b)
tertakluk kepada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi
terma atau syarat itu, Pelindung boleh dengan waran di bawah tandatangannya
memerintahkan supaya kanak-kanak itu—
.(a) diambil keluardaripada pemeliharaan,
jagaan atau kawalan orang
itu; dan
Kanak-Kanak
.(b) diletakkan di suatu tempat selamat atau dalam jagaan
saudaranya atau seorang yang layak dan sesuai atas apaapa terma dan syarat
yang dikehendaki oleh Pelindung sehingga kanak-kanak itu mencapai umur lapan
belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.
.(5) Bagi maksud seksyen ini,
"orang" termasuklah sesuatu institusi atau pusat yang—
.(a) tidak disenggarakan oleh Kerajaan
Persekutuan atau oleh mana-mana Kerajaan Negeri; atau
.(b) tidak diluluskah oleh Menteri.
.(6) Seseorang Pelindung hendaklah,
apabila menerima apa-apa pemberitahuan di bawah seksyen ini, merekodkan
butir-butir pemberitahuan itu dalam suatu daftar mengikut apa-apa bentuk yang
ditetapkan.
.(7) Mana-mana orang yang tidak
mematuhi subseksyen (1)melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Obligasi kemudiannya
36. (1) Jika
pengambilan seseorang kanak-kanak telah diberitahukan kepada dan dibenarkan
oleh Pelindung di bawah seksyen 35, orang yang
telah mengambil kanak-kanak itu hendaklah, jika pada bilabila masa kemudiannya—
.(a) dia bercadang mengembalikan
kanak-kanak itu kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau
penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak
itu telah diambil; atau
.(b) tanpa pengetahuan atau keizinannya,
kanak-kanak itu telah meninggalkan pemeliharaan, jagaan atau kawalannya,
membuat
laporan sendiri kepada Pelindung dan hendaklah, pada bila-bila masa jika dapat
dilaksanakan, membawa atau menyebabkan
dibawa ke hadapan Pelindung kanak-kanak itu dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu telah diambil.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(2) Apabila diterima suatu laporan di
bawah subseksyen (1), Pelindung hendaklah membuat suatu catatan mengenai
laporan itu dan hendaklah jika—
.(a) kanak-kanak itu dan ibu atau bapa
atau penjaga kanakkanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya
kanak-kanak itu telah diambil hadir pada masa laporan itu diterima,
mengembalikan kanak-kanak itu kepada ibu atau bapa atau penjaganya atau orang
itu, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
.(b) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu atau mana-mana orang lain yang daripadanya kanak-kanak itu
telah diambil tidak hadir pada masa laporan itu diterima—
.(i) mengambil kanak-kanak itu ke
dalam jagaan sementara sehingga dia dapat dikembalikan kepada ibu atau bapa
atau penjaganya atau orang itu; dan
.(ii) dengan serta-merta menghantar
maklumat bertulis ke tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaganya atau orang
itu yang akhir diketahui.
.(3) Mana-mana orang yang tidak
mematuhi subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Pelindung untuk menghendaki supaya kanak-kanak dikemukakan di hadapannya
37. (1) Jika seseorang Pelindung ada sebab untuk
mempercayai bahawa terdapat, di kawasan atau Negeri yang di dalamnya dia
menjalankan bidang kuasa, seseorang kanak-kanak yang berkenaan dengan pengambilannya
tiada pemberitahuan telah dibuat menurut seksyen 35, dia boleh, melalui saman
di bawah tandatangannya yang dialamatkan kepada orang yang mempunyai atau
dipercayai mempunyai pemeliharaan, jagaan atau kawalan kanak-kanak itu,
menghendaki orang itu hadir dan mengemukakan kanak-kanak itu di hadapannya pada
masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu bagi maksud suatu siasatan
di bawah subseksyen (4).
Kanak-Kanak
.(2) Jika seseorang yang kepadanya saman telah
disampaikan di bawah subseksyen (1) tidak mengemukakan kanak-kanak itu pada
masa dan di tempat yang dinyatakan dalam saman itu, Pelindung boleh memohon
kepada seorang Majistret supaya suatu waran geledah di bawah seksyen 111
dikeluarkan untuk mencari kanakkanak itu dan mengemukakannya di hadapan
Pelindung itu.
.(3) Mana-mana kanak-kanak yang dinamakan atau
diperihalkan dalam waran
sedemikian boleh buat sementara waktu—
.(a) ditahan di suatu tempat selamat; atau
.(b) diletakkan dalam jagaan saudaranya atau orang lain
yang layak dan sesuai atas apa-apa terma dan syarat yang dikehendaki oleh
Pelindung,
sehingga Pelindung
itu telah menyelesaikan siasatannya di bawah Bab
ini.
.(4) Pelindung hendaklah membuat apa-apa siasatan yang
difikirkannya patut tentang—
.(a) hal keadaan dan sebab bagi pengambilan kanak-kanak
yang disebut dalam subseksyen (1); dan
.(b) kesesuaian orang yang telah mengambil kanak-kanak itu
ke dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya.
.(5) Jika, selepas siasatan yang disebut dalam
subseksyen (4), difikirkan oleh Pelindung suaimanfaat demi kepentingan kanakkanak
itu, dia boleh—
.(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan
kepada pemeliharaan, jagaan atau kawalan ibu atau bapa atau penjaganya atau
orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu berada pada masa pengambilan
itu; atau
.(b) membenarkan pengambilan kanak-kanak itu atas apa-apa
terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung.
.(6) Jika pengambilan seseorang kanak-kanak oleh
mana-mana orang telah dibenarkan di bawah perenggan (5)(b) tertakluk
kepada apa-apa terma atau syarat dan keingkaran dibuat pada mematuhi
terma atau syarat itu, Pelindung boleh melalui waran
di bawah tandatangannya memerintahkan supaya kanak-kanak itu—
.(a) diambil keluar daripada
pemeliharaan, jagaan atau kawalan orang itu; dan
.(b) diletakkan di suatu tempat selamat
atau dalam jagaan saudaranya atau orang lain yang layak dan sesuai atas apa-apa
terma dan syarat yang dikehendaki oleh Pelindung sehingga kanak-kanak itu
mencapai umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.
BAHAGIAN VI
KANAK-KANAK YANG MEMERLUKAN PELINDUNGAN DAN PEMULIHAN
BAB 1
AM
Pengertian kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan
38. Seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan dan
pemulihan jika kanak-kanak itu—
.(a) sedang didorong untuk melakukan
apa-apa perbuatan seksual, atau berada dalam apa-apa suasana fizikal atau
sosial yang boleh membawa kepada pelakuan perbuatan itu;
.(b) tinggal di atau kerap kali
mengunjungi mana-mana rumah pelacuran atau tempat berkira; atau
.(c) pada lazimnya ada bersama-sama
dengan atau berada di bawah kawalan penyelenggara-penyelenggara rumah pelacuran
atau muncikari-muncikari atau orang-orang yang bekerja atau yang mempunyai
kepentingan secara langsung dalam urusan yang dijalankan di rumah-rumah
pelacuran atau berkaitan dengan pelacuran.
Kanak-Kanak
Memindahkan kanak-kanak ke tempat perlindungan
39. (1)
Mana-mana Pelindung atau pegawai polis yang berpuas hati atas alasan-alasan
yang munasabah bahawa seseorang kanakkanak memerlukan pelindungan dan
pemulihan boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu dipindahkan ke suatu
tempat perlindungan dan kanak-kanak itu hendaklah ditahan buat sementara di
tempat perlindungan itu.
.(2) Tiap-tiap kanak-kanak yang
ditahan buat sementara-di bawah subseksyen (1) hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa
yang perlu untuk perjalanan dari tempat kanak-kanak itu dipindahkan sedemikian
ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(3) Jika tidak mungkin seseorang
kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang
dinyatakan dalam subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke
hadapan seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu
diletakkan di suatu tempat perlindungan sehingga masa kanakkanak itu dapat
dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(4) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya
memerlukan pelindungan dan pemulihan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh
memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan di suatu tempat perlindungan
sehingga—
.(a) suatu siasatan di bawah seksyen 40
untuk menyiasat hal-hal keadaan kes kanak-kanak itu telah diselesaikan; dan
.(b) suatu laporan siasatan itu telah dikemukakan
kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu oleh Pelindung di bawah subseksyen 40(2).
.(5) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu tidak berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya
memerlukan peli:ndungan dan pemulihan, Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan dan
jagaan ibu atau bapa atau penjaganya.
Perintah apabila siasatan selesai
40. (1)
Sesuatu siasatan yang disebut dalam subseksyen 39(4)hendaklah dibuat oleh
seorang Pelindung.
.(2) Seseorang Pelindung hendaklah
menyelesaikan siasatan itu dan mengemukakan laporan siasatan itu kepada
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam tempoh yang tidak melebihi satu bulan dari
tarikh seseorang kanak-kanak itu masuk ke sesuatu tempat perlindungan di bawah
subseksyen 39(1).
.(3) Jika selepas menimbangkan laporan
yang dikemukakan di bawah subseksyen (2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati
bahawa mana-mana kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya ialah seorang
kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan Mahkamah itu boleh,
tertakluk kepada peruntukan lain dalam seksyen ini—
.(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
ditahan di suatu tempat perlindungan selama tempoh tiga tahun dari tarikh kanak-kanak
itu masuk ke sesuatu tempat perlindungan di bawah subseksyen 39(1) dan perintah
itu hendaklah menjadi kuasa untuk menahannya di suatu tempat perlindungan;
.(b) membuat suatu perintah meletakkan
kanak-kanak itu selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dari
tarikh perintah itu dalam pemeliharaan seseorang, sama ada saudara atau tidak,
yang sanggup dan yang difikirkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu seorang
yang layak dan sesuai untuk memelihara kanak-kanak itu;
.(c) membuat suatu perintah menghendaki
ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu menyempurnakan suatu bon, dengan
atau tanpa penjamin, sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu, selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah
itu tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Mahkamah bagi
pemeliharaan dan penjagaan sepatutnya kanak-kanak itu; atau
.(d) membuat suatu perintah meletakkan
kanak-kanak itu di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang dilantik bagi maksud itu oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak,
tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan
patut oleh Mahkamah dan selama apa-apa tempoh yang
tidak melebihi tiga tahun dari tarikh perintah itu.
.(4) Perintah yang dibuat di bawah
perenggan (3)(a) atau (d)boleh mempunyai kesan melanjutkan tempoh
penahanan atau pengawasan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan,
melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
.(5) Dalam menentukan apakah perintah
yang hendak dibuat di bawah subseksyen (3), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah
memberikan pertimbangan utama kepada kepentingan kanak-kanak itu.
.(6) Walau apa pun perenggan (3)(a),
Lembaga Pelawat tempat perlindungan di mana seseorang kanak-kanak sedang
ditahan boleh mengurangkan tempoh penahanan kanak-kanak itu tetapi tiada
pengurangan boleh dibuat hingga membolehkan kanak-kanak itu dilepaskan dari
tempat perlindungan itu dalam masa dua belas bulan dari tarikh dia masuk ke
tempat perlindungan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan itu,
kecuali dengan kebenaran Menteri.
.(7) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
hendaklah, apabila membuat sesuatu perintah di bawah perenggan (3)(a)
atau (d), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga seseorang
kanak-kanak menyempurnakan
suatu bon selama tempoh perintah itu dengan apa-apa syarat yang boleh termasuk—
.(a) dalam hal perenggan (3)(a),
lawatan tetap ke tempat perlindungan di mana kanak-kanak itu diletakkan; dan
.(b) dalam hal perenggan (3)(d),
memastikan bahawa kanakkanak itu tinggal di dalam rumah pada masa yang
dinyatakan.
.(8) Mana-mana orang yang—
.(a) diperintahkan supaya melaksanakan
suatu bon di bawah subseksyen (3) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan;
dan
.(b) tidak mematuhi apa-apa syarat bon
sedemikian,
melakukan
suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(9) Mana-mana kanak-kanak yang
dihantar ke suatu tempat perlindungan
untuk ditahan di bawah perenggan (3)(a) hendaklah, apabila habis tempoh penahanannya
sama ada kerana—
.(a) luput masa; atau
.(b) apa-apa pengurangan yang dibuat
menurut subseksyen (6),
diletakkan di bawah pengawasan seorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat atau orang lain yang dilantik oleh Pelindung bagi maksud
itu.
.(10) Tempoh pengawasan bagi maksud
subseksyen (9) hendaklah ditentukan
oleh Lembaga Pelawat tempat perlindungan itu atas syor Pelindung tetapi tidak
boleh dalam apa-apa hal melebihi satu tahun dari tarikh habis tempoh penahanan
kanak-kanak itu.
.(11) Menteri boleh atas permohonan
kanak-kanak itu atau ibu atau bapa atau penjaganya mengecualikan kanak-kanak
itu daripada pemakaian subseksyen (9) jika dia berpuas hati bahawa hal itu memerlukan pengecualian itu.
.(12) Tanpa menjejaskan kuasa Lembaga
Pelawat menurut subseksyen
(6) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, apabila permohonan bertulis dibuat oleh—
.(a) Pelindung;
.(b) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak yang dimaksudkan dalam
perintah yang dibuat di bawah seksyen ini; atau
.(c) kanak-kanak itu,
meminda, mengubah atau membatalkan mana-mana perintah
yang dibuat di bawah seksyen ini—
(aa) jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas hati
bahawa adalah demi kepentingan kanak-kanak itu untuk berbuat demikian; dan
(bb) apabila
dibuktikan bahawa hal keadaan yang dalamnya perintah
itu dibuat telah berubah selepas pembuatan perintah itu.
Kanak-Kanak
.(13) Suatu perintah di bawah
subseksyen (3) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu peluang untuk hadir dan didengar.
.(14) Walau apa pun subseksyen (13),
suatu perintah di bawah subseksyen (3) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seseorang
Pelindung bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah
dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak
dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
Kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera
41. (1)
Mana-mana kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dengan segera boleh atas
permohonannya sendiri dalam bentuk yang ditetapkan diterima oleh Pelindung
masuk ke suatu tempat perlindungan jika Pelindung itu berpuas hati bahawa
kanak-kanak itu memerlukan pelindungan dengan segera.
.(2) Seseorang kanak-kanak memerlukan
pelindungan dengan segera jika ada sebab yang munasabah untuk mempercayai
bahawa—
.(a) kanak-kanak itu sedang diancam atau
ditakut-takutkan bagi maksud pelacuran atau bagi maksud melakukan persetubuhan
dengan seseorang lain atau bagi apa-apa maksud lucah;
.(b) kanak-kanak itu akan dikurung atau
ditahan oleh seseorang lain dengan melanggar Bahagian ini;
.(c) suatu kesalahan terhadap Bahagian
ini sedang atau mungkin akan dilakukan berkenaan dengan kanak-kanak itu; atau
.(d) jika kanak-kanak itu seorang perempuan, bahawa dia
sedang hamil anak luar nikah.
.(3) Tertakluk kepada subseksyen (4)
dan (5), dan jika hal keadaan memerlukannya, orang yang menjaga mana-mana
tempat perlindungan
boleh menerima masuk ke tempat perlindungan itu mana-mana kanak-kanak yang—
.(o) memerlukan pelindungan dengan
segera; dan
.(b) membuat suatu permohonan di bawah
seksyen ini kepada orang
yang menjaga itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(4) Jika orang yang menjaga sesuatu
tempat perlindungan menerima mana-mana kanak-kanak di bawah subseksyen (3),
kanakkanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Pelindung dalam masa dua
puluh empat jam selepas dia masuk ke tempat perlindungan itu dengan laporan
lengkap mengenai hal keadaannya.
.(5) Seseorang kanak-kanak yang
diterima masuk di bawah seksyen ini dibenarkan tinggal di tempat perlindungan
itu hanya selagi Pelindung berpuas hati bahawa kanak-kanak itu memerlukan
pelindungan dengan segera di bawah seksyen ini.
.(6)
Pelindung—
.(a) yang menerima seseorang kanak-kanak
di bawah subseksyen (1); atau
.(b) yang ke hadapannya seseorang
kanak-kanak dibawa di bawah subseksyen (4),
hendaklah dengan serta-merta memberitahu Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak tentang kemasukan sedemikian dengan suatu laporan lengkap mengenai
hal keadaan itu dan hendaklah mengikut cara yang sama memberitahu Mahkamah itu
apabila kanak-kanak itu meninggalkan tempat itu.
Siasatan dan penahanan seseorang kanak-kanak yang telah dibeli atau diperoleh dengan dakwaan palsu, dsb.
42. (1) Jika
Pelindung ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang
kanak-kanak—
.(a) telah dibawa masuk ke atau akan
dihantar keluar dari Malaysia dan penjagaan kanak-kanak itu telah diperoleh
sama ada—
.(i)
selepas dibeli; atau
.(ii)
dengan fraud, pernyataan palsu atau dakwaan palsu,
sama ada atau tidak bagi maksud pelacuran;
(b) telah diperoleh sama ada di dalam atau luar Malaysia
bagi maksud digunakan, dilatih atau diberikan sebagai seorang pelacur; atau
Kanak-Kanak 61
.(c) sedang ditahan bertentangan dengan
kemahuannya bagi maksud—
.(i)
pelacuran atau bagi maksud lucah; atau
.(ii) dihantar keluar dari Malaysia
bagi maksud pelacuran atau bagi maksud lucah,
Pelindung boleh memerintahkan supaya kanak-kanak itu
dipindahkan ke suatu tempat perlindungan dan kanak-kanak itu hendaklah ditahan
buat sementara di tempat perlindungan itu.
.(2) Tiap-tiap kanak-kanak yang
ditahan buat sementara di bawah subseksyen (1) hendaklah dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh empat jam tidak termasuk masa
yang perlu bagi perjalanan dari tempat kanak-kanak itu dipindahkan sedemikian
ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu.
.(3) Jika tidak mungkin seseorang
kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang ditetapkan
di bawah subseksyen (1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan
seorang Majistret yang boleh mengarahkan supaya kanakkanak itu ditempatkan di
suatu tempat perlindungan sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
.(4) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ke
hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa hendaklah memerintahkan supaya
kanak-kanak itu ditahan di suatu tempat perlindungan sehingga—
.(a) suatu siasatan mengenai hal keadaan
kes kanak-kanak itu telah diselesaikan; dan
.(b) suatu laporan siasatan itu telah
dikemukakan kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu oleh Pelindung di bawah
subseksyen (6).
.(5) Sesuatu siasatan yang disebut
dalam perenggan (4)(a)hendaklah dibuat oleh seorang Pelindung,
.(6) Pelindung hendaklah menyelesaikan
siasatan itu dan mengemukakan laporan siasatan itu kepada Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak dalam tempoh yang tidak melebihi satu bulan dari tarikh kanak-kanak
itu dimasukkan ke tempat perlindungan itu.
.(7) Jika selepas menimbangkan laporan
yang dikemukakan di bawah subseksyen (6) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati
bahawa seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya ialah seorang
kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan pemulihan. Mahkamah itu boleh—
.(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
ditahan di suatu tempat perlindungan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi
tiga tahun dari tarikh perintah itu
sebagaimana yang difikirkan patut pleh Mahkamah demi kepentingan kanak-kanak
itu; atau
.(b) membuat suatu perintah meletakkan
kanak-kanak itu di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat yang
dilantik oleh Mahkamah bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dari
tarikh perintah itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah demi
kepentingan kanak-kanak itu.
.(8) Perintah yang dibuat di bawah
subseksyen (7) boleh mempunyai kesan melanjutkan tempoh penahanan atau
pengawasan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, melampaui tarikh
kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
.(9) Subseksyen 40( 12) hingga (14)
hendaklah terpakai berkenaan dengan apa-apa perintah yang dibuat di bawah
subseksyen (7) sebagaimana subseksyen-subseksyen itu terpakai bagi sesuatu
perintah yang dibuat di
bawah seksyen 40.
.(10) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
tidak berpuas hati bahawa kanak-kanak yang dibawa ke hadapannya memerlukan
pelindungan dan pemulihan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah
memerintahkan supaya kanak-kanak itu dikembalikan kepada pemeliharaan dan
jagaan ibu atau bapa atau penjaganya.
BAB 2
KESALAHAN-KESALAHAN
Kesalahan-kesalahan
43. (1) Mana-mana orang yang—
(a) menjual, menyewakan atau selainnya memberikan, atau
membeli atau menyewa atau selainnya memperoleh milikan.
Kanak-Kanak 63
seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau luar Malaysia, atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian;
.(b) memperoleh seseorang kanak-kanak bagi
maksud pelacuran atau
bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana
orang lain, sama ada di dalam atau luar Malaysia;
.(c) dengan atau di bawah apa-apa dakwaan
palsu, pernyataan palsu, atau cara fraud
atau perdayaan yang dibuat atau digunakan, sama ada di dalam atau luar Malaysia, membawa masuk atau membantu membawa masuk ke, atau membawa keluar atau membantu membawa keluar
dari, Malaysia, seseorang kanak-kanak dengan niat supaya kanak-kanak itu
diambil bekerja atau digunakan bagi maksud pelacuran, sama ada di dalam atau
luar Malaysia, atau dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa
kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan sedemikian;
.(d) membawa masuk ke Malaysia, menerima
atau menyorokkan seseorang kanak-kanak dengan mengetahui atau ada sebab untuk
mempercayai bahawa kanak-kanak itu telah diperoleh bagi maksud pelacuran atau
bagi maksud melakukan persetubuhan dengan mana-mana orang lain, sama ada di
dalam atau luar Malaysia, dan dengan niat hendak membantu maksud itu;
.(e) dengan mengetahui atau ada sebab untuk mempercayai bahawa seseorang kanak-kanak telah
dibawa masuk ke Malaysia dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan
(c) atau telah dijual, disewakan, atau disewa atau dibeli dalam hal keadaan
yang dinyatakan dalam perenggan (a), atau dengan melanggar mana-mana
undangundang bertulis lain menerima atau menyorokkan kanakkanak itu dengan
niat bahawa kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud
pelacuran sama ada di dalam atau luar Malaysia;
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(f) menahan seseorang kanak-kanak di
dalam sesuatu rumah pelacuran bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu;
.(g) menahan seseorang kanak-kanak di
mana-mana tempat bertentangan dengan kemahuan kanak-kanak itu dengan niat
supaya kanak-kanak itu akan diambil bekerja atau digunakan bagi maksud
pelacuran atau bagi apa-apa maksud yang menyalahi undang-undang atau yang
lucah;
.(h) dengan cara apa-apa iklan atau notis
lain yang disiarkan mengikut apa-apa cara atau dipamerkan di mana-mana tempat
menawarkan seseorang kanak-kanak bagi maksud pelacuran atau mendapatkan
maklumat bagi maksud itu atau menerima iklan atau notis itu untuk disiarkan
atau dipamerkan;
.(i) bertindak sebagai pengantara bagi
pihak seseorang kanakkanak atau menjalankan kawalan atau pengaruh ke atas
pergerakan seseorang kanak-kanak dengan cara yang menunjukkan bahawa orang itu
membantu atau menyubahati atau mengawal pelacuran kanak-kanak itu;
.(j) melanggan atau menyewa, bagi apa-apa
balasan berharga, seseorang kanak-kanak untuk memberi perkhidmatan bagi nafsu
seks orang itu;
.(k) cuba melakukan apa-apa perbuatan
dengan melanggar seksyen ini,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
(aa) dalam hal kesalahan-kesalahan di bawah perenggan
(a) hingga (h) atau perenggan (k), boleh didenda tidak
melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima belas tahun atau kedua-duanya; dan
(bb) dalam
hal suatu kesalahan di bawah perenggan (i) atau (j), boleh
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh
yang tidak kurang daripada tiga tahun tetapi tidak lebih daripada lima belas
tahun dan hendaklah juga dihukum dengan hukuman sebat tidak lebih daripada enam
sebatan.
.(2) Mana-mana orang yang disabitkan
atas kesalahan kali kedua atau kali kemudian—
.(a) di bawah perenggan (1)( a) hingga (g)
atau perenggan (1)(k), boleh dihukum sebat tidak lebih daripada sepuluh sebatan; dan
.(b) di bawah perenggan (1) atau (j),
hendaklah dihukum dengan hukuman sebat tidak kurang daripada enam sebatan dan
tidak lebih daripada sepuluh sebatan,
sebagai tambahan kepada apa-apa tempoh pemenjaraan
yang dikenakan berhubung dengan kesalahan
itu.
(3) Seksyen 173A dan 294 Kanun Tatacara Jenayah tidak
terpakai berkenaan dengan kesalahan-kesalahan di bawah perenggan (1)(i) dan (j)
Anggapan berhubung dengan seksyen 43
44. Bagi
maksud seksyen 43, maka hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya bahawa seseorang—
.(a) yang membawa atau menyebabkan dibawa
masuk seseorang kanak-kanak
ke sesuatu rumah pelacuran telah memberikan kanak-kanak itu dengan niat atau
pengetahuan yang disebut dalam perenggan 43(1 )(a);
.(b) yang menerima seseorang kanak-kanak
masuk ke atau menyorokkan seseorang kanak-kanak di sesuatu rumah pelacuran telah memiliki kanak-kanak
itu dengan niat atau
pengetahuan yang disebut dalam perenggan 43( 1 )(a):
.(c) telah menahan seseorang kanak-kanak
di mana-mana rumah pelacuran atau di mana-mana tempat bertentangan dengan
kemahuan kanak-kanak itu jika, dengan niat hendak memaksa atau mendorong
kanak-kanak itu supaya tinggal di rumah pelacuran atau tempat itu, orang itu—
.(i) tidak memberi kanak-kanak itu
apa-apa barang pakaian
atau apa-apa harta lain kepunyaan kanakkanak itu atau apa-apa barang pakaian yang biasanya atau yang akhir sekali digunakan oleh
kanak-kanak itu;
.(ii) mengugut kanak-kanak itu bahawa
tindakan undangundang akan diambil jika kanak-kanak itu membawa pergi apa-apa
barang pakaian atau apa-apa harta lain yang telah dipinjamkan atau disewakan
atau dibekalkan kepada kanak-kanak itu;
(iii) mengugut kanak-kanak
itu bahawa tindakan undangundang akan diambil untuk menuntut apa-apa hutang
atau hutang yang dikatakan atau menggunakan apa-apa ugutan lain; atau
(iv) tanpa apa-apa kuasa
yang sah di sisi undang-undang menahan kad pengenalan kanak-kanak itu yang
dikeluarkan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran negara
atau pasport kanak-kanak itu.
Penahanan sementara menanti prosiding
45. (1)
Mana-mana Mahkamah yang menyiasat atau membicarakan mana-mana kesalahan yang
dinyatakan dalam Jadual Kedua (dalam Akta ini disebut "kesalahan
terjadual") boleh memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak—
.(a) yang mengenainya suatu kesalahan
terjadual dikatakan telah dilakukan; dan
.(b) yang difikirkan oleh Mahkamah itu
memerlukan pelindungan,
ditahan buat sementara di suatu tempat selamat
sehingga prosiding terhadap orang yang dipertuduh itu diputuskan tetapi
penahanan itu tidak boleh melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan
belas tahun.
(2) Walaupun prosiding itu sudah diputuskan, Mahkamah
boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh Pelindung dan jika Mahkamah itu
berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan, memerintahkan
supaya kanak-kanak itu ditahan di suatu
tempat selamat mengikut perenggan 30(1 ) (d) .
Kanak-Kanak 67
BAHAGIAN VII
TIDAK TERKAWAL
Kanak-kanak yang tidak terkawal
46. (1) Jika
ibu atau bapa atau penjaga seseorang kanak-kanak membuat permintaan bertulis
kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak supaya menahan seseorang kanak-kanak
di-sesuatu sekolah diluluskan, tempat perlindungan, asrama akhlak atau pusat
atas alasan bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu tidak dapat menjalankan
kawalan yang sepatutnya ke atas kanak-kanak itu, maka Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu—
.(a) hendaklah dengan serta-merta
menyiasat hal keadaan kes kanak-kanak itu;
.(b) hendaklah mengarahkan pegawai akhlak
mengemukakan suatu laporan akhlak kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu untuk
Mahkamah itu menentukan sama ada suatu perintah di bawah subseksyen (2) boleh
dibuat berkenaan dengan kanak-kanak itu; dan
.(c) boleh memerintahkan supaya
kanak-kanak itu ditahan buai sementara di suatu sekolah diluluskan, tempat perlindungan, asrama akhlak atau
pusat jika difikirkannya perlu
untuk berbuat demikian.
.(2) Jika selepas menimbangkan laporan
yang disebut dalam perenggan (1)(b)Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu berpuas
hati bahawa—
.(a) suaimanfaat untuk memperlakukan
kanak-kanak itu sedemikian; dan
.(b) ibu atau bapa atau penjaga itu faham
tentang akibat berikutan
daripada perintah itu dan mengizinkan perintah ini dibuat,
maka MahkamahBagi Kanak-Kanak itu boleh, atas syor
pegawai akhlak itu, memerintahkan supaya kanak-kanak itu—
(aa) dihantar ke suatu sekolah
diluluskan, tempat perlindungan, asrama akhlak atau pusat, mengikut mana-mana yang sesuai; atau
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(bb) diletakkan selama apa-apa tempoh yang tidak melebihi
tiga tahun di bawah pengawasan—
.(i)
seorang pegawai akhlak; atau
.(ii) seseorang lain yang dilantik
bagi maksud itu oleh Mahkamah itu,
dan apa-apa perintah sedemikian boleh menghendaki
kanakkanak itu tinggal di suatu asrama akhlak selama tempoh yang tidak
melebihi dua belas bulan.
Pengawasan
oleh pegawai akhlak
47. (1) Jika
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak membuat suatu perintah di bawah perenggan
46(2)(bb) yang meletakkan seseorang kanakkanak di bawah pengawasan seorang
pegawai akhlak atau seseorang lain, pegawai atau orang lain itu—
.(a) hendaklah, selagi perintah itu masih
berkuat kuasa, melawat, menasihati dan bertindak sebagai kawan kepada kanakkanak
itu; dan
.(b) boleh, jika pada hematnya perlu berbuat demikian,
pada bila-bila masa selagi perintah itu masih berkuat kuasa, membawa
kanak-kanak itu ke hadapan Mahkamah Pengawas.
.(2) Mahkamah Pengawas yang ke
hadapannya seseorang kanakkanak dibawa di bawah perenggan (1)( b)
boleh, jika difikirkannya suaimanfaat berbuat demikian, meminda perintah yang
dibuat di bawah seksyen 46 dan—
.(a) menghantar kanak-kanak itu,
tertakluk kepada keizinan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, ke suatu
sekolah diluluskan, tempat perlindungan atau pusat, mengikut mana-mana yang
sesuai; atau
.(b) meletakkan kanak-kanak itu dalam
pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai, sama ada saudara atau tidak, yang
sanggup memelihara
kanak-kanak itu, bagi tempoh perintah yang belum habis itu.
Kanak-Kanak
BAHAGIAN VIII PEMERDAGANGAN
DAN PEMELARIAN KANAK-KANAK
Pemindahan milikan, jagaan atau kawalan kanak-kanak dengan menyalahi undang-undang
48. (1)
Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam apaapa transaksi yang tujuannya
atau salah satu daripada tujuannya ialah untuk memindahkan atau memberikan,
keseluruhannya atau sebahagiannya, buat sementara atau tetap, milikan, jagaan
atau kawalan seorang kanak-kanak bagi apa-apa balasan berharga melakukan suatu
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
.(2) Mana-mana orang yang tanpa
kebenaran atau alasan yang sah
menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya seseorang
kanak-kanak yang mengenainya milikan, jagaan atau kawalan sementara atau tetap
telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga oleh mana-mana orang
lain di dalam atau luar
Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya.
.(3) Bagi maksud subseksyen (2), jika
mana-mana orang menyorokkan atau ada dalam milikan, jagaan atau kawalannya
seseorang kanak-kanak tanpa kebenaran atau alasan yang sah, maka kanak-kanak itu hendaklah, sehingga
dibuktikan sebaliknya, dianggapkan
seorang kanak-kanak yang berkenaan dengannya milikan, jagaan atau kawalan
sementara atau tetap telah dipindahkan atau diberikan bagi balasan berharga.
.(4) Maka hendaklah menjadi suatu
pembelaan dalam mana-mana pendakwaan
di bawah seksyen ini jika dibuktikan bahawa—
.(a) pemindahan berlaku dengan tujuan
atau menurut suatu perkahwinan atau pengangkatan bona fide; dan
.(b) sekurang-kurangnya seorang daripada
ibu atau bapa sebenar kanak-kanak itu atau penjaga kanak-kanak itu ialah suatu
pihak yang mengizinkan perkahwinan itu atau yang mengizinkan pengangkatan itu
oleh pihak pengangkat itu,
dan
telah dengan nyata mengizinkan perkahwinan atau pengangkatan yang berkenaan
itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
Pembawaan masuk kanak-kanak melalui dakwaan palsu
49. Mana-mana orang yang—
.(a) melalui atau di bawah apa-apa
dakwaan atau pernyataan palsu yang
dibuat; atau
.(b) melalui cara fraud atau perdayaan yang digunakan,
sama ada di dalam atau luar Malaysia, membawa atau
membantu membawa seseorang kanak-kanak ke dalam Malaysia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Pemeriksaan kanak-kanak dan orang yang menjaganya
50.
Seseorang Pelindung atau mana-mana orang yang diberi kuasa secara bertulis oleh
Pelindung boleh menghendaki—
.(a) seseorang kanak-kanak yang telah
masuk atau dibawa ke dalam Malaysia; dan
.(b) mana-mana orang yang didapati
mempunyai jagaan atau kawalan ke atas kanak-kanak itu,
hadir di hadapannya, pada bila-bila masa yang
munasabah dan di mana-mana tempat yang sesuai, untuk diperiksa menurut seksyen
113.
Pelindung boleh menghendaki jaminan
51. Jika
seseorang Pelindung ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang
kanak-kanak—
.(a) telah dibawa ke dalam Malaysia sama
ada—
.(i)
selepas dipindahkan bagi balasan berharga; atau
.(ii) melalui fraud, salah nyataan
atau apa-apa dakwaan palsu;
.(b) telah dipindahkan kepada jagaan atau
kawalan mana-mana orang bagi balasan berharga sama ada di dalam atau luar
Malaysia; atau
.(c) sedang ditahan bertentangan dengan
kemahuannya oleh seseorang selain ibu atau bapa atau penjaganya,
Pelindung
itu boleh—
(aa) menghendaki mana-mana orang yang dalam jagaan atau di
bawah kawalannya kanak-kanak itu didapati berada—
.(i) memberinya salinan-salinan
fotograf kanak-kanak itu
dan orang itu sendiri; dan
.(ii) memberikan jaminan sehingga
Pelindung itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu—
.(A) tidak akan meriinggalkan kawasan
atau Negeri tempat dia berada pada masa itu tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan
bertulis daripada Pelindung itu;
.(B) tidak akan dipindahkan kepada
pemeliharaan atau jagaan mana-mana orang lain tanpa terlebih dahulu mendapat
keizinan bertulis Pelindung itu; dan
.(C) akan dikemukakan ke hadapan
Pelindung itu bila-bila dikehendaki olehnya; atau
(bb) dari mula lagi, atau jika berlaku keingkaran dalam
mematuhi apa-apa perintah yang dibuat di bawah perenggan (aa), membuat
suatu perintah supaya—
.(i) kanak-kanak itu diambil keluar
daripada jagaan orang yang dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalannya kanak-kanak itu berada dan
diletakkan di suatu tempat selamat; atau
.(ii) atas apa-apa jaminan dan atas
apa-apa syarat yang dikehendaki oleh Pelindung, kanak-kanak itu diletakkan
dalam jagaan saudara atau orang lain yang layak dan sesuai,
sehingga kanak-kanak itu mencapai
umur lapan belas tahun atau selama apa-apa tempoh yang lebih pendek.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Kesalahan membawa atau menghantar keluar kanak-kanak
tanpa keizinan yang sepatutnya orang yang mempunyai jagaan yang sah
52. (1)
Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga yang—
.(a) tidak mempunyai jagaan yang sah
seseorang kanak-kanak; dan
.(b) membawa atau menghantar keluar
seseorang kanak-kanak, sama ada di dalam atau luar Malaysia,
tanpa keizinan orang yang mempunyai jagaan yang sah
kanakkanak itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda
tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
.(2) Seseorang mempunyai jagaan yang
sah seseorang kanakkanak di bawah seksyen ini jika dia telah diberi jagaan
kanakkanak itu menurut kuasa mana-mana undang-undang bertulis atau dengan
perintah Mahkamah, termasuk Mahkamah Syariah.
.(3) Maka hendaklah menjadi suatu
pembelaan di bawah seksyen ini jika seseorang ibu atau bapa atau penjaga
membawa atau menghantar keluar seseorang kanak-kanak tanpa keizinan orang yang
mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu jika—
.(a) ibu atau bapa atau penjaga itu—
.(i) melakukannya dengan kepercayaan
bahawa orang lain itu mengizinkan, atau akan mengizinkannya, jika orang itu
tahu tentang segala hal keadaan yang berkaitan; atau
.(ii) telah mengambil segala langkah
yang munasabah untuk menghubungi orang lain itu tetapi telah tidak dapat
berhubung dengannya;
.(b) ibu atau bapa atau penjaga itu ada
alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa kanak-kanak itu sedang
dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan dengan cara yang mungkin akan
menyebabkannya mengalami kecederaan
fizikal atau emosi; atau
Kanak-Kanak
(c)
orang lain itu telah dengan tidak munasabah enggan memberikan keizinannya
walaupun dia tahu tentang semua hal keadaan yang berkaitan.
Perintah mendapatkan balik
53. (1) Jika
pada hemat Mahkamah ada sebab untukmempercayai bahawa seseorang kanak-kanak
telah dibawa atau dihantar keluar tanpa keizinan orang yang mempunyai jagaan
yang sah kanakkanak itu sebagaimana yang diperihalkan dalam seksyen 52,
Mahkamah boleh membuat suatu perintah mendapatkan balik.
.(2) Sesuatu perintah mendapatkan
balik boleh dibuat oleh Mahkamah apabila permohonan dibuat oleh atau bagi
pihak-mana-mana orang yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu.
.(3) Bagi maksud seksyen ini, suatu
"perintah mendapatkan balik" boleh—
.(a) mengarahkan mana-mana orang yang
dapat berbuat demikian supaya mengemukakan kanak-kanak itu apabila diminta
kepada mana-mana orang diberi kuasa;
.(b) membenarkan pemindahan kanak-kanak
itu oleh mana-mana orang diberi kuasa;
.(c) menghendaki mana-mana orang yang
mempunyai maklumat tentang di mana kanak-kanak itu berada supaya mendedahkan
maklumat itu kepada orang diberi kuasa;
.(d) memberi kuasa mana-mana pegawai
polis untuk memasuki mana-mana premis yang dinyatakan dalam perintah itu dan
mencari kanak-kanak itu, dengan menggunakan kekerasan yang munasabah, jika
perlu.
.(4) Mana-mana orang yang dengan
sengaja menghalang seseorang orang diberi kuasa daripada menjalankan kuasa di
bawah subseksyen
.(3) melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
dan disebat tidak melebihi enam sebatan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
BAHAGIAN IX
INSTITUSI
BAB 1
TEMPAT SELAMAT DAN TEMPAT PERLINDUNGAN
Tempat selamat
54. (1)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan atau
menetapkan mana-mana tempat, institusi atau pusat menjadi suatu tempat selamat
bagi pemeliharaan dan pelindungan
kanak-kanak.
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan
penutupan mana-mana tempat selamat yang ditubuhkan atau ditetapkan di bawah
subseksyen (1).
Tempat perlindungan
55. (1)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan atau
menetapkan mana-mana tempat, institusi atau pusat menjadi suatu tempat
perlindungan bagi pemeliharaan dan pemulihan kanak-kanak.
(2) Menteri boleh pada bila-bila masa mengarahkan
penutupan mana-mana tempat perlindungan yang ditubuhkan atau ditetapkan di
bawah subseksyen (1).
Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari tempat selamat atau tempat perlindungan
56.
Mana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari sesuatu tempat
selamat atau tempat perlindungan tanpa kebenaran yang sah—
(a) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana Pelindung atau pegawai polis dan hendaklah dibawa balik ke
tempat selamat atau tempat perlindungan
itu; dan
Kanak-Kanak 75
.(b) hendaklah ditahan—
.(i) dalam hal sesuatu tempat selamat,
selama apa-apa tempoh yang sama dengan baki tempoh dia diletakkan di tempat
selamat itu yang belum habis di bawah perintah yang pada asalnya dibuat oleh
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; dan
.(ii) dalam hal sesuatu tempat
perlindungan, selama apa-apa
tempoh yang sama dengan tempoh dia telah berada dengan menyalahi undang-undang
di luar tempat
perlindungan itu dan baki tempoh tahanannya yang belum habis di bawah perintah
yang pada asalnya dibuat oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
Kesalahan memindahkan atau menolong kanak-kanak lepas lari dari tempat selamat atau tempat perlindungan
57. Mana-mana orang yang—
.(a) memindahkan seseorang kanak-kanak
dari tempat selamat atau tempat perlindungan tanpa kebenaran yang sah;
.(b) dengan sedar membantu atau
mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas
lari dari sesuatu tempat selamat atau tempat perlindungan; atau
.(c) dengan sedar menyorokkan atau
menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau
menghalang dia kembali ke tempat selamat atau tempat perlindungan itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan holeh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selamu tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAB 2
TEMPAT TAHANAN
Tempat tahanan
58. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, menubuhkan atau menetapkan tempat-tempat tahana n yang dikehendaki
bagi maksud Akta ini.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(2) Seseorang kanak-kanak hendaklah
pada lazimnya ditahan dalam jagaan di sesuatu tempat tahanan yang ditubuhkan
atau ditetapkan di bawah Akta ini dan yang terletak di Negeri yang sama di mana
terletaknya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang telah memerintahkan supaya
kanak-kanak itu ditahan.
.(3) Perintah atau penghakiman yang
menurutnya seseorang kanakkanak dikomitkan ke dalam jagaan di sesuatu tempat
tahanan hendaklah—
.(a) diserahkan bersama kanak-kanak itu
kepada orang yang menjaga tempat tahanan itu; dan
.(b) menjadi kuasa untuk menahannya di
tempat tahanan itu mengikut terma perintah atau penghakiman itu.
.(4) Seseorang kanak-kanak semasa
ditahan dan semasa dibawa ke dan dari tempat tahanan hendaklah disifatkan
berada dalam jagaan yang sah.
.(5)
Menteri—
.(a) hendaklah menyebabkan tempat-tempat
tahanan diperiksa; dan
.(b) boleh membuat peraturan-peraturan—
.(i) tentang pengelasan, layanan,
pengisian masa dan kawalan kanak-kanak yang ditahan di tempat-tempat tahanan
itu; dan
.(ii) untuk mengadakan peruntukan
mengenai pelantikan orang-orang yang layak dan sesuai untuk melawat secara
berkala kanak-kanak yang ditahan di tempattempat tahanan itu.
Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari tempat tahanan
59.
Mana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari sesuatu tempat
tahanan tanpa kebenaran yang sah—
(a) boleh ditangkap tanpa waran oleh mana-mana Pelindung atau pegawai polis dan dibawa balik ke tempat tahanan itu; dan
Kanak-Kanak
(b)
hendaklah ditahan di tempat tahanan itu selama baki tempoh tahanannya yang
belum habis di bawah perintah yang pada asalnya dikeluarkan oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak.
Kesalahan memindahkan
atau menoiong kanak-kanak lepas lari dari
tempat tahanan
60. Mana-mana orang yang—
.(a) memindahkan seseorang kanak-kanak
dari sesuatu tempat tahanan tanpa kebenaran yang sah;
.(b) dengan sedar membantu atau
mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas
lari dari sesuatu tempat tahanan; atau
.(c) dengan sedar menyorokkan atau
menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau menghalang
dia kembali ke tempat tahanan itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAB 3
ASRAMA AKHLAK
Asrama akhlak
61. (1)
Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan atau
menetapkan asrama-asrama akhlak yang dikehendaki bagi maksud Akta ini.
(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi
pengawalseliaan, pengurusan dan pemeriksaan asrama-asrama akhlak.
Kanak-kanak di bawali umur sepuluh tahun tidak boleh dihantar ke asrama akhlak
62. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak boleh membuat
perintah yang menghendaki seseorang kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun
dihantar ke asrama akhlak.
78
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
Kanak-kanak yang
lepas lari atau dipindahkan dari asrama akhlak
63.
Mana-mana kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan dari sesuatu asrama
akhlak tanpa kebenaran yang sah—
.(a) boleh ditangkap tanpa waran oleh
mana-mana pegawai akhlak atau pegawai polis; dan
.(b) dibawa balik ke asrama itu atau
dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas,
dan Mahkamah Pengawas itu boleh memperlakukannya bagi
kesalahan yang kerananya dia dihantar ke asrama akhlak mengikut cara yang sama
sebagaimana Mahkamah Pengawas itu boleh memperlakukannya sekiranya Mahkamah
Pengawas itu mendapati kanak-kanak itu bersalah atas kesalahan itu.
Kesalahan memindahkan atau menolong kanak-kanak lepas lari dari asrama akhlak
64. Mana-mana orang yang—
.(a) memindahkan seseorang kanak-kanak
dari sesuatu asrama akhlak tanpa kebenaran yang sah;
.(b) dengan sedar membantu atau mendorong,
secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas lari dari
sesuatu asrama akhlak; atau
.(c) dengan sedar menyorokkan atau
menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah lepas lari sedemikian, atau
menghalang dia kembali ke asrama akhlak itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAB 4
SEKOLAH DILULUSKAN
Sekolah diluluskan
65. (1) Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam
Warta, menubuhkan atau menetapkan
sekolah-sekolah diluluskan yang dikehendaki bagi pendidikan, latihan dan
penahanan kanak-kanak yang hendak dihantar ke sana menurut Akta ini.
Kanak-Kanak
.(2)
Menteri boleh mengelaskan mana-mana sekolah diluluskan—
.(a) mengikut umur orang-orang yang
baginya sekolah-sekolah diluluskan itu dimaksudkan; dan
.(b) mengikut apa-apa cara lain yang
difikirkannya patut untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanak yang dihantar
ke sekolah diluluskan dihantar ke sekolah yang sesuai dengan keadaannya.
Kanak-kanak di bawah umur sepuluh tahun tidak boleh dihantar ke sekolah diluluskan
66. Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak tidak boleh membuat perintah menghendaki seseorang kanak-kanak
di bawah umur sepuluh tahun dihantar ke sekolah diluluskan.
Bila kanak-kanak boleh dihantar ke sekolah diluluskan
67. (1) Jika—
.(a) seseorang kanak-kanak didapati
bersalah atas apa-apa kesalahan;
.(b) laporan akhlak yang dikemukakan
kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa—
.(i) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu tidak lagi dapat menjalankan atau tidak berupaya untuk
menjalankan apa-apa kawalan yang sepatutnya ke atasnya; dan
.(ii) kanak-kanak itu memerlukan
pemulihan keinstitusian; dan
.(c) pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu walaupun kesalahan yang dilakukan tidak daripada jenis yang serius tetapi
suaimanfaat kanak-kanak itu ditahan selama apaapa tempoh dan diletakkan di
bawah apa-apa ajaran dan tatatertib yang didapati paling berfaedah untuk
memulihkan akhlaknya,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu
hendaklah, atas syor pegawai akhlak, menghantar kanak-kanak itu ke sekolah
diluluskan.
80
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(2) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak dihantar ke sekolah diluluskan, maka
perintah itu ialah kuasa untuk menahannya di sekolah diluluskan itu selama
tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu.
.(3) Walau apa pun subseksyen (2)
Lembaga Pelawat sekolah diluluskan di mana kanak-kanak itu dihantar boleh,
menurut budi bicara mereka—
.(a) memendekkan tempoh tahanan kerana
sebab-sebab yang pada hemat mereka mencukupi; atau
.(b) membenarkan mana-mana kanak-kanak
itu dilepaskan selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat yang difikirkan
oleh mereka patut dikenakan.
.(4) Seseorang kanak-kanak tidak bpleh
dibenarkan dilepaskan dari sekolah diluluskan di bawah perenggan (3)(b)
dalam dua belas bulan yang pertama tempoh tahanan itu tanpa keizinan bertulis
Menteri.
Perintah sekolah diluluskan hendaklah diserahkan
kepada pihak berkuasa, dll., yang membawa kanak-kanak ke sekolah itu
68. (1)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat sesuatu perintah sekolah diluluskan
hendaklah menyebabkan perintah itu diserahkan kepada pihak berkuasa atau orang
yang bertanggungjawab membawa kanak-kanak itu ke sekolah itu, dan pihak
berkuasa atau orang yang membawa kanak-kanak itu ke sekolah itu hendaklah
menyerahkan perintah sekolah diluluskan itu kepada orang yang sedang menjaga
sekolah itu.
.(2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang
membuat sesuatu perintah sekolah diluluskan hendaklah menyebabkan segala
maklumat dalam milikan Mahkamah itu mengenai seseorang kanak-kanak yang pada
pendapat Mahkamah patut diketahui oleh orang yang sedang menjaga sekolah itu,
dihantar kepada orang yang sedang menjaga sekolah itu.
.(3) Jika seseorang kanak-kanak telah
diperintahkan supaya dihantar ke suatu sekolah diluluskan, mana-mana orang yang
dengan sedar menyorokkan
atau menyembunyikan kanak-kanak itu selepas sampai masa untuk kanak-kanak itu pergi ke
sekolah itu melakukan suatu
Kanak-Kanak
kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak
melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya.
.(4) Jika seseorang yang diberi kuasa
untuk membawa seseorang kanak-kanak ke suatu sekolah diluluskan tidak dapat,
apabila sampai masa untuk kanak-kanak itu pergi ke sekolah itu—
.(a) menemui kanak-kanak itu; atau
.(b) memperoleh milikan kanak-kanak itu,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, jika berpuas hati
dengan maklumat yang diberikan dengan sumpah atau ikrar bahawa ada sebab yang
munasabah untuk mempercayai bahawa seseorang yang dinamakan dalam maklumat itu
boleh mengemukakan kanak-kanak itu, mengeluarkan saman menghendaki orang yang
dinamakan sedemikian hadir di Mahkamah pada hari yang dinyatakan dalam saman
itu dan mengemukakan kanak-kanak itu.
(5) Jika orang yang disebut dalam subseksyen (4) tidak
mematuhi kehendak di bawah subseksyen itu tanpa alasan yang munasabah dia
boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa liabiliti lain yang boleh dikenakan ke
atasnya di bawah Akta ini, apabila disabitkan didenda tidak melebihi sepuluh
ribu ringgit.
Penahanan lanjut di sekolah diluluskan melampaui tempoh perintah
69. Jika
orang yang sedang menjaga sesuatu sekolah diluluskan berpuas hati bahawa
seseorang kanak-kanak—
.(a) yang tempoh tahanannya di sekolah
diluluskan itu hampir hendak habis memerlukan pemeliharaan atau latihan lanjut;
dan
.(b) tidak boleh tanpa pemeliharaan atau
latihan lanjut sedemikian mendapat sesuatu pekerjaan yang sesuai,
dia
boleh, jika diizinkan oleh Lembaga Pelawat sekolah diluluskan itu, menahan
kanak-kanak itu selama suatu tempoh lanjut yang tidak melebihi enam bulan
tetapi apa-apa tempoh sedemikian tidak boleh
melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
Jagaan susul
kanak-kanak yang dilepaskan dari sekolah diluluskan
70. Jika
seseorang kanak-kanak dihantar ke suatu sekolah diluluskan, Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak yang membuat perintah itu hendaklah, pada masa yang sama, membuat
suatu perintah bahawa selepas habis tempoh tahanannya dia hendaklah, selama
tempoh setahun, diletakkan di bawah pengawasan—
.(a) seorang pegawai akhlak; atau
.(b) mana-mana orang lain yang dilantik
oleh Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak.
Lepas lari dari sekolah diluluskan, dsb. atau tidak kembali ke sekolah diluluskan selepas tamat cuti, dsb.
71. (1) Mana-mana kanak-kanak yang—
.(a) lepas lari dari sekolah diluluskan
di mana dia ditahan, atau dari mana-mana hospital, rumah atau tempat di mana
dia menerima rawatan perubatan;
.(b) semasa tidak hadir di sekolah
diluluskan kerana cuti sementara atau dengan kebenaran—
.(i)
lari daripada orang yang menjaganya; atau
.(ii) tidak kembali ke sekolah
diluluskan itu apabila habis
tempoh cutinya, atau apabila kebenaran itu dibatalkan; atau
.(c) semasa tidak hadir di sekolah
diluluskan itu di bawah pengawasan, tidak kembali ke sekolah diluluskan itu
apabila dipanggil semula,
boleh ditangkap tanpa waran dan boleh dibawa ke
hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di mana kanak-kanak itu dijumpai atau di mana
sekolah diluluskan itu terletak.
.(2) Jika seseorang kanak-kanak yang
dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1) berumur di
bawah empat belas tahun, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah memerintahkan supaya
kanak-kanak itu dibawa balik
.(a) suatu tempoh yang sama dengan tempoh dia telah berada
dengan menyalahi undang-undang di luar sekolah diluluskan itu;
.(b) baki tempoh tahanannya; dan
.(c) apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan
sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah, sebagai tambahan kepada tempoh yang
disebut dalam perenggan
Kanak-Kanak
(a) dan (b).
.(3) Jika seseorang kanak-kanak yang dibawa ke hadapan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak di bawah subseksyen (1) sudah mencapai umur empat
belas tahun, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh memerintahkan supaya
kanak-kanak itu—
.(a) dibawa balik ke sekolah diluluskan itu atau dihantar
ke suatu sekolah diluluskan yang lain selama—
.(i) suatu tempoh yang sama dengan
tempoh dia telah berada dengan menyalahi
undang-undang di luar sekolah diluluskan itu;
.(ii) baki
tempoh tahanannya; dan
(iii) apa-apa tempoh lanjut yang tidak melebihi enam bulan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah; atau
(b) jika hal keadaan memerlukannya dan atas syor pegawai akhlak difikirkan oleh Mahkamah perlu berbuat demikian, dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama apa-apa tempoh yang diarahkan oleh Mahkamah.
Kesalahan memindahkan atau membantu kanak-kanak lepas lari dari sekolah diluluskan
72. Mana-mana orang yang—
(a) memindahkan seseorang kanak-kanak dari sesuatu
sekolah diluluskan tanpa kebenaran yang sah;
Undang-Undang
Mataysia AKTA 611
.(b) dengan sedar membantu atau
mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas
lari dari sekolah diluluskan; atau
.(c) dengan sedar menyorokkan atau
menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang lepas lari sedemikian, atau
menghalang dia kembali ke sekolah diluluskan itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAB 5
SEKOLAH HENRY GURNEY
Sekolah Henry Gurney
73. Menteri
boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan atau menetapkan
Sekolah-Sekolah Henry Gurney yang dikehendaki bagi maksud Akta ini.
Kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun tidak boleh dihantar ke Sekolah Henry Gurney
74. Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak tidak boleh membuat perintah menghendaki seseorang kanak-kanak
di bawah umur empat belas tahun dihantar ke Sekolah Henry Gurney.
Bila kanak-kanak boleh dihantar ke Sekolah Henry Gurney
75. (1) Jika—
.(a) seseorang kanak-kanak didapati
bersalah atas apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan;
.(b) laporan akhlak yang dikemukakan
kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak menunjukkan bahawa—
.(i) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu tidak dapat lagi menjalankan atau tidak berupaya menjalankan
apa-apa kawalan yang sepatutnya ke atasnya;
Kanak-Kanak
(ii) kanak-kanak itu pada
lazimnya ada bersama-sama dengan orang-orang yang berwatak tidak baik; dan
(iii) kanak-kanak itu tidak
sesuai dipulihkan di sekolah diluluskan; dan
.(c) pada hemat Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak—
.(i) kesalahan yang dilakukan ialah
daripadajenis yang serius;
dan
.(ii) oleh sebab jenis tabiat dan
kecenderungan jenayah kanak-kanak itu adalah suaimanfaat kanak-kanak itu ditahan
selama apa-apa tempoh dan diletakkan di bawah apa-apa ajaran dan tatatertib
yang didapati paling berfaedah untuk memulihkan akhlaknya dan untuk membanteras
jenayah,
maka Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, atas syor
pegawai akhlak, menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Henry Gurney,
.(2) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
memerintahkan supaya seseorang kanak-kanak yang berumur empat belas tahun ke
atas dihantar ke Sekolah Henry Gurney—
.(a) perintah itu—
.(i) ialah kuasa untuk menahannya
selama tempoh tiga tahun dari tarikh perintah itu; dan
.(ii) sah untuk menahannya sehingga
dia mencapai umur dua puluh satu tahun tetapi tidak selepas itu; dan
.(b) seksyen 68 hingga 72 hendaklah
terpakai dengan ubahsuaian-ubahsuaian yang berikut:
.(i) perkataan "sekolah
diluluskan" di mana-mana jua terdapat hendaklah digantikan dengan
perkataan "Sekolah Henry Gurney"; dan
.(ii) dalam seksyen 69, perkataan
"jika diizinkan oleh Lembaga Pelawat sekolah diluluskan itu"
hendaklah digantikan dengan perkataan "jika diizinkan oleh Ketua Pengarah
Penjara dalam hal sesuatu Sekolah Henry Gurney" dan umur yang disebut
dalam seksyen itu hendaklah ditambah sebanyak tiga tahun.
86
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(3) Walau apa pun subseksyen (2),
Ketua Pengarah Penjara boleh, menurut budi bicaranya—
.(a) memendekkan tempoh tahanan seseorang
kanak-kanak di Sekolah Henry Gurney atas sebab-sebab yang pada hematnya
mencukupi; atau
.(b) melepaskan mana-mana kanak-kanak itu
dengan kebenaran selama apa-apa tempoh dan atas apa-apa syarat yang
difikirkannya patut dikenakan.
BAB 6
PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN TEMPAT SELAMAT,
TEMPAT PERLINDUNGAN, SEKOLAH DILULUSKAN DAN SEKOLAH HENRY GURNEY
Kuasa berkenaan dengan orang yang berumur lapan belas tahun tetapi di bawah umur dua puluh satu tahun
76. Walau
apa pun apa-apa jua dalam Akta ini, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret hendaklah mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya
mana-mana orang yang sudah mencapai umur lapan belas tahun tetapi belum
mencapai umur dua puluh satu tahun pada tarikh dibuat perintah itu ditahan di
Sekolah Henry Gurney sehingga orang itu mencapai umur dua puluh satu tahun
tetapi tidak selepas itu.
Kuasa Menteri untuk memindahkan orang yang menjalani hukuman pemenjaraan ke Sekolah Henry Gurney
77. (1)
Menteri boleh, dengan waran di bawah tandatangannya, mengarahkan supaya
mana-mana orang yang—
.(a) sudah mencapai umur lapan belas
tahun tetapi belum mencapai umur dua puluh satu tahun; dan
.(b) berada di dalam penjara kerana
menjalani hukuman pemenjaraan,
dipindahkan
ke Sekolah Henry Gurney.
Kanak-Kanak 87
.(2) Jika waran dibuat di bawah
subseksyen (1)—
.(a) baki hukuman pemenjaraan orang itu
yang belum habis hendaklah disifatkan telah dibatalkan; dan
.(b) waran itu ialah kuasa untuk menahan
orang itu di Sekolah Henry Gurney di bawah Akta ini sehingga tarikh hukumannya
itu, ditolak apa-apa remitan kerana berkelakuan baik semasa menjalani
hukumannya di penjara, jika tidak kerana seksyen ini, sepatutnya telah habis.
.(3) Waran di bawah subseksyen (1)
tidak boleh dibuat melainkan jika umur orang itu dan baki hukuman
pemenjaraannya yang belum habis itu membenarkan dia ditahan di Sekolah Henry
Gurney selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun.
Kuasa Menteri untuk memindahkan kanak-kanak yang menjalani hukuman pemenjaraan ke sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney
78. (1)
Menteri boleh, dengan waran di bawah tandatangannya, mengarahkan supaya
seseorang kanak-kanak yang berada di dalam penjara kerana menjalani perintah
pemenjaraan dipindahkan ke sesuatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney.
.(2) Jika waran dibuat di bawah
subseksyen (1)—
.(a) baki perintah pemenjaraan
kanak-kanak itu yang belum habis itu hendaklah disifatkan telah dibatalkan; dan
.(b) waran itu ialah kuasa untuk menahan
kanak-kanak itu di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, mengikut
mana-mana yang berkenaan, di bawah Akta ini sehingga tarikh perintah
pemenjaraannya itu, ditolak apa-apa remitan kerana berkelakuan baik semasa
menjalani tempoh pemenjaraannya di penjara, jika tidak kerana seksyen ini,
sepatutnya telah habis.
.(3) Menteri boleh, pada bila-bila
masa atas sebab-sebab yang pada hematnya mencukupi, dengan perintah secara
bertulis mengarahkan supaya mana-mana kanak-kanak dipindahkan dari—
.(a) suatu sekolah diluluskan ke
mana-mana sekolah diluluskan yang lain atau ke suatu Sekolah Henry Gurney; atau
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(b)
suatu Sekolah Henry Gurney ke mana-mana Sekolah Henry Gurney yang lain atau ke
suatu sekolah diluluskan,
sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Kuasa untuk menggantikan tempoh tahanan dengan tempoh pemenjaraan
79. Jika pada
hemat mana-mana Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, atas permohonan orang yang menjaga
mana-mana sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, mana-mana kanak-kanak
yang ditahan di sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu di bawah Akta
ini—
.(a) bersalah kerana melakukan
pelanggaran yang serius dan sengaja terhadap kaedah-kaedah sekolah diluluskan
atau Sekolah Henry Gurney itu;
.(b) bersalah kerana menghasut
penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney itu supaya
melakukan pelanggaran sedemikian; atau
.(c) tidak dapat diperbaiki perangainya
atau membawa pengaruh buruk kepada penghuni-penghuni lain sekolah diluluskan
atau Sekolah Henry Gurney itu,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh menggantikan baki
tempoh tahanan kanak-kanak itu yang belum habis dengan apa-apa tempoh
pemenjaraan yang tidak melebihi baki yang belum habis itu sebagaimana yang
ditentukan oleh Mahkamah.
Pemindahan kanak-kanak dari satu tempat selamat atau tempat perlindungan ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan yang lain
80. Tanpa menjejaskan mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dengan imigresen, apabila suatu perintah telah dibuat di bawah Akta
ini untuk menahan seseorang kanak-kanak di sesuatu tempat selamat atau tempat
perlindungan dan pada hemat Ketua Pengarah adalah suaimanfaat demi kepentingan
kanak-kanak itu dia dipindahkan dari tempat selamat atau tempat perlindungan
itu ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan yang lain di Malaysia, maka adalah sah bagi Ketua Pengarah untuk
mengeluarkan suatu perintah supaya kanak-kanak itu dipindahkan sedemikian.
BAB 7
PELBAGAI
Kanak-kanak atau orang yang ditahan hendaklah tertakluk kepada peraturan-peraturan
81. Tiap-tiap
kanak-kanak yang ditahan di mana-mana tempat selamat atau tempat perlindungan,
tempat tahanan, asrama akhlak, sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney,
atau tiap-tiap orang yang ditahan di sesuatu Sekolah Henry Gurney di bawah Akta
ini hendaklah sepanjang tempoh tahanan kanak-kanak atau orang itu, tertakluk
kepada apa-apa peraturan yang ditetapkan.
Lembaga Pelawat
82. Menteri
boleh melantik bagi setiap tempat selamat, tempat perlindungan dan sekolah
diluluskan suatu Lembaga Pelawat untuk melaksanakan apa-apa kewajipan dan
fungsi yang ditetapkan oleh Menteri.
BAHAGIAN X
TATACARA JENAYAH DI MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK
BAB 1
PERTUDUHAN, JAMINAN, DSB.
Perbicaraan kanak-kanak hendaklah menepati Akta ini
83. (1)
Walau apa pun apa-apajua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis
berhubung dengan penangkapan, penahanan dan perbicaraan orang-orang yang
melakukan apa-apa kesalahan tetapi tertakluk kepada subseksyen (3) dan (4),
seseorang kanak-kanak yang dikatakan telah melakukan suatu kesalahan tidak
boleh ditangkap, ditahan atau dibicarakan kecuali mengikut Akta ini.
(2) Apabila seseorang kanak-kanak dipertuduh atas
suatu kesalahan di hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dan semasa kes sedang
berjalan dia mencapai umur lapan belas tahun Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu
hendaklah, walau apa pun mana-mana peruntukan
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Akta ini, terus mendengar pertuduhan terhadap
kanak-kanak itu dan boleh—
.(a) menjalankan kuasa di bawah seksyen
76;
.(b) menjalankan kuasa di bawah perenggan
91(1)(a), (b),(c), (d) atau (g); atau
.(c) jika kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman
pemenjaraan, mengenakan apa-apa tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh
Mahkamah Sesyen.
.(3) Apabila suatu kesalahan dilakukan
oleh seseorang kanakkanak tetapi pertuduhan berkenaan dengan kesalahan itu
dibuat terhadap kanak-kanak itu selepas dia mencapai umur lapan belas tahun,
pertuduhan itu hendaklah didengar oleh suatu Mahkamah selain Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu boleh menjalankan kuasa yang disebut
dalam perenggan (2)(a), (b) atau (c).
.(4) Sesuatu pertuduhan yang dibuat
bersesama terhadap seseorang kanak-kanak dan seseorang yang sudah mencapai umur
lapan belas tahun hendaklah didengar oleh suatu Mahkamah selain Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak dan Mahkamah yang lain itu hendaklah—
.(a) menjalankan berkenaan dengan
kanak-kanak itu segala kuasa
yang boleh dijalankan di bawah Akta ini oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak; dan
.(b) sebelum menjalankan kuasa yang
disebut dalam perenggan (a), menimbangkan laporan akhlak.
Jaminan
84. (1) Jika
seseorang kanak-kanak ditangkap dengan atau tanpa waran, kanak-kanak itu
hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa dua puluh
empat jam tidak termasuk masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat
penangkapan ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.
(2) Jika tidak mungkin seseorang kanak-kanak dibawa ke
hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak dalam masa yang ditetapkan dalam subseksyen
(1), maka kanak-kanak itu hendaklah dibawa ke hadapan seorang Majistret yang
boleh mengarahkan supaya kanak-kanak itu ditahan di suatu tempat tahanan
sehingga masa kanak-kanak itu dapat dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak.
Kanak-Kanak
.(3) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ke
hadapannya seseorang kanak-kanak
dibawa hendaklah menyiasat kes itu dan melainkan jika—
.(a) pertuduhan itu ialah pertuduhan
membunuh atau jenayah besar yang lain;
.(b) perlu demi kepentingan kanak-kanak
yang ditangkap itu dia diasingkan daripada bergaul dengan mana-mana orang yang
tidak diingini; atau
.(c) Mahkamah Bagi Karrak-Kanak itu ada
sebab untuk mempercayai bahawa pelepasan kanak-kanak itu akan mengecewakan
matlamat keadilan,
maka Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah
melepaskan kanak-kanak itu dengan suatu bon, yang disempurnakan oleh ibu, atau
bapa atau penjaganya atau orang lain yang bertanggungjawab dengan atau tanpa penjamin, bagi suatu jumlah yang
pada pendapat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu akan memastikan kehadiran kanak-kanak itu apabila pertuduhan itu didengar.
(4) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh
disifatkan menyentuh kuasa seseorang
pegawai polis untuk melepaskan kanakkanak
yang ditangkap itu atas jaminan mengikut Kanun Tatacara Jenayah.
Pengasingan kanak-kanak daripada orang dewasa di balai polis atau Mahkamah
85. Perkiraan sewajarnya hendaklah dibuat—
.(a) untuk menghalang seseorang kanak-kanak semasa—
.(i)
ditahan di balai polis;
.(ii)
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah; atau
(iii) menunggu sebelum atau
selepas hadir di mana-mana Mahkamah,
daripada bergaul dengan seseorang dewasa yang
dipertuduh atas sesuatu kesalahan;
(b) untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanak, jika
seorang perempuan, semasa ditahan atau dibawa sedemikian, atau menunggu, berada
di bawah jagaan seorang wanita; dan
92
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(c) untuk menghalang gambar seseorang
kanak-kanak semasa—
.(i)
ditahan di balai polis;
.(ii)
dibawa ke atau dari mana-mana Mahkamah; atau
(iii) menunggu sebelum atau
selepas hadir di mana-mana Mahkamah,
daripada dirakamkan dalam apa-apa cara atas pita atau
filem atau dengan apa-apa perantara elektronik.
Penjagaan kanak-kanak yang tidak dilepaskan atas jaminan selepas ditangkap
86. (1) Jika
seseorang kanak-kanak selepas ditangkap dan semasa menunggu dibicarakan di
hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak dilepaskan di bawah seksyen 84,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ke hadapannya kanak-kanak itu dibawa hendaklah
menyebabkan dia ditahan di suatu tempat tahanan yang diadakan di bawah Akta ini
sehingga dia boleh dibawa ke hadapan Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa
melainkan jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu memperakui bahawa—
.(a) penahanan sedemikian tidak dapat
dilaksanakan;
.(b) dia berkelakuan sebegitu tidak
terkawal atau buruk sehingga dia tidak dapat ditahan sedemikian dengan selamat;
atau
.(c) oleh sebab keadaan kesihatannya atau
keadaan mental atau tubuhnya tidaklah bijak dia ditahan sedemikian.
.(2)
Di bawah hal keadaan yang disebut dalam perenggan (l)(a),
.(b) atau (c), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah
mempunyai kuasa untuk memerintahkan supaya kanak-kanak itu ditahan—
.(a) di balai polis, bilik kurungan polis
atau lokap polis, berasingan ataia terpisah daripada pesalah-pesalah dewasa;
atau
.(b) di sesuatu hospital mental,
.(3) Jika suatu perintah bagi
penahanan di hospital mental dibuat di bawah subseksyen (2), Bab XXXIII Kanun
Tatacara Jenayah hendaklah terpakai dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu.
mengikut
kehendak keadaan.
Pengemukaan
maklumat oleh pegawai polis selepas penangkapan
87. Selepas
penangkapan seseorang kanak-kanak, pegawai polis atau orang lain yang membuat
penangkapan itu hendaklah—
.(a) dengan serta-merta memberitahu
seorang pegawai akhlak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tentang
penangkapan itu; dan
.(b) jika kanak-kanak itu dipertuduh atas apa-apa
kesalahan, menyebabkan dihantar kepada pegawai akhlak itu suatu salinan
pertuduhan dan maklumat lain yang perlu bagi membolehkan pegawai akhlak itu
mengambil apa-apa tindakan yang perlu untuk menyediakan atau mendapatkan,
mengikut mana-mana yang berkenaan, suatu laporan akhlak.
BAB 2
PERBICARAAN
Ibu atau bapa atau penjaga dikehendaki hadir
88. (1) Jika
seseorang kanak-kanak dipertuduh atas apa-apa kesalahan, Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak hendaklah menghendaki ibu dan bapa atau penjaga kanak-kanak itu
hadir pada semua peringkat prosiding di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang di
hadapannya kes itu didengar atau diputuskan melainkan jika Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu berpuas hati bahawa tidaklah munasabah untuk menghendaki
kehadiran ibu dan bapa atau penjaga itu.
(2) Mana-mana ibu atau bapa atau penjaga seseorang
kanakkanak yang tidak hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak apabila dikehendaki
berbuat sedemikian di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Ibu dan bapa atau penjaga boleh disuruh keluar
89. Jika
dalam mana-mana kes difikirkan perlu oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak demi
kepentingan kanak-kanak itu, Mahkamah itu boleh menyuruh ibu dan bapa atau
penjaganya, mengikut mana-mana yang berkenaan, keluar dari Mahkamah itu.
Tatacara di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
90. (1) Jika
seseorang kanak-kanak dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kerana
apa-apa kesalahan, maka hendaklah menjadi kewajipan Mahkamah itu untuk
menerangkan kepadanya dalam bahasa yang mudah sesuai dengan umur, kematangan
dan pemahamannya tentang isi kesalahan yang dikatakan itu.
.(2) Kewajipan yang disebut dalam
subseksyen (1) boleh dilaksanakan, di bawah pengawasan Mahkamah oleh—
.(a) peguam bela yang bertindak bagi
kanak-kanak itu; atau
.(b) mana-mana orang lain yang
bertanggungjawab sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah itu.
.(3) Selepas isi kesalahan yang
dikatakan itu diterangkan kepada kanak-kanak itu, Mahkamah hendaklah bertanya
kepada kanakkanak itu sama ada dia mengakui fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu.
.(4) Jika kanak-kanak itu mengakui
fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah—
.(a) menentukan bahawa kanak-kanak itu
memahami sifat dan akibat akuannya; dan
.(b) merekodkan suatu dapatan bersalah.
.(5) Jika kanak-kanak itu tidak
mengakui fakta-fakta yang mewujudkan kesalahan itu, Mahkamah hendaklah selepas
itu mendengar keterangan
saksi-saksi bagi menyokong fakta-fakta itu.
.(6) Pada akhir keterangan utama
setiap saksi, saksi itu boleh diperiksa
balas oleh atau bagi pihak kanak-kanak itu.
Kanak-Kanak
.(7) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
hendaklah, kecuali jika kanakkanak itu diwakili oleh peguam, membenarkan ibu
dan bapa atau penjaga kanak-kanak itu atau mana-mana saudara atau orang lain
yang bertanggungjawab untuk membantu kanak-kanak itu membuat pembelaannya.
.(8) Jika dalam mana-mana kes
kanak-kanak itu tidak diwakili oleh peguam atau dibantu dalam membuat
pembelaannya sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (7) dan kanakkanak
itu tidak mengemukakan soalan dalam pemeriksaan balas tetapi sebaliknya membuat
penegasan, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak—
.(a) boleh mengemukakan kepada
kanak-kanak itu apa-apa soalan yang perlu bagi memperlihatkan, atau menjelaskan
apa-apa jua dalam, penegasan kanak-kanak itu; dan
.(b) hendaklah kemudiannya mengemukakan
apa-apa soalan kepada saksi itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah
bagi pihak kanak-kanak itu.
.(9) Jika pada hemat Mahkamah suatu
kes prima facie telah dibuktikan—
.(a) Mahkamah hendaklah menjelaskan
kepada kanak-kanak itu isi keterangan terhadapnya itu dan, khususnya, apaapa
perkara dalam keterangan itu yang begitu meninggalkan kesan buruk terhadapnya
atau memerlukan penjelasannya;
.(b) kanak-kanak itu hendaklah dibenarkan
—
.(i) memberi keterangan dengan sumpah
atau ikrar; atau
.(ii) membuat apa-apa pernyataan jika
dia berhasrat untuk berbuat demikian; dan
.(c) keterangan mana-mana saksi bagi
pihak pembela hendaklah didengar.
.(10) JikaMahkamah Bagi Kanak-Kanak
mendapati kanak-kanak itu tidak bersalah, maka Mahkamah hendaklah merekodkan
suatu perintah pembebasan.
.(11) Jika—
.(a) suatu dapatan bersalah telah
direkodkan; atau
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(b)
Mahkamah berpuas hati bahawa kesalahan itu dibuktikan,
kanak-kanak dan ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak
itu atau orang lain yang bertanggungjawab, jika hadir, hendaklah kemudiannya
ditanya jika mereka berhasrat untuk berkata apa-apa jua bagi pengurangan atau
peringanan hukuman atau selainnya.
.(12) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
hendaklah, sebelum memutuskan bagaimana hendak memperlakukan kanak-kanak itu,
menimbangkan laporan akhlak.
.(13) Laporan akhlak yang disebut
dalam subseksyen (12) hendaklah disediakan oleh seorang pegawai akhlak dan
laporan itu—
.(a) hendaklah mengandungi apa-apa
maklumat tentang kelakuan kanak-kanak itu pada amnya, suasana di rumahnya,
rekod sekolahnya dan riwayat perubatannya yang dapat membolehkan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu menguruskan kes itu demi kepentingan kanak-kanak itu; dan boleh
mengemukakan kepada pegawai akhlak itu apa-apa soalan yang berbangkit daripada
laporan akhlak itu; dan
.(b) boleh termasuk apa-apa laporan
bertulis seseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat, pengamal perubatan berdaftar
atau mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu
sesuai untuk menyediakan suatu laporan mengenai kanak-kanak itu.
.(14) Bagi maksud mendapatkan suatu
laporan akhlak, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh dari semasa ke semasa
melepaskan kanakkanak itu atas jaminan atau menahannya di suatu tempat
tahanan.
.(15) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
telah menimbangkan laporan akhlak itu, Mahkamah itu hendaklah menjelaskan
kepada—
.(a) kanak-kanak itu isi mana-mana
bahagian laporan itu yang mempunyai kaitan dengan watak atau kelakuannya yang
difikirkan oleh Mahkamah itu material dengan cara dia sepatutnya diperlakukan;
dan
Kanak-Kanak
.(b) ibu atau bapa atau penjaga, jika
hadir, isi mana-mana bahagian laporan itu yang difikirkan oleh Mahkamah
material dengan cara kanak-kanak itu sepatutnya diperlakukan dan yang merujuk
kepada watak, kelakuan, suasana di rumah, atau kesihatan kanak-kanak itu.
.(16) Jika kanak-kanak itu atau ibu
atau bapa atau penjaganya, selepas dijelaskan kepadanya isi mana-mana bahagian
mana-mana laporan akhlak sedemikian di bawah subseksyen (15), berhasrat
mengemukakan maklumat mengenai laporan itu, Mahkamah hendaklah, jika difikirkan
oleh Mahkamah bahawa maklumat itu material—
.(a) menangguhkan pendengaran itu bagi
pengemukaan maklumat lanjut; dan
.(b) jika perlu, menghendaki orang yang membuat laporan
itu menghadiri pendengaran itu apabila pendengaran itu disambung semula.
.(17) Sebelum membuat keputusan
mengenai perintah yang hendak dikenakan, Mahkamah hendaklah memastikan daripada
setiap penasihat pendapatnya dan semua pendapat itu hendaklah direkodkan.
.(18) Selepas merekodkan dan
menimbangkan pendapat penasihatpenasihat itu, Mahkamah hendaklah membuat
keputusan mengenai perintah yang hendak dikenakan, tetapi dalam berbuat demikian
Mahkamah—
.(a) tidaklah terikat untuk mengikut
pendapat penasihatpenasihat itu atau mana-mana seorang daripada mereka; dan
.(b) hendaklah merekodkan sebab-sebab
Mahkamah itu tidak bersetuju dengan pendapat itu.
BAB 3
KUASA MAHKAMAH BAGI KANAK-KANAK PADA AKHIR PERBICARAAN
Kuasa Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak apabila kesalahan dibuktikan
91. (1) Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berpuas hati
bahawa suatu kesalahan telah dibuktikan Mahkamah itu hendaklah, sebagai tambahan kepada apa-apa kuasa lain yang boleh
dijalankan menurut kuasa Akta ini, mempunyai kuasa untuk—
.(a) memberikan amaran kepada dan
melepaskan kanak-kanak itu;
.(b) melepaskan kanak-kanak itu apabila
dia menyempurnakan suatu bon untuk berkelakuan baik dan untuk mematuhi apa-apa
syarat yang dikenakan oleh Mahkamah;
.(c) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
diletakkan dalam pemeliharaan seseorang saudara atau orang lain yang layak dan
sesuai—
.(i) selama apa-apa tempoh yang
hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah; dan
.(ii) dengan apa-apa syarat yang
dikenakan oleh Mahkamah;
.(d) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
membayar denda, pampasan atau kos;
.(e) membuat suatu perintah percubaan di
bawah seksyen 98;
.(f) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry Gurney;
.(g) memerintahkan supaya kanak-kanak
itu, jika seorang lelaki, disebat tidak lebih daripada sepuluh kali sebatan
dengan rotan yang
ringan—
.(i)
di premis Mahkamah itu; dan
.(ii) di hadapan ibu atau bapa atau
penjaga kanakkanak itu jika dia hendak hadir;
.(h) mengenakan ke atas kanak-kanak itu,
jika dia berumur empat belas tahun ke atas dan kesalahan itu boleh dihukum
dengan hukuman pemenjaraan dan tertakluk kepada subseksyen 96(2), apa-apa
tempoh pemenjaraan yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
.(2) Perkataan "sabitan" dan
"hukuman" tidak boleh digunakan berhubung dengan seseorang
kanak-kanak yang terhadapnya Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bertindak dan apa-apa
sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai seseorang yang
disabitkan, suatu sabitan dan suatu hukuman hendaklah, dalam hal seseorang
kanak-kanak, ditafsirkan masing-masing sebagai seseorang
.(3) Sesuatu dapatan bersalah tentang
seseorang kanak-kanak tidak boleh diendahkan bagi maksud mana-mana
undang-undang bertulis yang—
.(a) mengenakan apa-apa hilang kelayakan
atau ketidakdayaan ke atas seseorang yang disabitkan; atau
.(b) memberi kuasa atau menghendaki
pengenaan apa-apa hilang kelayakan atau ketidakdayaan sedemikian,
Kanak-Kanak
Cara melaksanakan sebatan
92.
Peruntukan yang berikut hendaklah diikuti apabila melaksanakan perintah sebat:
.(a) sebelum sebatan dilaksanakan,
kanak-kanak itu hendaklah diperiksa oleh seorang pegawai perubatan untuk
diperakui bahawa kanak-kanak itu dalam keadaan kesihatan yang baik untuk
menjalani sebatan itu;
.(b) orang itu hendaklah menggunakan
rotan yang ringan dengan kekuatan yang sederhana tanpa mengangkat tangannya
melebihi kepalanya supaya tidak melukakan kulit kanakkanak itu;
.(c) selepas mengenakan satu sebatan, dia
hendaklah mengangkat rotan itu ke atas dan tidak menariknya;
.(d) sebatan boleh dikenakan pada
mana-mana bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau
bahagian-bahagian sulit;
.(e) kanak-kanak itu hendaklah memakai
pakaian; dan
.(f) jika semasa pelaksanaan sebatan itu pegawai perubatan
memperakui bahawa kanak-kanak itu tidak lagi dapat menerima baki sebatan itu,
sebatan itu hendaklah diberhentikan dengan muktamad.
Ibu atau bapa atau penjaga hendaklah menyempurnakan bon
93. (1) MahkamahBagi Kanak-Kanak hendaklah, sebagai
tambahan kepada mana-mana kuasa yang diperuntukkan dalam subseksyen 91(1), memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga
kanak
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
kanak itu menyempurnakan suatu bon bagi kelakuan baik
kanakkanak itu dengan atau tanpa jaminan dan dengan satu atau lebih daripada
satu syarat yang berikut:
.(a) bahawa ibu atau bapa atau penjaga
dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah melaporkan diri di jabatan
kebajikan atau balai polis yang terletak berdekatan dengan tempat kediaman ibu
atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu pada lat tempoh tetap yang hendaklah
ditentukan oleh Mahkamah itu;
.(b) bahawa ibu atau bapa atau penjaga
dengan ditemani oleh kanak-kanak itu hendaklah menghadiri bengkel interaktif
yang dianjurkan di pusat-pusat yang ditetapkan yang ditubuhkan bagi maksud
sedemikian;
.(c) jika kanak-kanak itu berada di sesuatu institusi
pendidikan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga hendaklah berunding dengan guru
dan guru besar atau pengetua kanak-kanak itu sebulan sekali sepanjang tempoh
bon itu;
.(d) jika kanak-kanak itu dihantar ke suatu sekolah
diluluskan atau Sekolah Henry Gurney, bahawa ibu atau bapa atau penjaga
hendaklah melawat kanak-kanak itu secara tetap sebagaimana yang ditentukan oleh
Mahkamah itu; atau
.(e) apa-apa syarat lain yang difikirkan
patut oleh Mahkamah itu.
.(2) Jika mana-mana ibu atau bapa atau
penjaga tidak mematuhi mana-mana syarat bon yang disebut dalam subseksyen (1)—
.(a) ibu atau bapa atau penjaga itu
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi
lima ribu ringgit; dan
.(b) Mahkamah boleh memerintahkan supaya
jaminan, jika ada, dilucuthakkan; dan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang
berhubungan dengan pelucuthakan bon hendaklah terpakai berhubung dengan jaminan
itu.
.(3) Perintah di bawah subseksyen (1)
tidak boleh dibuat terhadap seseorang ibu atau bapa atau penjaga tanpa memberi
ibu atau bapa atau penjaga itu peluang untuk didengar.
.(4) Walau apa pun subseksyen (3),
suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang
pegawai akhlak bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah
dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak
dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
Kuasa untuk memerintahkan supaya ibu atau bapa atau penjaga dan bukan kanak-kanak, membayar denda, dsb.
94. (1) Jika—
.(a) seseorang kanak-kanak dipertuduh di
hadapan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atas apa-apa kesalahan yang apabila
dilakukan—
.(i)
suatu denda boleh dikenakan; dan
.(ii) pampasan atau kos atau pampasan
dan kos keduaduanya boleh diawardkan; dan
.(b) Mahkamah itu berpendapat bahawa kes
itu boleh diselesaikan sebaik-baiknya dengan mengenakan semua atau mana-mana
penalti itu, sama ada dengan atau tanpa apa-apa hukuman lain,
maka Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya denda
yang dikenakan dan pampasan atau kos yang diawardkan itu dibayar oleh ibu atau
bapa atau penjaga kanak-kanak itu dan tidak oleh kanak-kanak itu, melainkan
jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa ibu atau bapa atau penjaga itu—
.(a) tidak ada atau tidak dapat ditemui
dalam masa yang munasabah; atau
.(b) telah tidak membantu menyebabkan
pelakuan kesalahan itu kerana cuai memelihara kanak-kanak itu dengan
sewajarnya.
.(2)
Jika—
.(a) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
berpendapat bahawa suatu pertuduhan terhadap seseorang kanak-kanak telah
dibuktikan; atau
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(b)
seseorang kanak-kanak mengaku fakta yang mewujudkan kesalahan dalam pertuduhan
itu,
Mahkamah
itu boleh membuat suatu perintah menghendaki ibu atau bapa atau penjaga— (aa) membayar pampasan atau kos; atau
(bb)
memberikan jaminan bagi kelakuan baik kanak-kanak itu,
tanpa merekodkan suatu dapatan bersalah terhadap
kanak-kanak itu.
.(3) Apabila Mahkamah menghendaki ibu
atau bapa atau penjaga memberikan jaminan bagi kelakuan baik seseorang
kanak-kanak di bawah subseksyen (2), satu atau lebih daripada satu syarat yang
disebut dalam subseksyen 93(1) hendaklah dikenakan ke atas ibu atau bapa atau
penjaga itu.
.(4) Jika ibu atau bapa atau penjaga
itu tidak mematuhi syaratsyarat jaminan itu, Mahkamah boleh memerintahkan
supaya jaminan itu dilucuthakkan.
.(5) Perintah di bawah seksyen ini
tidak boleh dibuat terhadap ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu tanpa
memberi ibu atau bapa atau penjaga itu peluang untuk didengar.
.(6) Walau apa pun subseksyen (4),
suatu perintah di bawah seksyen ini boleh dibuat jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
itu berpuas hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang pegawai
akhlak bahawa ibu atau bapa atau penjaga kanak-kanak itu, setelah dikehendaki
hadir, telah tidak berbuat demikian, atau tidak ada atau tidak dapat ditemui
dalam masa yang munasabah.
.(7) Apa-apa jumlah wang yang
dikenakan dan diperintahkan supaya dibayar oleh ibu atau bapa atau penjaga
seseorang kanakkanak di bawah seksyen ini atau apabila dilucuthakkan apa-apa
jaminan sedemikian boleh didapatkan daripada ibu atau bapa atau penjaga itu
mengikut cara yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah mengikut cara yang
serupa seolah-olah perintah itu telah dibuat kerana ibu atau bapa atau penjaga
itu telah disabitkan atas kesalahan yang mengenainya kanak-kanak itu telah
dipertuduh.
Kanak-Kanak 103
Rayuan
95. (1)
Pendakwa Raya atau mana-mana kanak-kanak atau ibu atau bapa atau penjaganya,
jika terkilan dengan apa-apa dapatan atau perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak,
boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap dapatan atau perintah itu mengikut
peruntukan Kanun Tatacara Jenayah yang berhubungan dengan rayuan jenayah kepada
Mahkamah Tinggi daripada Mahkamah Majistret.
.(2) Kecuali dalam hal sebatan yang
pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sementara menanti rayuan, tiada rayuan
boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak boleh menggantung pelaksanaan mana-mana penghakiman atau perintah
sementara menanti rayuan, atas apaapa terma tentang jaminan bagi pembayaran
apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan mana-mana perbuatan atau
penjalanan mana-mana hukuman yang diperintahkan oleh atau daiam penghakiman
atau perintah itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu.
.(3) Mahkamah Tinggi hendaklah, dalam
semua rayuan jenayah yang bermula daripada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, membuat
keputusan muktamadnya dalam masa dua belas bulan selepas notis rayuan
difailkan.
.(4) Apa-apa rayuan di bawah seksyen
ini hendaklah, walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, diberi
tajuk "Rayuan Oleh Kanak-Kanak" dan dalam menguruskan mana-mana
rayuan sedemikian, seksyen 12 dan 15 hendaklah terpakai bagi Mahkamah Tinggi
dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu.
Sekatan ke atas perintah pemenjaraan
96. (1)
Kanak-kanak di bawah umur empat belas tahun tidak boleh—
.(a) diperintahkan supaya dipenjarakan
bagi apa-apa kesalahan; atau
.(b) dikomitkan ke penjara kerana ingkar
membayar denda, ganti
rugi atau kos.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(2) Kanak-kanak yang berumur empat
belas tahun ke atas tidak boleh diperintahkan supaya dipenjarakan jika dia
boleh diperlakukan dengan apa-apa cara lain yang sesuai sama ada dengan
percubaan, atau denda, atau dihantar ke sesuatu tempat tahanan atau sekolah
diluluskan, atau Sekolah Henry Gurney, atau selainnya.
.(3) Kanak-kanak yang berumur empat
belas tahun ke atas tidak boleh, jika diperintahkan supaya dipenjarakan,
dibenarkan bergaul dengan banduan-banduan dewasa.
Hukuman mati
97. (1)
Hukuman mati tidak boleh diumumkan atau direkodkan terhadap seseorang yang
disabitkan atas sesuatu kesalahan jika pada hemat Mahkamah dia ialah seorang
kanak-kanak pada masa kesalahan itu dilakukan.
.(2) Sebagai ganti hukuman mati,
Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya seseorang yang disabitkan atas sesuatu
kesalahan ditahan di penjara selama yang diperkenankan oleh—
.(a) Yang di-Pertuan Agong jika kesalahan
itu dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Wilayah Persekutuan
Labuan; atau
.(b) Raja atau Yang di-Pertua Negeri,
jika kesalahan itu dilakukan di Negeri itu.
.(3) Jika Mahkamah membuat suatu
perintah di bawah subseksyen (2), orang itu hendaklah, walau apa pun apa-apa
jua dalam Akta ini—
.(a) ditahan di penjara itu dan di bawah
apa-apa syarat yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang
di-Pertua Negeri; dan
.(b) semasa ditahan sedemikian,
disifatkan berada dalam jagaan yang sah.
.(4) Jika seseorang diperintahkan
supaya ditahan di penjara di bawah subseksyen (2), Lembaga Hakim Pelawat bagi
penjara itu—
.(a) hendaklah mengkaji semula kes orang
itu sekurangkurangnya sekali setahun; dan
Kanak-Kanak
(b)
boleh mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang di-Pertua
Negeri supaya orang itu dilepaskan awal atau ditahan lanjut,
dan Yang di-Pertuan Agong atau Raja atau Yang
di-Pertua Negeri boleh sesudah itu memerintahkan supaya dia dilepaskan atau
ditahan lanjut, mengikut mana-mana yang berkenaan.
BAB 4
PERCUBAAN
Bila percubaan boleh diperintahkan
98. (1) Jika
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang olehnya atau di hadapannya seseorang kanak-kanak
didapati bersalah atas sesuatu kesalahan selain—
.(a) apa-apa jenayah berat;
.(b) dengan sengaja menyebabkan cedera
parah, merogol, melakukan sumbang mahram atau mencabul kehormatan; atau
.(c) kesalahan di bawah seksyen 377B,
377C, 377D atau 377E Kanun Keseksaan,
berpendapat bahawa dengan mengambil kira hal keadaan,
termasuk jenis kesalahan dan watak kanak-kanak itu, patut Mahkamah itu berbuat
demikian, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu boleh membuat suatu perintah percubaan.
.(2) Sebelum membuat perintah
percubaan di bawah subseksyen (1), Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah
menjelaskan kepada kanak-kanak itu dalam bahasa yang mudah sesuai dengan umur,
kematangan dan pemahamannya—
.(a) natijah perintah itu; dan
.(b) bahawa jika dia—
.(i)
tidak mematuhi perintah percubaan itu; atau
.(ii)
melakukan suatu kesalahan lain,
dia boleh diperlakukan bagi kesalahan yang asal dan
juga bagi kesalahan yang lain itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(3) Sesuatu perintah percubaan hendaklah berkuat kuasa
selama apa-apa tempoh yang tidak kurang daripada satu tahun dan tidak lebih
daripada tiga tahun dari tarikh perintah itu sebagaimana yang dinyatakan dalam
perintah percubaan itu.
.(4) Bagi maksud menentukan kelakuan baik dan
pengawasan kanak-kanak dalam percubaan atau mengelakkan dia mengulangi
kesalahan yang sama atau melakukan kesalahan-kesalahan yang lain, sesuatu
perintah percubaan hendaklah—
.(a) menghendaki kanak-kanak dalam percubaan itu patuh
sepanjang tempoh itu kepada pengawasan seorang pegawai akhlak;
.(b) menyatakan bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu
tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan sepanjang tempoh perintah percubaan
itu; dan
.(c) mengandungi apa-apa kehendak lain yang difikirkan
perlu oleh Mahkamah dengan mengambil kira hal keadaan kes itu termasuk
mana-mana satu atau lebih daripada satu daripada yang berikut:
.(i) bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah
tinggal di suatu asrama akhlak, di tempat kediaman ibu atau bapa atau penjaga
atau saudaranya atau di sesuatu tempat lain;
.(ii) bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah
menghadiri sesuatu institusi pendidikan yang disyorkan oleh pegawai akhlak;
(iii) bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu hendaklah berada di tempat kediamannya, sama ada di asrama akhlak itu atau di sesuatu rumah, pada waktuwaktu yang hendaklah dinyatakan.
.(5) Tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah untuk membuat
perintah di bawah seksyen 91, pembayaran jumlah wang sebagai ganti rugi bagi
kecederaan atau pampasan bagi kerugian tidaklah boleh dimasukkan antara
kehendak sesuatu perintah percubaan.
.(6) Sebelum membuat perintah percubaan yang
mengandungi kehendak tentang tempat kediaman, Mahkamah—
.(a) hendaklah menimbangkan suasana di rumah seseorang kanak-kanak; dan
Kanak-Kanak 107
.(b) jika perintah itu menghendaki seseorang kanak-kanak
tinggal di asrama akhlak, hendaklah menyatakan tempoh dia dikehendaki tinggal
sedemikian dalam perintah itu, tetapi tempoh itu tidak boleh melampaui tempoh
dua belas bulan dari tarikh perintah itu.
.(7) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang
membuat sesuatu perintah percubaan hendaklah—
.(a) dengan serta-merta memberikan suatu
salinan perintah itu—
.(i)
kepada kanak-kanak dalam percubaan itu;
.(ii) kepada pegawai akhlak atau orang
lain yang di bawah pengawasannya kanak-kanak itu diletakkan; dan
(iii) kepada orang yang
menjaga asrama akhlak atau tempat lain di mana kanak-kanak itu dikehendaki
tinggal mengikut perintah itu; dan
.(b) kecuali jika Mahkamah itu sendiri
ialah Mahkamah Pengawas, menghantar kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi
daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu di mana kanak-kanak dalam
percubaan itu dikehendaki
tinggal sepanjang tempoh percubaan suatu salinan perintah itu bersama apa-apa
dokumen dan maklumat berhubung dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat
membantu Mahkamah itu.
.(8) Apabila membuat sesuatu perintah
percubaan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, jika difikirkannya suaimanfaat bagi
pemulihan kanak-kanak dalam percubaan itu, menyerahkan kanakkanak dalam
percubaan itu ke dalam jagaan mana-mana orang yang bersetuju untuk menerima
kanak-kanak dalam percubaan itu, apabila orang itu memberikan jaminan kelakuan baik
kanak-kanak dalam percubaan itu; dan peruntukan Kanun Tatacara Jenayah tentang pelucuthakan bon hendaklah
terpakai berhubung dengan jaminan
itu.
Tidak mematuhi perintah percubaan
99. (1) Jika pada bila-bila masa dalam tempoh percubaan
Mahkamah Pengawas berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak dalam percubaan telah tidak mematuhi mana-mana kehendak
perintah
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
percubaan di bawah perenggan 98(4)(a) atau
(c),Mahkamah Pengawas itu boleh mengeluarkan—
.(a) suatu saman menghendaki kanak-kanak
dalam percubaan itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman
itu; atau
.(b) suatu waran bagi menangkapnya.
.(2) Sesuatu waran di bawah subseksyen
(1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat bertulis dan dengan
bersumpah yang dikemukakan oleh pegawai akhlak.
.(3) Sesuatu saman atau waran yang
dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak dalam
percubaan itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas.
.(4) Seseorang kanak-kanak dalam
percubaan apabila ditangkap di bawah subseksyen (1) boleh, jika tidak dibawa
dengan sertamerta ke hadapan Mahkamah Pengawas di bawah subseksyen (3)—
.(a) ditahan di suatu tempat tahanan;
atau
.(b) dilepaskan atas jaminan, dengan atau
tanpa penjamin,
sehingga masa dia dapat dibawa ke hadapan Mahkamah
Pengawas itu.
.(5) Jika dibuktikan sehingga Mahkamah
Pengawas berpuas hati bahawa kanak-kanak dalam percubaan itu telah tidak
mematuhi mana-mana kehendak perintah percubaan di bawah perenggan 98(4)(a)
atau (c) Mahkamah itu boleh, tanpa menjejaskan keberterusan perintah
percubaan itu—
.(a) mengenakan suatu denda yang tidak
melebihi lima ribu ringgit ke atasnya; atau
.(b) memperlakukan kanak-kanak dalam percubaan itu bagi
kesalahan yang berkenaan dengannya perintah percubaan itu dibuat mengikut
apa-apa cara yang dia boleh diperlakukan oleh Mahkamah itu jika Mahkamah itu
telah mendapatinya bersalah atas kesalahan itu.
Kanak-Kanak
.(6) Sesuatu denda yang dikenakan di
bawah seksyen ini kerana tidak mematuhi mana-mana kehendak suatu perintah
percubaan hendaklah—
.(a) disifatkan bagi maksud mana-mana
undang-undang bertulis sebagai suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar
atas suatu sabitan; dan
.(b) diambil kira dalam membuat apa-apa
perintah kemudiannya ke atas kanak-kanak dalam percubaan di bawah seksyen ini
atau seksyen 100.
.(7) Bagi maksud perenggan (6)(a),
"suatu jumlah wang yang dihukum supaya dibayar atas suatu sabitan"
termasuklah apa-apa kos, ganti rugi atau pampasan yang dihukum supaya dibayar
atas sesuatu sabitan yang amaunnya ditentukan oleh sabitan itu.
.(8) Seseorang kanak-kanak dalam
percubaan yang tidak mematuhi perenggan 98(4)(b) hendaklah diperlakukan
di bawah seksyen 100.
Pelakuan kesalahan selanjutnya
100. (1) Jika didapati oleh Mahkamah Pengawas bahawa—
.(a) seseorang kanak-kanak dalam
percubaan telah didapati bersalah oleh suatu Mahkamah atas suatu kesalahan yang
dilakukan dalam tempoh percubaan itu; dan
.(b) kanak-kanak dalam percubaan itu
telah diperlakukan berkenaan
dengan kesalahan itu,
Mahkamah Pengawas itu boleh mengeluarkan—
(aa) suatu saman yang menghendaki kanak-kanak dalam percubaan itu hadir di tempat dan pada masa yang dinyatakan dalam saman itu; atau
(bb) suatu
waran bagi menangkapnya.
.(2) Sesuatu waran di bawah subseksyen
(1) tidak boleh dikeluarkan kecuali berdasarkan maklumat bertulis dan dengan
bersumpah yang dikemukakan
oleh pegawai akhlak.
.(3) Sesuatu saman atau waran yang
dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah mengarahkan kanak-kanak dalam
percubaan itu supaya hadir di atau dibawa ke hadapan Mahkamah Pengawas itu.
.(4) Jika dibuktikan sehingga Mahkamah
Pengawas berpuas hati bahawa seseorang kanak-kanak dalam percubaan yang
mengenai kesnya perintah itu dibuat telah didapati bersalah dan telah
diperlakukan berkenaan dengan sesuatu kesalahan yang dilakukan dalam tempoh
percubaan itu, Mahkamah itu boleh memperlakukannya bagi kesalahan yang
kerananya perintah itu dibuat mengikut apaapa cara ,yang dia boleh
diperlakukan oleh Mahkamah itu jika Mahkamah itu telah mendapatinya bersalah
atas kesalahan itu.
Kesan percubaan
101. (1)
Dapatan bersalah bagi sesuatu kesalahan yang mengenainya suatu perintah dibuat di bawah Bab ini yang meletakkan
pesalah dalam percubaan hendaklah
disifatkan bukan suatu sabitan bagi apa-apa maksud selain bagi maksud—
.(a) prosiding yang dalamnya perintah itu
dibuat; dan
.(b) apa-apa prosiding kemudiannya yang
mungkin diambil terhadap
seseorang kanak-kanak di bawah Bab ini.
.(2) Subseksyen (1) tidaklah
menyentuh—
.(a) hak mana-mana kanak-kanak itu—
.(i) untuk merayu terhadap sesuatu
dapatan bersalah; atau
.(ii) untuk bergantung kepada sesuatu
dapatan bersalah bagi menghalang apa-apa prosiding kemudiannya bagi kesalahan
yang sama; atau
.(b) peletakhakan semula atau pemulangan
apa-apa harta akibat daripada dapatan bersalah mana-mana kanak-kanak itu.
Pindaan perintah percubaan
102.
(1) Jika Mahkamah Pengawas berpuas
hati bahawa seseorang kanak-kanak dalam percubaan bercadang hendak menukar atau
telah menukar tempat kediamannya dari daerah atau kawasan yang dinamakan dalam
perintah percubaan itu ke daerah atau kawasan yang lain. Mahkamah itu boleh, dan jika suatu permohonan bagi maksud itu dibuat oleh pegawai akhlak, hendaklah,
dengan perintah
Kanak-Kanak 111
meminda perintah percubaan itu dengan menggantikan
daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah percubaan itu dengan daerah
atau kawasan tempat kanak-kanak dalam percubaan itu bercadang hendak tinggal
atau sedang tinggal.
.(2) Jika perintah percubaan itu
mengandungi kehendak-kehendak yang pada pendapat Mahkamah Pengawas itu tidak
dapat dipatuhi melainkan jika kanak-kanak dalam percubaan itu terus tinggal di
daerah atau kawasan yang dinamakan dalam perintah itu, Mahkamah Pengawas itu
tidak boleh meminda perintah itu kecuali mengikut subseksyen (4).
.(3) Jika sesuatu perintah percubaan
dipinda di bawah subseksyen (1), Mahkamah Pengawas hendaklah menghantarkan
kepada Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bagi daerah atau kawasan baharu yang dinamakan
dalam perintah itu suatu salinan perintah itu bersama apa-apa dokumen dan
maklumat berhubung dengan kes itu yang difikirkannya mungkin dapat membantu
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu.
.(4) Tanpa menjejaskan subseksyen (1)
dan (3) Mahkamah Pengawas boleh, apabila permohonan dibuat oleh pegawai akhlak atau oleh kanak-kanak dalam percubaan
itu, dengan perintah meminda perintah percubaan itu dengan—
.(a) membatalkan apa-apa kehendak dalam
perintah percubaan itu; atau
.(b) memasukkan ke dalam perintah
percubaan itu, sama ada sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti bagi apa-apa
kehendak sedemikian, apa-apa kehendak yang boleh dimasukkan ke dalam perintah
itu sekiranya perintah itu dibuat oleh Mahkamah itu mengikut seksyen 98.
.(5) Mahkamah Pengawas tidak boleh
meminda sesuatu perintah percubaan di bawah subseksyen (4) dengan—
.(a) mengurangkan tempoh percubaan itu;
atau
.(b) melanjutkan tempoh itu menjadi lebih
daripada tiga tahun dari
tarikh perintah asal itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Pelepasan perintah percubaan
103. (1)
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat sesuatu perintah percubaan atau Mahkamah
Pengawas boleh, apabila permohonan dibuat oleh pegawai akhlak, ibu atau bapa
atau penjaga kanak-kanak dalam percubaan atau kanak-kanak dalam percubaan itu,
melepaskan perintah percubaan itu.
.(2) Majikamah Bagi Kanak-Kanak tidak
boleh menguruskan sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) tanpa memanggil kanak-kanak
dalam percubaan itu melainkan jika permohonan itu dibuat oleh pegawai akhlak.
.(3)
Jika—
.(a) Mahkamah melepaskan sesuatu perintah
percubaan di bawah subseksyen (1); atau
.(b) kanak-kanak dalam percubaan itu
diperlakukan di bawah seksyen 99 atau 100 atas kesalahan yang kerananya dia
telah diletakkan dalam percubaan,
perintah percubaan itu hendaklah terhenti berkuat
kuasa.
Mahkamah hendaklah memberikan salinan perintah pindaan atau pelepasan kepada pegawai akhlak
104. Apabila
suatu perintah yang meminda atau melepaskan sesuatu perintah percubaan dibuat
masing-masing di bawah seksyen 102 atau 103—
.(a) Mahkamah hendaklah dengan
serta-merta memberikan salinan yang mencukupi perintah pindaan atau pelepasan
itu kepada pegawai akhlak; dan
.(b) pegawai akhlak hendaklah memberikan
suatu salinan perintah pindaan atau pelepasan itu kepada—
.(i)
kanak-kanak dalam percubaan itu; dan
.(ii) orang yang menjaga asrama akhlak
atau tempat di mana kanak-kanak dalam percubaan itu tinggal atau dikehendaki tinggal oleh
perintah itu.
Kanak-Kanak113
BAHAGIAN XI
DALAM PEMELIHARAAN ORANG YANG LAYAK DAN SESUAI
Kanak-kanak yang
diletakkan dalam pemeliharaan orang yang layak
dan sesuai
105. (1)
Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu perintah yang dibuat di
bawah Akta ini yang meletakkan seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan
seseorang yang layak dan sesuai.
.(2) Sesuatu perintah yang meletakkan
seseorang kanak-kanak dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai boleh
diubah atau dibatalkan oleh Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas
apabila permohonan dibuat oleh—
.(a) ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu;
.(b) Pelindung; atau
.(c) pegawai akhlak,
mengikut mana-mana yang berkenaan.
.(3)
Jika—
.(a) permohonan dibuat oleh ibu atau bapa
atau penjaga atau mana-mana saudara terdekat seseorang kanak-kanak yang
diperintahkan supaya diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan
sesuai di bawah subseksyen (1);
dan
.(b) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau
Mahkamah Pengawas yang mempunyai kuasa untuk mengubah atau membatalkan perintah
itu berpuas hati bahawa kanak-kanak itu tidak diasuh mengikut agamanya
sebagaimana yang diputuskan oleh ibu atau bapa atau penjaganya,
Mahkamah
Bagi Kanak-Kanak atau Mahkamah Pengawas itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,
hendaklah, melainkan jika suatu aku janji yang memuaskan hati diberikan oleh
orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu telah diletakkan, sama ada
membatalkan perintah itu atau mengubah perintah itu mengikut apa-apa cara yang
difikirkan oleh Mahkamah itu paling baik untuk menentukan bahawa kanak-kanak
itu dari masa itu diasuh mengikut agama itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Kanak-kanak yang lepas lari atau dipindahkan daripada pemeliharaan orang yang layak dan sesuai
106. (1)
Seseorang kanak-kanak yang lepas lari daripada seseorang yang dalam
pemeliharaannya kanak-kanak itu telah diletakkan di bawah Akta ini boleh—
.(a) ditangkap tanpa waran; dan
.(b) dibawa ke hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak yang membuat perintah itu atau ke hadapan Mahkamah Pengawas.
.(2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau
Mahkamah Pengawas yang ke hadapannya seseorang kanak-kanak dibawa di bawah
subseksyen (1) hendaklah dengan serta-merta menyiasat kes itu dan selepas
mengambil kira syor Pelindung atau pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang
berkenaan—
.(a) memerintahkan supaya kanak-kanak itu
dibawa balik kepada orang itujika dia sanggup menerima kanak-kanak itu; atau
.(b) membuat suatu perintah yang boleh
dibuat oleh Mahkamah itu sekiranya kanak-kanak itu telah dibawa ke hadapan
Mahkamah itu sebagai seorang kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu atau bapa
atau penjaga.
Kesalahan memindahkan atau menolong kanak-kanak lepas lari daripada pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai
107. (1)
Mana-mana orang yang—
.(a) memindahkan seseorang kanak-kanak
daripada pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai tanpa kebenaran yang sah;
.(b) dengan sedar membantu atau
mendorong, secara langsung atau tidak langsung, seseorang kanak-kanak lepas
lari daripada orang yang dalam pemeliharaannya kanak-kanak itu telah
diletakkan; atau
Kanak-Kanak 115
(c)
dengan sedar menyorokkan atau menyembunyikan seseorang kanak-kanak yang telah
lepas lari sedemikian, atau menghalang dia kembali ke dalam pemeliharaan orang
itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh
tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
BAHAGIAN XII
PERINTAH SUMBANGAN
Sumbangan oleh ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain
108. (1)
Jika sesuatu perintah dibuat—
.(a) meletakkan seseorang kanak-kanak
dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan sesuai;
.(b) menghantar seseorang kanak-kanak ke
suatu asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang diluluskan; atau
.(c) meletakkan seseorang kanak-kanak di
suatu tempat perlindungan,
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang membuat perintah itu
boleh, pada masa itu juga atau kemudiannya, membuat suatu perintah sumbangan
menghendaki ibu atau bapa atau penjaga atau orang lain yang mempunyai jagaan
kanak-kanak itu—
(aa) pada masa pelakuan kesalahan itu yang mengakibatkan
perintah itu dibuat;
(bb) sebelum suatu perintah dibuat di bawah subseksyen
(1); atau
(cc) sebaik
sebelum bermulanya apa-apa prosiding,
supaya
membuat apa-apa sumbangan atau sumbangan bulanan mengikut apa-apa cara yang
difikirkan patut oleh Mahkamah, setelah mengambil kira kemampuan ibu atau bapa
atau penjaga atau orang lain itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(2) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak tidak
boleh membuat apaapa perintah sumbangan di bawah subseksyen (1) jika Mahkamah
itu berpendapat bahawa tidak adil jika perintah sumbangan dibuat setelah
mengambil kira hal keadaan dan kemampuan ibu atau bapa atau penjaga atau orang
lain itu.
.(3) Jika suatu perintah sumbangan
dibuat menurut subseksyen (1), maka hendaklah menjadi kewajipan ibu atau bapa
atau penjaga atau orang lain itu yang terhadapnya perintah sumbangan itu dibuat
untuk mematuhi perintah sumbangan itu.
.(4) Semua jumlah wang yang kena
dibayar di bawah sesuatu perintah sumbangan hendaklah dibayar kepada mana-mana
Mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah
yang membuat perintah itu.
.(5) Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang
membuat apa-apa perintah sumbangan sedemikian boleh, dari semasa ke semasa,
apabila permohonan dibuat oleh—
.(a) ibu atau bapa atau penjaga atau
orang lain yang terhadapnya perintah sumbangan itu dibuat;
.(b) Pelindung; atau
.(c) pegawai akhlak,
menghapuskan, membuat baharu atau mengubah perintah
itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah apabila dibuktikan perubahan
dalam hal keadaan orang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau kerana sebab
lain yang ditunjukkan sehingga Mahkamah itu berpuas hati.
.(6) Sesuatu perintah di bawah
subseksyen (1) tidak boleh dibuat tanpa memberi ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu atau orang lain yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu peluang
untuk didengar.
.(7) Walau apa pun subseksyen (6),
sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh dibuat jika Mahkamah berpuas
hati berdasarkan maklumat yang diberikan oleh seorang Pelindung atau pegawai
akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa ibu atau bapa atau penjaga
atau orang lain itu, setelah dikehendaki hadir, telah tidak berbuat demikian,
atau tidak ada atau tidak dapat ditemui dalam masa yang munasabah.
Kanak-Kanak 117
.(8) Sesuatu perintah sumbangan
hendaklah terus berkuat kuasa—
.(a) dalam hal seseorang kanak-kanak yang
diperintahkan supaya diletakkan dalam pemeliharaan seseorang yang layak dan
sesuai, selagi perintah itu terus berkuat kuasa; dan
.(b) dalam hal seseorang kanak-kanak yang
diperintahkan supaya dihantar ke suatu tempat perlindungan, asrama akhlak,
sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang
diluluskan, sehingga dia tidak lagi berada di bawah pemeliharaan orang yang
sedang menjaga tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah
Henry Gurney, atau institusi atau pusat yang diluluskan itu.
.(9) Suatu sumbangan tidak kena
dibayar di bawah sesuatu perintah sumbangan berkenaan dengan apa-apa tempoh
semasa—
.(a) seseorang kanak-kanak yang
diperintahkan supaya dihantar ke suatu sekolah diluluskan atau Sekolah Henry
Gurney berada di luar sekolah itu dengan kebenaran atau di bawah pengawasan
seorang pegawai akhlak; atau
.(b) seseorang kanak-kanak yang
diperintahkan supaya dihantar ke suatu tempat perlindungan bercuti dari tempat
perlindungan itu atau daripada berada di bawah pengawasan seorang Pegawai Kebajikan
Masyarakat.
.(10) Jika mana-mana orang dengan
sengaja abai mematuhi suatu perintah sumbangan, seorang Majistret boleh, bagi
tiap-tiap pelanggaran perintah itu—
.(a) dengan waran, mengarahkan supaya
amaun yang kena dibayar itu dilevi mengikut cara yang diperuntukkan oleh
undang-undang bagi melevi denda yang dikenakan oleh Majistret; atau
.(b) menghukum orang itu dengan hukuman
pemenjaraan selama tempoh yang tidak melebihi satu bulan bagi setiap bulan
sumbangan yang masih belum dibayar.
.(11) Tempoh pemenjaraan yang
dikenakan di bawah perenggan (10)(b) hendaklah tamat apabila amaun
sumbangan yang kena dibayar itu dijelaskan.
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
PENYIASATAN, PENANGKAPAN, PENGGELEDAHAN, PENYITAAN,
DSB.
Kuasa untuk menyiasat
109. (1)
Seseorang Pelindung atau pegawai polis boleh menyiasat pelakuan apa-apa
kesalahan di bawah Akta ini.
.(2) Seseorang Pelindung apabila
bertindak di bawah Bahagian ini hendaklah, apabila diminta, mengisytiharkan
jawatannya kepada orang yang terhadapnya dia bertindak atau yang daripadanya
dia menghendaki apa-apa maklumat.
.(3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki
oleh seseorang Pelindung atau pegawai polis supaya memberikan maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen atau
benda lain berhubung dengan pelakuan apa-apa kesalahan yang orang itu berkuasa
memberikannya hendaklah
terikat di sisi undang-undang untuk memberikan maklumat atau mengemukakan
dokumen atau benda lain itu.
Kuasa untuk menangkap tanpa waran
110. (1)
Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang
semunasabahnya dipercayai olehnya—
.(a) telah melakukan atau cuba untuk
melakukan; atau
.(b) menggunakan atau membantu mana-mana
orang lain untuk melakukan
atau menyubahati pelakuan,
sesuatu kesalahan terhadap Akta ini, dan boleh
memeriksa badan mana-mana orang yang ditangkap sedemikian.
(2) Mana-mana orang yang ditangkap di bawah subseksyen
(1) hendaklah, selepas penangkapan itu, diperlakukan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah.
Kanak-Kanak 119
Penggeledahan dengan waran
111. (1)
Jika pada hemat seseorang Majistret berdasarkan maklumat bertulis yang
diberikan dengan sumpah bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai
bahawa di mana-mana premis ada keterangan tentang—
.(a) seseorang kanak-kanak yang
memerlukan pelindungan;
.(b) seseorang kanak-kanak yang sedang
disembunyikan, dikurung atau ditahan dengan melanggar Akta ini; atau
.(c) pelakuan sesuatu kesalahan terhadap
Akta ini,
Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran geledah
yang memberi kuasa kepada seseorang Pelindung atau pegawai polis yang kepadanya
waran itu diarahkan, pada bila-bila masa yang munasabah pada siang atau malam
hari dan dengan atau tanpa bantuan, untuk—
(aa)
memasuki dan menggeledah premis itu;
(bb) memeriksa, membuat salinan, atau mengambil cabutan
daripada, apa-apa buku, rekod atau dokumen;
(cc)
memeriksa mana-mana orang yang ada di dalam atau di premis itu, dan bagi maksud
pemeriksaan itu menahan orang itu dan memindahkannya ke mana-mana tempat
sebagaimana yang perlu untuk memudahkan pemeriksaan itu, dan menyita dan
menahan apa-apa barang yang dijumpai pada orang itu; dan
(dd)
mencari dan memindahkan kanak-kanak—
.(i)
yang memerlukan pelindungan;
.(ii) yang sedang disembunyikan,
dikurung atau ditahan dengan melanggar Akta ini; atau
(iii) yang berkenaan
dengannya suatu kesalahan terhadap Akta ini telah dilakukan,
ke suatu tempat selamat atau tempat perlindungan.
(2) Jika seseorang.kanak-kanak telah diletakkan di
suatu tempat selamat menurut perenggan (1) (dd) , Pelindung hendaklah, dengan
seberapa segera yang dapat dilaksanakan, memberitahu ibu atau bapa atau penjaga
yang mempunyai jagaan yang sah kanak-kanak itu di mana kanak-kanak itu berada.
120
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
.(3) Apabila perlu berbuat sedemikian,
seseorang Pelindung atau pegawai polis yang menjalankan mana-mana kuasa di
bawah subseksyen (1) boleh—
.(a) memecah buka mana-mana pintu atau
tingkap luar atau dalam mana-mana premis untuk masuk ke dalam premis itu;
.(b) masuk dengan kekerasan ke dalam
mana-mana premis dan mana-mana bahagian premis itu;
.(c) dengan kekerasan mengalihkan apa-apa
halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan, penahanan atau pemindahan
itu sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah subseksyen
(2);
.(d) menahan mana-mana orang yang ditemui
di dalam atau di mana-mana premis yang digeledah di bawah subseksyen
.(1)
sehingga premis itu selesai digeledah.
.(4) Seseorang perempuan tidak boleh
diperiksa tubuhnya di bawah seksyen ini atau seksyen 110 kecuali oleh seorang
perempuan lain dan seseorang lelaki tidak boleh diperiksa kecuali oleh seorang
lelaki lain dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan
perhatian teliti kepada kesopanan.
.(5) Seseorang yang dengan kekerasan,
sekatan, ugutan, dorongan atau cara lain menyebabkan mana-mana kanak-kanak yang
memerlukan pelindungan
menyembunyikan dirinya di dalam atau meninggalkan mana-mana premis yang sedang digeledah atau baru
hendak digeledah oleh seseorang Pelindung atau pegawai polis di bawah seksyen
ini, dengan niat supaya penggeledahan oleh Pelindung atau pegawai polis itu
akan dengan itu terhindar atau terhalang, melakukan suatu kesalahan.
.(6) Maka menjadi kewajipan pemunya
atau penghuni mana-mana premis yang digeledah di bawah seksyen ini dan mana-mana
orang yang ditemui di dalam atau di premis itu untuk—
.(a) memberi Pelindung atau pegawai polis
itu segala kemudahan dan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki olehnya; dan
.(b) memberi Pelindung atau pegawai polis
itu segala maklumat yang munasabah yang dikehendaki olehnya.
Kanak-Kanak 121
Penggeledahan tanpa waran
112. Jika
seseorang Pelindung atau pegawai polis ada sebab yang munasabah untuk
mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam memperoleh waran geledah di
bawah seksyen 111 —
.(a) penyiasatan akan terjejas; atau
.(b) matlamat kemasukan mungkin
terkecewa,
dia boleh menjalankan di, dan berkenaan dengan, premis
itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen itu dengan cara yang sepenuhnya dan
secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh waran
yang dikeluarkan di bawah seksycn itu.
Kuasa untuk memeriksa orang
113. (1)
Seseorang Pelindung atau pegawai polis yang menyiasat sesuatu kesalahan di
bawah Akta ini boleh memerintahkan mana-mana orang—
.(a) yang mengetahui fakta dan hal
keadaan sesuatu kesalahan supaya badir di hadapannya untuk diperiksa secara
lisan berhubung dengan apa-apa perkara yang mungkin dapat mcmbantu dalam
penyiasatan kesalahan itu; atau
.(h) mengemukakan mana-mana kanak-kanak
atau apa-apa buku, barang atau dokumen yang mungkin dapat membantu dalam
penyiasatan kcsalahan itu.
.(2) Seseorang yang kepadanya suatu
perintah telah diberikan di bawah perenggan (1)(a)—
.(a) hendaklah hadir mcngikut terma
perintah itu untuk diperiksa; dan
.(b) semasa pemeriksaan itu—
.(i) hendaklah mendedahkan segala
maklumat yang diketahuinya atau yang boleh didapati olehnya berkenaan dengan
perkara yang berhubungan dengannya dia diperiksa;
.(ii) hcndaklah menjawab dengan benar
dan sctakat yang dia tahu dan percaya apa-apa soalan yang dikemukakan
kepadanya; dan
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(iii) tidak boleh enggan
menjawab apa-apa soalan atas alasan bahawa jawapan itu dapat menunjukkan bahawa
dia bersalah.
.(3) Seseorang yang kepadanya suatu
perintah telah diberikan di
bawah perenggan (1)(b)—
.(a) hendaklah mengemukakan kanak-kanak
itu melainkan jika dapat ditunjukkan sehingga Pelindung berpuas hati bahawa
kanak-kanak itu—
.(i) tidak lagi berada di bawah jagaan
atau kawalan orang itu; dan
.(ii) orang itu tidak tahu di mana
kanak-kanak itu berada; dan
.(b) tidak boleh menyembunyikan, memusnahkan, mengubah
atau melupuskan apa-apa buku, barang atau dokumen yang dinyatakan dalam
perintah itu.
.(4) Seseorang yang kepadanya suatu
perintah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi perintah itu dan
subseksyen
.(2) dan (3) walau apa pun mana-mana
undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan.
.(5) Seseorang Pelindung yang
memeriksa seseorang di bawah perenggan
(1) (a) hendaklah merekodkan secara bertulis apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang
yang diperiksa sedemikian dan pernyataan yang direkodkan sedemikian hendaklah
ditandatangani oleh orang
yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan,
selepas—
.(a) pernyataan itu dibacakan kepadanya
dalam bahasa pernyataan
itu dibuat olehnya; dan
.(b) dia telah diberi peluang untuk
membuat apa-apa pembetulan yang
dia mahu.
.(6) Jika seseorang yang diperiksa di
bawah seksyen ini enggan menandatangani atau mengecapkan ibu jarinya atas
pernyataan itu, Pelindung hendaklah mengendorskan pada rekod itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu
dan sebabnya, jika ada, yang
dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
Kanak-Kanak 123
.(7) Walau apa pun mana-mana
undang-undang bertulis atau rukun undang-undang yang berlawanan, rekod sesuatu
pemeriksaan di bawah perenggan (1)(a) dan apa-apa buku, barang atau
dokumen yang dikemukakan di bawah perenggan (1) (b) hendaklah boleh
diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding di mana-mana Mahkamah bagi
atau berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tidak kira sama ada
prosiding itu terhadap—
.(a) orang yang diperiksa sedemikian;
.(b) orang yang mengemukakan buku, barang
atau dokumen itu; atau
.(c) mana-mana orang lain.
.(8) Mana-mana orang yang melanggar
seksyen ini melakukan suatu kesalahan.
Pemeriksaan
114. Jika
sesuatu perintah dibuat meletakkan seseorang kanakkanak dalam pemeliharaan
seseorang yang layak dan sesuai atau menghendaki ibu atau bapa atau penjaga
kanak-kanak itu menjalankan pemeliharaan dan penjagaan yang sepatutnya ke
atasnya, Pelindung atau pegawai akhlak atau mana-mana Pegawai Kebajikan
Masyarakat yang diberi kuasa secara
bertulis oleh Pelindung atau pegawai akhlak boleh, selagi perintah itu terus
berkuat kuasa—
.(a) pada bila-bila masa melawat dan
memeriksa tempat kanakkanak yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat
tinggal atau dipercayai tinggal atau berada; dan
.(b) menyiasat keadaan dan hal keadaan
kanak-kanak itu, dan bagi maksud siasatan itu, boleh menghendaki mana-mana
orang menjawab apa-apa soalan yang difikirkannya patut ditanyakan dan orang itu
terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan-soalan itu dengan benar
setakat yang dia tahu
atau percaya.
Halangan
115.
Mana-mana orang yang—
(a) enggan memberi Pelindung atau Pegawai Kebajikan
Masyarakat akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan
oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
.(b) menyerang, menghalang, menggalang, melengah-lengahkan
atau cuba untuk menyerang, menghalang, menggalang atau melengah-lengahkan Pelindung
atau Pegawai Kebajikan Masyarakat pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta
ini;
.(c) tidak mematuhi apa-apa permintaan,
perintah atau kehendak yang sah seseorang Pelindung atau Pegawai Kebajikan
Masyarakat pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini;
.(d) tidak, enggan atau abai untuk
memberi seseorang Pelindung atau Pegawai Kebajikan Masyarakat apa-apa maklumat
yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk
memberikannya;
.(e) tidak mengemukakan kepada, atau
menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada, seseorang Pelindung
atau Pegawai Kebajikan Masyarakat, mana-mana kanakkanak atau apa-apa buku,
barang atau dokumen yang berhubungan dengannya Pelindung atau Pegawai Kebajikan
Masyarakat itu ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa suatu
kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan;
.(f) mengambil balik atau berusaha untuk
mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita
dengan sewajarnya; atau
.(g) memusnahkan apa-apa benda untuk
menghalang penyitaan benda itu, atau penahanan benda itu,
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pelindungan informer
116. (1) Mana-mana orang yang memberikan apa-apa maklumat
bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan tidak menanggung apa-apa
liabiliti kerana fitnah atau selainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.
Kanak-Kanak
.(2) Pemberian apa-apa maklumat bahawa
seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan tidak boleh, dalam apa-apa
prosiding di hadapan mana-mana Mahkamah atau daripada apa-apa segi lain, dikira
menjadi—
.(a) pelanggaran etiket atau etika
profesional; atau
.(b) bercanggah dengan standard tingkah
laku profesional yang diterima.
.(3) Kecuali sebagaimana yang
diperuntukkan dalam subseksyen
.(4) dan (6), seseorang saksi dalam
apa-apa prosiding sivil atau jenayah tidak boleh dikehendaki atau dibenarkan
untuk mendedahkan nama dan alamat seseorang informer atau isi raaklumat yang
diterima daripadanya atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan
informer itu diketahui.
.(4) Jika apa-apa buku, rekod atau
dokumen yang menjadi keterangan atau yang boleh diperiksa dalam apa-apa
prosiding sivil atau jenayah mengandungi apa-apa catatan yang di dalamnya
mana-mana informer dinamakan atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan
informer itu diketahui, Mahkamah hendaklah menyebabkan supaya segala bahagian
sedemikian ditutup daripada pandangan atau dipadamkan setakat yang perlu untuk
melindungi identiti informer itu daripada diketahui.
.(5) Seksyen ini terpakai bagi
seseorang pengamal perubatan berdaftar, mana-mana anggota keluarga atau
seseorang pengasuh kanak-kanak yang memberikan maklumat masing-masing di bawah
seksyen 27, 28 atau 29 dengan cara yang sama sebagaimana seksyen ini terpakai
bagi seseorang yang memberikan maklumat bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan
pelindungan.
.(6) Jika semasa perbicaraan bagi
apa-apa kesalahan terhadap Akta ini, Mahkamah selepas siasatan penuh ke atas
kes itu mempercayai bahawa informer itu dengan sengaja membuat dalam aduannya
suatu pernyataan material yang dia tahu atau percaya adalah palsu atau tidak
percaya adalah benar, atau jika dalam apaapa prosiding lain Mahkamah
berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara
pihak-pihak dalam prosiding itu tanpa identiti informer itu diketahui, maka sah
bagi Mahkamah untuk menghendaki supaya aduan asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan
menghendaki pendedahan sepenuhnya mengenai informer itu.
Undang-Undang Malaysia AKTA 611
PELBAGAI
Kuasa Mahkamah Bagi Kanak-Kanak diberikan kepada Mahkamah Tinggi
117. Tiada
apa-apa jua dalam Akta ini selain seksyen 96 dan 97 boleh menyentuh kuasa
Mahkamah Tinggi dan semua kuasa yang boleh dijalankan di bawah Akta ini oleh
sesuatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berkenaan dengan seseorang kanak-kanak boleh
dengan cara yang sama dijalankan oleh Mahkamah Tinggi.
Daftar
118.
Pendaftar hendaklah menyebabkan disimpan dan disenggarakan, dalam apa-apa
bentuk yang ditetapkan, suatu daftar yang hendaklah dikenali sebagai
"Daftar Kanak-Kanak Yang Memerlukan Pelindungan".
Kandungan Daftar
119. Daftar hendaklah mengandungi—
.(a) butir-butir tentang tiap-tiap kes
atau kes disyaki kanakkanak yang memerlukan pelindungan; dan
.(b) apa-apa perkara lain yang
berhubungan dengan kes atau kes disyaki itu yang ditentukan oleh Ketua Pengarah
dari semasa ke semasa.
Akses kepada Daftar
120. (1)
Butir-butir yang terkandung dalam Daftar hendaklah diberikan kepada—
.(a) mana-mana Mahkamah apabila ada di
hadapan Mahkamah itu apa-apa prosiding berkenaan dengan seseorang kanakkanak
yang memerlukan pelindungan;
.(b) mana-mana Mahkamah apabila diminta
sedemikian oleh Mahkamah itu; dan
Kanak-Kanak 127
.(c) Ketua Pengarah, seseorang Pelindung, mana-mana
pegawai polis atau mana-mana anggota sesuatu Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak
atau Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak apabila mana-mana satu daripada mereka
menghendaki butir-butir sedemikian bagi raaksud apa-apa prosiding di bawah Akta
ini atau bagi maksud pengambilan tindakan berkenaan dengan, atau pemberian
bantuan kepada, seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan.
.(2) Butir-butir yang terkandung dalam
Daftar boleh diberikan kepada—
.(a) orang yang terlibat dalam
penyelidikan bona fide dan yang akses mereka kepada Daftar dibenarkan
oleh Ketua Pengarah bagi maksud itu; atau
.(b) orang-orang atau golongan-golongan
orang yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah mendapat akses kepada Daftar atas
alasan bahawa akses mereka kepada Daftar akan mempertingkatkan pelindungan
kanak-kanak.
.(3) Butir-butir yang diberikan di
bawah seksyen ini tidak boleh termasuk
apa-apa maklumat yang mendedahkan atau mungkin membawa kepada pendedahan
identiti mana-mana orang yang telah memberikan apa-apa maklumat bahawa seseorang kanak-kanak
memerlukan pelindungan.
Kesalahan berkenaan dengan Daftar
121.
Mana-mana orang yang memberi mana-mana orang lain apaapa butir yang terkandung
dalam Daftar selain menurut seksyen 120 melakukan suatu kesalahan dan
apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau
dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Perakuan Pendattar menjadi keterangan
122. Sesuatu perakuan yang berupa di bawah tandatangan
Pendaftar tentang apa-apa catatan dalam Daftar, atau tentang apa-apa perkara
atau benda yang dia diberi kuasa untuk melakukannya atau membuatnya oleh Akta
ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini hendaklah, sehingga
dibuktikan sebaliknya, diterima menjadi keterangan sebagai bukti tentang
fakta-fakta yang dinyatakan dalam Daftar itu setakat tarikh perakuan itu.
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
Pelindungan terhadap guaman dan prosiding undang-undang
123.
Tindakan tidak boleh dibawa dan pendakwaan tidak boleh dibawa, dimulakan atau
disenggarakan dalam mana-mana Mahkamah terhadap Kerajaan, Menteri, Ketua
Pengarah, Pelindung, Pegawai Kebajikan Masyarakat, pegawai akhlak, pegawai
polis atau pegawai perubatan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan
daripada dilakukan di bawah Akta ini—
.(a) dengan suci hati;
.(b) dengan kepercayaan yang munasabah
bahawa apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan itu
perlu bagi maksud yang diniatkan untuk dicapai dengannya; atau
.(c) untuk melaksanakan
peruntukan-peruntukan Akta ini.
Pekhidmat awam
124. Semua
pegawai yang dilantik atau diberi kuasa di bawah Akta ini hendaklah disifatkan
sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.
Penalti am
125. Jika
tiada penalti diperuntukkan dengan nyata bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta
ini, seseorang yang melakukan kesalahan itu hendaklah apabila disabitkan
didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Permulaan dan penjalanan pendakwaan
126. (1)
Sesuatu pendakwaan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini tidak
boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya.
(2) Seseorang yang menjadi pegawai penyiasat sesuatu
kesalahan di bawah Akta ini tidak boleh menjalankan pendakwaan kes berkenaan
dengan kesalahan itu walaupun dia telah diberi kuasa di bawah Kanun Tatacara
Jenayah untuk mendakwa.
Kanak-Kanak
127. (1)
Penyampaian dokumen ke atas mana-mana orang hendaklah dilaksanakan dengan—
.(a) menyerahkan dokumen itu kepada orang
itu atau dengan menyerahkan dokumen itu di tempat kediamannya yang akhir
diketahui kepada seorang anggota keluarganya yang dewasa;
.(b) meninggalkan dokumen itu di tempat
kediaman atau urusan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui dalam
sampul yang dialamatkan kepada orang itu; atau
.(c) menghantar dokumen itu melalui pos
berdaftar dalam surat bayar dahulu yang dialamatkan kepada orang itu di tempat
kediaman atau urusan orang itu yang lazim atau yang akhir diketahui.
.(2) Jika sesuatu dokumen disampaikan
melalui pos berdaftar bayar dahulu maka dokumen itu hendaklah disifatkan telah disampaikan pada hari yang mengikuti
hari dokumen itu sepatutnya diterima
dalam perjalanan biasa pos.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
128. (1)
Menteri boleh membuat apa-apa peraturan yang pada hematnya perlu atau
suaimanfaat bagi melaksanakan peruntukanperuntukan Akta ini.
.(2) Tanpa menjejaskan keluasan kuasa
yang diberikan oleh subseksyen (1), Menteri boleh membuat peraturan-peraturan
bagi semua atau
mana-mana maksud yang berikut:
.(a) untuk menetapkan penjalanan,
pengurusan, tatatertib dan kawalan sekolah-sekolah diluluskan, Sekolah-Sekolah
Henry Gurney, asrama-asrama akhlak atau pusat-pusat;
.(b) untuk mengadakan peruntukan mengenai
penyenggaraan, tatatertib, layanan dan pendidikan, vokasional atau selainnya,
kanak-kanak atau orang lain yang ditahan di sekolah-sekolah diluluskan atau
Sekolah-Sekolah Henry Gurney termasuk—
.(i)
kuasa, kewajipan dan fungsi Lembaga Pelawat;
.(ii) pemberian cuti kepada
kanak-kanak dan orang lain yang ditahan;
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
(iii) lawatan ke, dan
pemeriksaan, sekolah-sekolah itu oleh orang-orang atau kumpulan-kumpulan orang
yang dilantik oleh Menteri dari semasa ke semasa bagi mana-mana kawasan; dan
.(iv) perintah atau hukuman kerana
kanak-kanak atau orang lain yang ditahan melanggar tatatertib;
.(c) untuk menetapkan kewajipan dan
tanggungjawab pegawaipegawai akhlak;
.(d) untuk menetapkan keanggotaan dan
kewajipan Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak;
.(e) untuk menetapkan kelayakan,
kewajipan dan latihan penasihat-penasihat;
.(f) untuk mengadakan peruntukan bagi
pemeliharaan, kawalan, penahanan, tatatertib, kemasukan, pelepasan dan jagaan
susul, ketidakhadiran sementara, penyenggaraan, pendidikan dan latihan
kanak-kanak yang diletakkan di tempat-tempat selamat dan tempat-tempat
perlindungan;
.(g) untuk mengawal selia pengurusan,
pentadbiran, lawatan dan pemeriksaan tempat-tempat selamat dan tempat-tempat
perlindungan;
.(h) untuk mengadakan peruntukan bagi—
.(i) pemeliharaan, penyenggaraan dan
pendidikan kanak-kanak yang diletakkan dalam pemeliharaan, jagaan atau kawalan
mana-mana orang yang layak dan sesuai di bawah peruntukan Akta ini; dan
.(ii) kewajipan orang yang layak dan
sesuai itu dalam memelihara kanak-kanak itu;
.(i) untuk menetapkan pemilihan dan
kelayakan orang yang layak dan sesuai yang dengannya seseorang kanak-kanak yang
memerlukan pemeliharaan dan pelindungan boleh diletakkan;
.(j) untuk menghendaki orahg-orang yang
menjaga tempattempat selamat dan tempat-tempat perlindungan mengemukakan
kepada Ketua Pengarah penyata-penyata, laporan-laporan dan maklumat berkenaan
dengan kanak
Kanak-Kanak 131
kanak yang diletakkan di tempat-tempat selamat dan
tempattempat perlindungan itu;
.(k) untuk menetapkan kewajipan dan
tanggungjawab ibu dan bapa peliharaan;
.(l) untuk menetapkan keanggotaan,
kewajipan, fungsi dan tatacara menjalankan urusan Lembaga Pelawat;
.(m) untuk menetapkan tatacara dan amalan
Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak;
.(n) untuk menetapkan butir-butir,
fotograf atau cara pengenalan lain yang hendaklah diberikan berhubung dengan
seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
.(o) untuk menghendaki pemberian maklumat
tentang pertukaran alamat tiap-tiap kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan
orang-orang yang mempunyai jagaan kanak-kanak itu, dan pemindahan rekod-rekod
dan daftardaftar dalam kes-kes sedemikian;
.(p) untuk menetapkan rekod-rekod yang
dikehendaki disimpan berkenaan dengan tiap-tiap kanak-kanak yang memerlukan pelindungan dan cara rekod-rekod itu
hendaklah disimpan;
.(q) untuk menetapkan penyimpanan dan
penyenggaraan Daftar-Daftar;
.(r) untuk menetapkan borang-borang yang
dikehendaki digunakan dan maklumat yang dikehendaki diberikan bagi apa-apa
maksud Akta ini;
.(s) untuk menetapkan bentuk bagi notis,
perintah, waran, saman dan bon di bawah Akta ini dan cara penyampaian notis, perintah, waran, saman dan bon
itu;
.(t) untuk menetapkan fungsi, kuasa dan
kewajipan pegawaipegawai dan orang-orang yang diberi kuasa di bawah Akta ini
dan cara dan syarat-syarat yang mengikutnya dan di bawahnya kuasa yang
diberikan oleh Akta ini hendaklah dijalankan oleh pegawai-pegawai atau
orang-orang itu;
.(u) untuk menetapkan apa-apa perkara
lain yang dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan di bawah Akta ini; dan
.(v) untuk mengadakan peruntukan bagi
apa-apa perkara lain yang difikirkan suaimanfaat atau perlu oleh Menteri bagi
maksud Akta ini.
(3)Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen
(1)boleh memperuntukkan bahawa pelanggaran mana-mana peruntukan dalam
peraturan-peraturan itu ialah suatu kesalahan dan bahawa orang yang melakukan
kesalahan itu boleh dihukum apabila disabitkan dengan hukuman denda atau
pemenjaraan atau kedua-duanya tetapi tidak boleh membuat peruntukan supaya
denda itu melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan melebihi dua
tahun.
BAHAGIAN XV
PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN
Tafsiran
129. Dalam
Bahagian ini—
"Akta-Akta yang dimansuhkan" ertinya Akta
Mahkamah Juvana 1947 [Akta 90], Akta Perlindungan Wanita dan
Gadis 1973 [Akta 106] dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 [Akta
468] yang dimansuhkan di bawah Akta ini;
"Mahkamah Juvana" ertinya Mahkamah Jiwana
yang ditubuhkan di bawah Akta Mahkamah Juvana 1947;
"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh Akta
ini mula berkuat kuasa.
Pemansuhan
130. Akta
Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dimansuhkan.
Sebutan mengenai Mahkamah Juvana, dsb.
131. (1)
Semua sebutan mengenai Mahkamah Juvana dalam mana-mana undang-undang bertulis,
atau dalam apa-apa penghakiman, hukuman, perintah, arahan atau keputusan yang
dibuat di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan dan yang wujud sebaik sebelum tarikh
yang ditetapkan hendaklah, pada tarikh yang ditetapkan, ditafsirkan sebagai
sebutan mengenai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
(2) Penghakiman, hukuman, perintah, arahan atau
keputusan Mahkamah Juvana, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi,
Kanak-Kanak
Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret di bawah
Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan
telah dibuat di bawah Akta ini dan terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan.
.(3) Apa-apa siasatan, perbicaraan
atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan
Mahkamah-Mahkamah yang disebut dalam subseksyen (2) sebelum tarikh yang
ditetapkan setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding itu berhubung
dengan seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah disifatkan
telah dilakukan, diambil atau dimulakan dalam atau di hadapan Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak, Mahkamah Pengawas, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen atau Mahkamah
Majistret di bawah Akta ini dan boleh disambung dan ditamatkan dengan
sewajarnya pada dan selepas tarikh yang ditetapkan.
.(4) Apa-apa siasatan, perbicaraan
atau prosiding yang dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah Akta Perlindungan
Wanita dan Gadis 1973 sebelum tarikh yang ditetapkan dan masih belum selesai
hendaklah, setakat yang siasatan, perbicaraan atau prosiding itu berhubung
dengan seseorang perempuan yang berumur lapan belas tahun ke atas dan apa-apa
kesalahan di bawah Akta yang sama, disambung dan ditamatkan di bawah Akta yang
sama dan bagi maksud ini maka hendaklah dikira seolah-olah Akta itu tidak
dimansuhkan.
Penerusan Majlis, dll.
132. (1)
MajlisPenyelarasbagiPelindunganKanak-Kanak, Pasukan-Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak, Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebajikan Juvana, Lembaga-Lembaga
Pelawat dan jawatankuasajawatankuasa yang ditubuhkan, dan pegawai-pegawai dan
orang-orang yang dilantik, di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah, pada
tarikh yang ditetapkan, disifatkan telah ditubuhkan atau dilantik di bawah Akta
ini dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan
obligasi yang diberikan kepada Majlis, Pasukan-Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak,
Jawatankuasa-Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak, Lembaga-Lembaga Pelawat dan
jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
(2)
Anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa, Lembaga dan jawatankuasa yang ditubuhkan
di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan dan mana-mana pegawai dan orang yang
dilantik di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan yang memegang jawatan pada
Undang-Undang
Malaysia AKTA 611
hari sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah terus
memegang jawatan di bawah Akta ini sehingga habis tempoh pelantikan mereka atau
mereka meletakkan jawatan atau pelantikan mereka dibatalkan mengikut Akta ini
dan hendaklah mempunyai kuasa, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan
obligasi yang sama seolaholah mereka telah dilantik di bawah Akta ini,
(3) Tiap-tiap perbuatan atau benda yang dilakukan,
diambil atau dimulakaii oleh anggota-anggota Majlis, Pasukan, Jawatankuasa,
Lembaga, jawatankuasa pegawai-pegawai dan orang-orang yang disebut dalam
subseksyen (1) dan (2), dan oleh Lembaga Hakim Pelawat, di bawah Akta-Akta yang
dimansuhkan sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, pada dan selepas tarikh
yang ditetapkan, disifatkan telah dilakukan, diambil atau dimulakan di bawah
Akta ini.
Penerusan kaedah-kaedah, dsb.
133. Semua kaedah, peraturan, perintah, notis, borang, arahan dan surat pemberikuasaan yang dibuat, dikeluarkan atau diberikan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan hendaklah, setakat yang kaedah, peraturan, perintah, notis, borang, arahan dan surat itu selaras dengan